Formula Menjadi Novelis Remaja Ngetop

Buku "Aku Mahu... Ain Maisarah" ini dijual pada harga RM34.90 sen. Ia bukan harga yang murah. Namun PTS yakin buku ini dapat dijual paling sedikit 15 ribu naskhah.
Zaman buku Melayu sinonimus dengan buku murah sudah berakhir. Pembeli buku Melayu sanggup membayar harga mahal bagi buku-buku yang memenuhi keperluan mereka.
Buku ini bukan buku baru, sebaliknya adalah antologi 3 buah buku yang sudah terbit lebih awal iaitu "Aku Mahu Popular", "Aku Mahu Saiz S", dan "Aku Mahu Teman Tapi Mesra".
Tiga judul itu dipilih berdasarkan rekod jualan judul-judul tersebut yang mengatasi jualan judul-judul lain dalam siri "Aku Mahu...".
Edisi khas ini akan dijual di kedai-kedai buku POPULAR sahaja, yakni ia tidak akan dijual di kedai-kedai buku lain. Buku ini dicetak sebanyak 5 ribu naskhah dan syarikat POPULAR membeli semuanya tunai! Jika semuanya habis terjual, 5 ribu naskhah lagi akan dibekalkan kepada POPULAR.
Syarikat POPULAR berani menempah jumlah besar itu disebabkan ia yakin brand 'Ain Maisarah' cukup kuat dengan peminat beliau yang mencecah puluhan ribu di seluruh negara.
Kejayaan novel-novel Ain Maisarah dalam pasaran membuktikan bahawa faktor novel bersiri adalah faktor penting. Data jualan PTS menunjukkan pengarang-pengarang TOP 10 PTS semuanya mempunyai siri.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment