Monday, August 06, 2007

Dilasi Waktu dalam Sai-Fai

Teori time-dilation mengatakan pesawat angkasa saudara boleh terbang hampir-hampir selaju cahaya, yakni 99.999% kelajuan cahaya. Pada kadar ini pesawat dan isinya tidak bertukar menjadi bahan-tenaga. Manakala ia meluncur hampir sama laju dengan cahaya.

Teori relativiti mengatakan, masa dalam pesawat yang terbang pada pada 99.999 kelajuan cahaya adalah termampat, atau compressed. Ini menyebabkan kita yang berada di luar pesawat itu mengatakan pesawat tersebut sudah terbang 30 tahun, tetapi bagi anak-anak kapal yang berada di dalamnya, mereka berasa mereka baru terbang beberapa jam sahaja.

Dengan menggunakan dilasi-waktu, pesawat saudara dapat berulang-alik dari bintang-ke-bintang dan dari bumi-ke-bintang, tanpa menggunakan pesawat generasi ataupun pesawat cryo.

Tetapi ada suatu hal lain pula. Manusia yang pergi ke bintang tidak berminat pulang ke bumi, sebab apabila mereka pulang ke bumi, manusia di bumi sudah 30 tahun lebih tua!

Bayangkan, walaupun dia pergi dan balik ke Bumi dalam masa beberapa jam sahaja, tetapi kekasihnya yang berusia 20 tahun kini sudah 50 tahun! Ataupun semasa dia berlepas terbang ibu bapanya masih hidup, beberapa jam kemudian, mereka sudah mati....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Fiksyen Sains & Fantasi
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Nasib Buku SN A Samad Said di Kedai Buku Previous entry: Tip Survival Penerbit: Jangan Cuba Menipu Perpustakaan Negara Malaysia
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/06  at  07:58 AM

Sama seperti teori Big Bang~~~

.

Dalam kitab ada diceritakan perbezaan waktu di muka planet Bumi dengan waktu di akhirat. 1 hari di akhirat adalah bersamaan dengan 40 ribu tahun di Bumi….
——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: