Faisal Tehrani: “Sastera Pop Islami”, “Mazhab Bentuk” dan “Mazhab Khayal”
Hari ini PTS mengadakan bengkel sastera Islami. Kuliah disampaikan oleh Sdr Faisal Tehrani. Bagus sekali isi kandungan kuliah beliau. Banyak perkara yang menarik.
Suatu perkara yang menarik adalah, menurut beliau pada masa ini sudah muncul novel-novel Islami "mazhab bentuk".
Antara ciri novel-novel Islami mazhab bentuk itu adalah:
(a) Judul karya itu menggunakan perkataan-perkataan pinjaman Arab yang berbau Islami.
(b) Lukisan kulitnya menujukkan pakaian orang Islam, seperti lelaki berketayap dan perempuan bertudung.
(c) Dalam buku itu ada halaman imprint yang dituliskan "Bismillah...."
(d) Cerita dalam novel-novel itu settingnya adalah kehidupan bandar kosmopolitan.
Menurut Sdr Faisal lagi, karya-karya "mazhab bentuk" itu dapat dikatakan sebagai "novel pop Islami" bukan "novel Islami".
(Urmm... Bercakap berkenaan ciri-ciri "mazhab bentuk" ini... Chairman PTS terasa-rasa bagaikan ada yang terkena pada batang hidung Chairman sendiri.)
Menurut beliau, niat sebenar novel-novel pop Islami itu ditulis adalah kerana si pengarang mahu menghiburkan pembacanya, bukan mahu beribadah. Novel yang ditulis bagi tujuan menghibur adalah novel "mazhab khayal".
Beliau berpandangan, apabila sesebuah novel itu tidak mengandungi ilmu-ilmu Islam, maka ia bukan "sastera Islam".
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Hohohohoho…kena batang hidung saya juga!.
Puan Ainon, ada atau tidak saudara F.T memberi pandangan mengenai novel Pak Habib, ‘ayat-ayat cinta’?
.
Tidak, beliau tidak sebut AAC, tetapi beliau banyak sebut novel-novel Malaysia. Saudara rugi besar tidak datang! Hohoho…
——-
Assalamualaikum,
Dalam perbualan secara tidak rasmi Saudara Faisal ada menyebut tentang novel ‘Ayat-ayat Cinta’. Katanya novel itu tergolong dalam genre novel pop Islami.
Wallahua’lam.
Nampaknya tertumbuk batang hidung saya juga. Ha ha ha…. Ini bermakna, setting mestilah di kampung2? Saya teringat satu novel yang pernah saya baca lama dulu. Gambar di kulit novel, gadis bertudung tetapi apabila saya baca tidak ada pula watak yang bertudung. Musykil, musykil.
Islami tak semestinya di kampung - saya fikir di bandar atau kampung sama sahaja. Yang penting mengikut sdr FT wacananya…
Pada saya - yang penting tulis sahaja. Tidak perlu menghadkan kreativiti asalkan tidak melanggar syariat.
.
Saya setuju dengan pandangan saudara.
Saya fikir konsep “sastera hasanah” lebih berguna bagi tujuan memilih bahan-bahan bacaan yang bagus dibaca sebab konsep “sastera hasanah” adalah didasarkan pada “syariah-compliance”. Apabila dalam karya itu tidak terdapat unsur-unsur yang bertentangan dengan kehendak syariat, maka ia elok dibaca.
Bagaimana pula ceritanya dengan cerita yang ditulis penulis bukan Islam?
Mereka tidak cukup maklumat untuk masukkan perkataan Assalamualaikum, s.w.t, dll yang seumpamanya. Mereka hanya boleh menulis sebagai Pencerita Pihak Ketiga. Di mana mereka perlu hantar karya mereka?
Adalah sayang jika karya mereka berkualiti seperti Honk! If Yr are Malaysian (Kalau tidak silap tajuk), telah terjual 5000 nashkah.
Buat masa ini caranya adalah menggunakan watak Ali, Abu, Nurul, Zulkifli, Latif, namun tetap ada perbezaan karya orang Islam dan Bukan Islam.
.
Pada pendapat saya, isu label “sastera Islam” ini hanya relevan apabila ada peraduan menulis sastera Islam, ataupun ada pihak hendak memberi anugerah ataupun pengiktirafan “sasterawan Islam”. Maksudnya, bagi tujuan menilai, pakailah label itu.
Di luar peraduan, lebih baik jangan digunakan label-label “Islamik” ataupun “bukan Islamik”.
Bagi tujuan membaca dan menikmati karya sastera, baca sahajalah karya-karya itu. Banyak karya yang tidak layak dilabelkan “Islamik” tetap tidak haram dibaca, malah bagus dibaca sebab di dalam karya-karya itu banyak maklumat yang baik dan berguna.
Novel Islami ke pop Islami ke tidak penting, yang seharusnya difikirkan ialah ia selari dengan Qur’an dan Sunnah.
.
Novel Islami ke pop Islami ke tidak penting (SALAH) = Novel Islamikah pop Islamikah tidak penting (BETUL)
Menghiburkan hati orang juga satu ibadah.
Puan Sifu, mohon untuk memaklumkan perkara ini di sini.
Jika sebahagian dari karya tuan puan yang telah diterbitkan di mana-mana media dan inginkan ia dirujuk sebagai rujukan akademik, sila tuan puan berikan contoh karya tersebut dan tukarkan dalam format pdf.
Salah satu caranya supaya karya tuan puan itu dapat dibaca oleh pembaca lain dan dibuat rujukan, sila tuliskan bagaimana menulis rujukan karya tuan puan tersebut mengikut format ‘Harvard’, iaitu seperti;
Osman, A. (2007) Kritikan terhadap karya sastera Islam. Dewan Budaya, Julai, pp. 12-14. [pdf]
Sila tuan puan letakkan (upload) sebahagian dari contoh karya/atau sinopsis karya tuan puan dalam format pdf tersebut di ‘GeoCities’ yang tuan puan boleh perolehi secara percuma apabila tuan puan mempunyai email yahoo.
Blog mp bertujuan ‘memasyarakatkan akademik dan mengakademikkan masyarakat’
Post a comment