Thursday, March 27, 2008

Falasi Projek F1, LEGO, DEPCO

Orang biasa-biasa seringkali berfikir dengan falasi. Istilah lain bagi falasi adalah "logik salah" ataupun "salah logik".

Salah satu falasi dalam dunia invention dan bisnes adalah: Kalau modalnya besar, maka untungnya pasti besar.

Oh! Tidak semestinya begitu! Logik bisnes amat berbeza daripada logik matematik.

Dalam dunia bisnes, ada invensyen yang modalnya besar dan untungnya besar. Contohnya, mencipta satelit komunikasi.

Manakala banyak pula invensyen di mana modalnya amat kecil tetapi untungnya amat besar. Invensyen jenis yang kedua inilah yang lebih baik diajarkan di sekolah-sekolah. 

Satu lagi falasi yang sering berlaku adalah: Invensyen yang kompleks, berteknologi canggih, susah dibuat dan mahal akan menghasilkan produk yang laku keras dan amat menguntungkan.

Oh tidak! Tidak semestinya begitu. Logik bisnes tidak begitu. 

Banyak invensyen yang telah dicipta secara tidak sengaja, secara kebetulan, tidak dirancang pun, tetapi dapat dipatenkan, seperti ciptaan sejenis "gam-bodoh" yang menjana keuntungan yang sangat besar bagi pemilik patennya. Masihkah ingat lagi sejarah bagaimana terciptanya kertas nota 'sticky self-adhesive NOTES'?

Contoh rekacipta teknikal berteknologi rendah yang paling berjaya dalam pasaran luar bandar Malaysia adalah "mesin parut kelapa". Sifu yang tinggal di Kampung Janda Baik ini, boleh dikatakan setiap rumah orang kampung mempunyai mesin bodoh itu. Entah sudah berapa ratusan ribu unit mesin itu dikeluarkan dan dijual oleh syarikat Cina yang menciptanya. Syarikat pengeluarnya masih milik individu, jadi kita tidak dapat mengetahui data-data pengeluaran syarikat itu.

Resipi adalah jenis rekacipta lembut. Proses pengeluaran resipi kicap yang dicipta oleh pengasas Kicap Kipas Udang adalah menggunakan teknologi 'kuno lagi purba'  -  tempayan! Entah berapa juta botol kicap itu dijual setiap tahun. Syarikat itu pun masih milik individu, jadi kita tidak dapat mengetahui data-data pengeluaran syarikat itu. 

Ciptaan yang lebih "bodoh" daripada kicap adalah rekacipta "ketupat segera". Apakah teknologi canggih yang digunakan bagi menghasilkan rekacipta ketupat segera? Tidak ada resipi langsung. Yang baru hanyalah idea menggantikan daun kelapa dengan plastik. Kita pun tidak tahu sudah berapa ribu tan beras ketupat bodoh itu dijual dan dibeli orang. 

Teramat banyak rekacipta di sekeliling kita yang dihasilkan oleh orang biasa-biasa, orang yang gagal masuk universiti.

Rekacipta yang sudah menjadi darah daging kita semua adalah "mi segera" yang dicipta oleh seorang pakcik bangsa Jepun. 

Bak sepatah kata  judul buku Sifu: "Kenapa Saya Tidak Berfikir Begitu?" 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(13) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Penjelasan Sifu Mengapa UNIKA Tidak Menapis Komen Negatif Previous entry: Terbit Sempena Pesta Buku
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/27  at  12:20 PM

sifu, nampak menarik ayat di atas. Mungkin penjenamaan semula buku-buku teori pemikiran dalam bentuk yang lebih praktis untuk sekolah rendah dan menengah lebih bersesuaian dalam menangani isu PROJEK F1 ini.

Saya tengah bersabar…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/27  at  03:46 PM

Salam sejahtera,

Kenapakah para pemegang keris kalah teruk pada pilihan raya lalu?

Jawapannya kerana mereka gagal berhenti sejenak untuk berfikir! Otak yang terlatih untuk sentiasa berfikir akan ‘berfikir’ walaupun ketika tidur!

Sebab itulah kena baca buku Pn Sifu, jangan main LEGO dengan F1 banyak sangat nanti otak jadi lembap!

Saya suka pilihan raya presiden Amerika, saudara Obama, mereka berkempen dengan cara yang bersih, sekiranya ada sesiapa yang mengeluarkan penghinaan atau kata-kata berunsur penghinaan atau fitnah maka mereka akan disingkirkan oleh Obama (walaupun dia ialah penasihat peribadi agamanya)!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/27  at  04:04 PM

Rasa saya kalau nak menajam fikiran bukan dengan membaca buku sifu En.Abideen… nanti jadi lembab jugak sebab penulisnya pun buat fatwa sesuka hati…...

Kan lebih baik baca Al-Quran ... betul tak? Ia meliputi sekian alam

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/27  at  07:52 PM

Salam sejahtera,

Al-Quran itu sememangnya bacaan wajib tetapi buku-buku lain itu bacaan tambahan. Untuk menambah pengetahuan dan menajamkan fikiran kita kena baca yang baik dan juga buku yang orang kata tidak baik isinya.Jika kita baca dan dengar yang baik-baik sahaja nanti kita ‘syok’ sendiri pula, maka berlakulah kesilapan dalam penilaian contohnya boleh dilihat pada pilihan raya tempoh hari.

Kita tidak perlu berfikiran cetek dan sempit dan menolak idea seseorang itu hanya kerana dia mengemukakan satu pendapat yang berbeza.Kita boleh setuju untuk tidak bersetuju dan sebaliknya.Inikan negara demokrasi.

Idea-idea dan ilham-ilham untuk menghasilkan buku itu juga dikurniakan Allah s.w.t. kepada Pn. Sifu. Sesungguhnya jika Allah tidak mengizinkannya berlaku, walaupun khatam Al-Quran 100 kali sekalipun, sesiapapun tidak akan dapat manfaat daripadanya (kecuali pahala membacanya sahaja).Dengan itu ilmu yang disampaikan Pn Sifu itu juga datang daripada Allah s.w.t. dengan izinNya.Terpulang kepada diri sendiri untuk menilainya.

Hanya kerana seekor nyamuk tidak perlu bakar satu kelambu bukan begitu? Namun, saya masih berpendapat elok membaca karya orang Melayu Islam daripada karya tentang kreativiti yang dihasilkan oleh orang asing yang bukan Islam.

Akhir sekali saudara nampaknya tidak bersetuju dengan hasil mahsul perdebatan di laman ini, mungkin saudara boleh cari laman lain yang lebih sesuai dengan jiwa saudara agaknya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/28  at  01:32 AM

Ya betul sifu!!! Buang masa je kan masuk universiti, semua ahli rekacipta yang sifu kata tu kan gagal masuk universiti. Beli je buku sifu. Selamat masa depan.

Ini ke mesej kepada anak muda kita?

Nota kepada Sifu mabuk PITIS: Nak promo pun, agak agak la sikit. Mesej macam ni ke kita nak sampaikan? Ini laman “universiti” kan? Oh ya…Khairi dah tido?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/28  at  03:42 AM

Salam Semua,

Bila kala pula sifu kata buang masa pergi universiti. Bila pulak sifu kata semua pereka cipta tidak masuk universiti. Bila pula sifu kata beli sahaja buku sifu, akan selamat masa depan.

Mu yang mabuk, Mizi.

Syahrul Nizam  on  03/28  at  09:26 AM

Belilah buku saya…

Insya Allah selamat masa persembahan! grin

Persembahan Hebat dengan PowerPoint
RM18

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/28  at  09:54 AM

Abideen…

Bagi saya, bukan hendak berfikiran sempit atau cetek. Pertama sekali, bacalah Al-quran dan itu lebih penting untuk menajamkan fikiran dan bukan mendakwa membaca buku “So-called” sifu boleh menajamkan fikiran.

Kedua, selain Al-Quran, Al-hadith adalah satu lagi bacaan yang penting. Benar biarlah Khatam Al-quran berjuta kali tapi kalau bengap dan tak dapat nak mencari makna dan rahsia tersirat maka, sia-sia sahaja bacaan tu…. Dan rahsia Al-quran itu hanya diketahui oleh orang yang diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah. Baca sahaja lah di dalam Al-Quran, nanti kamu akan dapati apa yang dinyatakan Al-Quran itu benar.

Ketiga, Buku2 ulama’ berkenaan panduan hidup dan sekiannya juga boleh di baca sebagai tambahan menajamkan minda..

Ke-empat, buku pengetahuan dan teknologi.

Saya mengamalkan kesemuanya….. Dengan sebab itu, saya tidak menentang program F1. Sebab banyak kebaikan dia dan manfaat kepada anak bangsa. Dan disebabkan sedikit sebanyak saya diajar mengenai Al-hadith, justeru saya tidak berani langsung mengeluarkan FATWA.

Adakah Abideen boleh bersetuju dengan FATWA Pn.Ainon jika Abideen lihat dari sudut akidah dan keimanan sufi islam?

Seorang Ariffinbillah ada menyatakan, “didalam setiap Satu perkara itu, menanggung akan dia dua perkara, yakni BAIK dan BURUK nya…. Jika kamu ambil buruknya, maka kamu akan dapati kebaikan nya… dan jika kamu ambil baiknya nescaya kamu akan dapat buruknya”

Contoh, Gula adalah manis, manis itu adalah baik… tetapi kalau kita ambil buruknya yakni dengan gula boleh kena kencing manis, maka kita kurangkan gula, maka kita akan dapat kebaikan nya yakni badan yang sihat….

Maka program F1 yang dinyatakan, kenalah pertimbangkan kepada dua2 perkara. Benar, pendapat membaca abideen adalah lebih baik membaca dari penulisan Melayu dan Islam…. Tetapi jika penulisan lain tidak di baca, manakan dapat kita lihat sesuatu itu secara menyeluruh dan tepat.

Dok baca buku sifu sahaja atas dasar membaca dari penulisan MELAYU dan ISLAM, apa yang kita akan dapat? Saya percaya, tiap ilmu yang Abideen dapat dari pendidikan Akademik, pasti banyak penulis buku yang Abideen baca dari orang bukan Islam…

Ruangan2 antarabangsa di internet semua saya percaya banyak penulisan karya bukan melayu dan bukan Islam…

Movie2 yang dilihat, bukanlah dari penulisan skrip Orang melayu dan Islam…

Jadi saya berpendapat,Seseorang itu boleh universal dengan masih tetap berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah tidak akan menjadikan seseorang itu kafir atau menjadikan seseorang MELAYU itu kepada bukan MELAYU.

Persoalan dasar yang sering berlaku di minda MELAYU adalah amat mudah. Terlalu TAKSUB pada diri seseorang jika ada orang menggelar diri mereka itu SIFU… Tidak hairanlah, maka terjadi banyaknya ajaran sesat di MALAYSIA kerana taksub dengan orang yang bergelar SIFU dan seseorang itu akan terus menutup minda dari menjadi terbuka hanya kerana pada dirinya berpendapat SIFU nya adalah benar…..

Melayu… masih tipikal, jika perdebatan kelihatan hampir pasti tiada kemenangan, maka tuan rumah mencari jalan untuk menghalau tetamu…..

Saya rasa, kalau kita masuk sesuatu laman seumpama ini, hanya kerana mencari kesesuaian dalam jiwa sendiri dengan cuba menafikan pendapat orang lain dan meminta orang lain yang tidak bersetuju dengan pendapat kita, adalah lebih baik Abideen buat satu blog sendiri, dan jangan beri kebenaran kepada orang lain “BERSUARA” . Boleh buat blog macam “SYOK SENDIRI” atau sebagainya.

Saya mungkin akan percaya DEMOKRASI KEBEBASAN BERSUARA di MALAYSIA pasti tercapai dengan konsep MINDA yang Abideen cuba sampaikan…..

SALAM

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/28  at  09:56 AM

Hek eleh Jamaluddin. Emo lah pula. Bukan aku mengata engkau pun. lainlah kalau kau sebenarnya adalah…*

Apa sifu kata? Ni ha:
“Teramat banyak rekacipta di sekeliling kita yang dihasilkan oleh orang biasa-biasa, orang yang gagal masuk universiti.

Rekacipta yang sudah menjadi darah daging kita semua adalah “mi segera” yang dicipta oleh seorang pakcik bangsa Jepun.

Bak sepatah kata judul buku Sifu: ‘Kenapa Saya Tidak Berfikir Begitu?’”

Bacalah berulang kali. Inilah dia mesej promosi yang bertanggungjawab. Jangan lupa pergi universiti, ye Jamaluddin? Santan, Santan jugak. Study, study jugak. Kang Khairi suruh keluar fatwa lagi kang.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/28  at  11:16 AM

Jamaluddin,

Aku pun hairanlah kenapa Mizi ni gila sangat dengan Sifu? Hang ni Mizi, pagi-pagi ni elok hang baca buku.

Hang ni budak kecik lagi, pi jauh-jauh. Hang sekolah pun tak habis lagi.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/29  at  12:20 AM

Salam sejahtera,

Saudara encem (jangan marah-marah nanti hilang pula encemnya). Saya cuma menguji sahaja, tidak sangka pula ada orang yang teruja dengan komen-komen saya. Kalau begini baguslah, saya sedang timbang untuk membuka blog sendiri.

Saya tidak kata pula saya taksub dengan sesebuah buku ataupun seseorang, saya ke laman ini kerana saya suka ‘cara perjuangannya’, itu pendapat peribadi saya. Lain orang lain pandangannya. Saya juga telah membaca buku-buku keluaran PTS, saya juga baca buku-buku karya asing.

Pada suatu masa dahulu saya memang tidak ada ‘respect’ pada buku-buku bahasa Melayu, kerana saya belajar di luar negara. Buku-buku keluaran penerbit di Malaysia’was very dull and uninteresting’. Jika hendak dibandingkan buku terbitan Harper Collins, Mc Graw Hill, dan lain-lain penerbit luar negara, Malaysia memang jauh ketinggalan. Tiada dukungan ataupun insentif bagi industri ini.

Namun, pada suatu hari saya terbelek buku PTS karya Dr Danial di MPH Bookstore, saya tertarik, lantas membacanya, selepas itu ‘the rest is history’.

Rupa-rupanya ada seseorang yang berani meletakkan diri dan hartanya untuk berjuang memandaikan bangsanya. Dengan itu saya memberi sokongan penuh kepada beliau, kerana saya juga bekerja dengan syarikat swasta dan faham jerit payah berbisnes di bumi Malaysia ini.

Berdasarkan tulisan saudara boleh dirumuskan bahawa saudara seorang yang dalam ilmu agamanya, maka tidak perlulah terlalu gawat dengan komen-komen sebegitu. Isu kafir mengkafir ini memang sensitif, tetapi sesungguhnya Allah lebih mengetahui, siapa yang akan masuk syurga dan siapa yang lebih bertakwa. Oleh itu marilah kita serahkan kepadaNya, tidak usah khautir dan pening kepala.

Mungkin Pn Sifu terlajak komennya mengatakan ia adalah ‘fatwa’ tetapi sebenarnya beliau hanya ingin mengemukakan secebis pendapat tentang F1, bukan program F1 di sekolah itu (rekacipta) tetapi F1 di Sepang.

Merujuk kepada program F1 di sekolah itu, saya tidak kata ia tidak bagus, seperti yang dinyatakan sebelum ini, ada banyak program luar negara yang boleh dibawa masuk untuk manfaat anak-anak kita.

Namun isunya di sini ialah KOS dan BELANJA, yang teramat besar. Mungkin apa yang patut dilakukan ialah menghantar sepasukan pegawai-pegawai dan guru-guru untuk mempelajari konsep ini, kemudian mereka ini akan melatih pula guru-guru dan pegawai lain di seluruh negara. Ini dipanggil konsep ‘train the trainer’. Ia mungkin boleh mengurangkan kos projek ini sehingga ke 60%.

Persoalan yang paling penting ialah ekonomi dunia sekarang ini diambang kegawatan, dan kegawatannya dijangka akan lebih teruk lagi daripada dahulu. Oleh itu kerajaan perlu berhemah berbelanja, dan perlu ‘keep our money in our shores’ dan juga ‘stimulate our local economy’.

Jika masih ada program kreativiti ‘local’ yang boleh dikenalpasti, maka utamakanlah program ini dahulu. Ini perlu dilakukan demi ekonomi negara kita. Kerajaan perlu berbelanja demi menggalakkan bisnes-bisnes di dalam negara kita. Tanyalah ini kepada masyarakat peniaga Cina mereka lebih faham. Atau bacalah buku ‘Rahsia Bisnes Orang Cina’terbitan PTS.

Oleh yang demikian, kita perlu menyokong dan membeli servis dan juga barang buatan Malaysia. Dengan kata lain, jika ada angan-angan hendak beli BMW, maka gantikanlah dengan Perdana V6 sahaja.

Kegawatan ekonomi Amerika, akan menyebabkan jumlah ekspot barangan kita berkurangan, maka kurang pendapatan, kurang pekerjaan, pencen mungkin kena potong dan macam-macam lagi. Oleh itu jika kita asyik mashuk berbelanja ke luar negara keadaan ini akan menjadi lebih kritikal lagi. Saya dan anda akan merasa bahangnya. Maka sebelum ianya berlaku maka kita hendaklah saling ingat-mengingati.

Tentang hal rasuah dan korupsi itu bukan satu dongengan, jika saudara berada di dalam lingkaran bisnes, maka saudara memang akan merasainya atau terkena serpihannya.Namun rakyat tidak berani bersuara kerana khautir periuk nasi mereka akan diletakkan pasir oleh pihak yang terancam. Saya pernah melihat ini berlaku di hadapan mata sendiri, namun tidak perlu dikisahkan di sini kerana terlalu panjang halnya.

Hanya ingin mengingat, orang seperti saya dan saudara tidak ada ‘Swiss Bank Account’, ‘Bermuda Bank Account’ ataupun rumah di Australia, US dan London, maka jika negara kita menjadi ‘Banana Republic’, maka terpaksalah kita makan ubi kayu dan tanam jagung di belakang rumah.

Oleh itu kita mesti berjuang untuk menjaganya, menjaga ekonomi negara kita dan tangkap perompak-perompak Ali Baba ini. Mesej ini juga ditujukan kepada para ‘Cybertroppers’ jika benar anda berada di luar sana.

Apabila negara tercinta kita ini tumbang ekonominya, maka saudara-saudari juga akan tumbang bersama-sama sekali. Mereka-mereka yang memberi arahan itu sudah lama merancang harta-bendanya dan akan lari menaiki ‘Noah Ark’ masing-masing. Saudara-saudari akan tinggal di sini makan ubi kayu dengan kami (jangan berangan hendak ikut mereka)! Oleh itu hentikan aktiviti anda sekarang juga!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/29  at  02:08 AM

Alahai Abideen. Tak baca harakah daily hari tu ke? Yang kursus untuk upgrade skill guru-guru dengan mengajar mereka Computer Aided Design dalam program F1 tu apa? Yang cikgu-cikgu kita belajar programming robotik lego tu apa? Tak ke tu train-the-trainer?

Mat Salleh anak-anaknya dah bina robot, gabungkan aspek fizik kejuruteraan dengan rekacipta, fluid dynamics, computer aided manufacturing, piawaian, robotic programming… tapi anak-anak kita masih disuruh main botol kicap.

Pasal Noah Ark tu, dulu masa reformasi selalu jugak dengar cerita tu. Tapi lepas tu, yang selalu lari overseas tukang cakap tu jugak. Lumrah politikus.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/30  at  12:13 PM

Salam semua,

Alahai saudara-saudari….

Apabila kita membaca, kita perlu mengamati dengan teliti fakta yang dikemukakan.

Saya memang setuju ada program-program luar negara yang bagus dan layak untuk diaplikasikan di Malaysia ini.  Namun, yang dipersoalkan ialah kosnya, jika benar ia ‘train the trainer’ kenapakah kosnya macam ‘import the trainer’ dari luar negara sahaja?

Jikapun kita ‘import the trainer’ ini dan selepas ditolak campur itu dan ini, masih ada berbaki banyak lagi… Lalu untuk belanja apakah baki yang lain itu?

Saya juga biasa membuat ‘costing’ kursus-kursus teknikal di luar negara untuk diaplikasikan di Malaysia ini. Namun tidak pula sampai beratus juta ringgit begitu. Nampaknya seperti ada yang tidak kena dengan perbelanjaan ini. Mungkin untuk mengelak orang ramai berspekulasi elok juga sekiranya jabatan terbabit mendedahkan perincian perbelanjaan itu untuk tatapan umum.

Saya tidak taksub kepada mana-mana parti politik. Jika sesiapa sahaja yang memerintah dan tidak berhemah dalam perbelanjaan negara atau negeri, maka mereka akan hilang undi saya.

Saya seorang rakyat yang membayar cukai dan berhak tahu bagaimanakah wang yang diberikan kepada kerajaan dibelanjakan. Bukankah ketelusan dan amanah dituntut oleh Islam (hadhari)?

Nampaknya masyarakat Cina memang bijak, contohilah mereka!

Jika saudara-saudari suka membaca buku pasti dapat ‘ilham’ tentang apa yang ingin saya sampaikan di sini.

Sekian.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: