Wednesday, July 11, 2007

Flanking: Bagaimana Yeo’s Berjaya Memasuki dengan Selamat Pasaran Minuman Ringan yang Sudah Ada Pema

Budak baru tidak berani bersaing dengan budak besar. Tetapi budak besar takkan benarkan sesiapa masuk mengacau bisnes dalam padangnya.

Bagaimanakah kemunculan Yeo's tidak disangka-sangka oleh CC2-Cola dan PC2-Cola? Dan, selepas kedua-dua budak besar itu sedar akan kehadiran Yeo's mereka tidak pula dapat melancarkan strategi mengetuk Yeo's sampai mati?

(1) Bahan mentah
Yeo's tidak menggunakan bahan-bahan yang sesuai dicampur gas. Dengan demikian, pembekal bahan mentah Yeo's langsung tidak mempunyai bisnes dengan CC2-Cola dan PC2-Cola. Justeru CC2-Cola dan PC2-Cola tidak dapat menggunakan pistol kontraknya.


(2) Bungkusan
Disebabkan minuman perisa lokal tidak sesuai dicampur gas, Yeo's tidak memerlukan tin dan botol. Yeo's menggunakan kotak. Pembuat kotak langsung tidak mempunyai bisnes dengan CC2-Cola dan PC2-Cola. Justeru CC2-Cola dan PC2-Cola tidak dapat menggunakan pistol kontraknya.

(3) Pintu pertama memasuki pasaran

Yeo's mula-mula mengedarkan produknya ke kedai-kedai kecil di bandar-bandar kecil dan di luar bandar. Banyak pengedar barang-barang ke kedai-kedai kecil luar bandar langsung tidak mempunyai bisnes dengan CC2-Cola dan PC2-Cola. Justeru CC2-Cola dan PC2-Cola tidak dapat menggunakan pistol kontraknya.

(4) Promosi

Yeo's tidak melancarkan promosi menggunakan perang PR dalam media. Yeo's mencetak poster yang ditampalkan di kedai-kedai di mana produknya dijual. Justeru CC2-Cola dan PC2-Cola tidak dapat menggunakan pistol kontraknya.

(5) Target pasaran
Pada peringkat awal, Yeo's tidak mentargetkan minuman ringannya kepada generasi muda - yang menjadi target CC2-Cola dan PC2-Cola. Dengan begitu, Yeo's tidak melintas di hadapan CC2-Cola dan PC2-Cola.

Apabila Yeo's sudah cukup kuat di kawasan pekan dan bandar-bandar kecil, barulah ia mempunyai kekuatan memasuki padang di mana CC2-Cola dan PC2-Cola bermain-main, yakni rangkaian supermarket dan kedai-kedai di bandar-bandar besar.

Cerita seterusnya sudah menjadi sejarah bagi ditiru....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Bisnes & Bisnesman
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Satu Lagi Nama Baru Novelis Aliran Surah Yusuf Previous entry: Flanking: Taktik Menyusup Masuk Senyap-senyap ke Dalam Padang di mana Sudah Ada Budak Besar Menunggu
mp  on  07/11  at  08:53 PM

Kuliah-kuliah yang puan berikan di sini sangat sesuai di baca oleh semua pelajar-pelajar universiti dan UiTM yang mengambil mata pelajaran Asas Keusahawanan.

Seruan supaya semua universiti mewajibkan pelajarnya mengambil subjek ini telah disebut dan difahamkan UiTM telah sejak 80-an mewajibkan pelajarnya mengambil subjek Asas Keusahawanan.

Jika pensyarah-pensyarah subjek tersebut mengarahkan pelajar-pelajarnya merujuk ke web ini, kuliah puan akan semakin meriah dan pelajar puan akan bertambah ramai.

Meniupkan semangat supaya anak Melayu berniaga dan tidak makan gaji bukan kerja mudah. Ini kerana sejak kecil mereka dinyanyikan ketika dalam buaian lagi supaya besar jadi doktor dan jurutera.

Sebutan taukey besar dan usahawan yang membolehkan orang lain bekerja dengannya pula tidak pernah terdengar di telinga mereka.

Tuan MP (Member of Parliament?)
Saya memang mempunyai dorongan dari dalam mahu menurunkan pengetahuan saya dalam dunia bisnes. Nanti kita fikir bersama bagaimana ini dapat dilakukan - selain dengan menuliskannya sahaja!

——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: