Friday, July 25, 2008

Ekonomi Bahasa Melayu

Ekonomi bahasa tempatan adalah ekonomi yang besar. (Native language economy is a big economy.)

Di mana-mana negara sekalipun, produk-produk yang dicipta dengan menggunakan bahasa-bahasa tempatan adalah jauh lebih besar pasarannya dibandingkan dengan produk dalam bahasa asing.

Kita lihat kes Malaysia:

(i) Penyanyi-penyanyi tempatan yang merakamkan lagu-lagu Melayu (dan Cina) lebih kaya daripada penyanyi tempatan yang menyanyi dalam bahasa Inggeris.

(ii) Penulis novel cinta Bahasa Melayu menerima royalti yang jauh lebih besar daripada penulis tempatan yang menulis dalam bahasa Inggeris.

(iii) Filem-filem yang dibikin dalam Bahasa Melayu lebih laku daripada filem-filem tempatan yang dibikin dalam bahasa Inggeris.

(iv) Penerbit buku-buku dalam Bahasa Melayu lebih besar daripada penerbit buku-buku Inggeris tempatan.

Dalam dunia perbukuan, pengarang tempatan yang pada mulanya menulis dalam bahasa Inggeris seperti Azizi Ali dan Billy Lim, akhirnya menterjemahkan buku-buku mereka ke dalam Bahasa Melayu apabila mereka menyedari pasaran Bahasa Melayu adalah lebih besar.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sains Penulisan
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penerbit: Gunakan Sistem Royalti Sebagai Alat Kerja Bisnes Previous entry: SABTU 2 Ogos: Undangan dari Alumni Minggu Penulis Remaja DBP 2008

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: