Di Mana Kekuatan Tamar Jalis
Sdr. Zamri Mohamed menulis....
Saya adalah pengikut novel Tamar Jalis sejak zaman sekolah.
Daripada satu sumber, beliau telah menulis lebih 15 buah novel bagi siri ini. Harganya sekitar RM4.50-RM9.00. Diterbitkan oleh Variapop, penerbit majalah Variasari.
Kekuatan Tamar Jalis selain daripada kisah hantunya.
1. Bahasa Melayu yang digunakan Bahasa Melayu standard. Tidak ada bahasa pasar antara beliau dengan datuknya.
2. Petua-petua, adat, kepercayaan dan sosio ekonomi orang Melayu kampung dan bandar diceritakan dengan begitu baik sekali. Malah penulisnya dapat menceritakan dengan jelas beza hidup dan amalan seharian serta budaya Melayu semenanjung dan di seberang.
3. Saya masih tidak boleh melupakan watak nenek kepada Tamar Jalis. Gambaran wanita Melayu yang hebat bagi saya. Walaupun ditinggalkan suami bagi tujuan dan tempoh tertentu, masih tenang dan berani. Malah ada satu episod nenek Tamar sendiri berhadapan dengan hantu yang mengganggu tanpa rasa panik ketika dia dan cucunya ditinggalkan datuknya yang berada di kampung lain. Jauh berbeza dengan watak perempuan dalam filem Mmistik yang mudah dirasuk dan lari ke sana sini.
4. Novel Tamar Jalis menekankan kepada nilai. Bagaimana hubungan persahabatan orang tua digambarkan melalui karekter datuknya dan orang-orang sekeliling.
5. Siri hantunya kembali kepada satu konsep. Apa pun kekuatan yang dimiliki oleh jin, Allah jualah yang akan mengatasi.
6. Kebanyakan petua boleh digunakan oleh pembaca. Ia bukan petua-petua reka. Sebagai contoh pernah nenek kepada Tamar Jalis mengajar bagaimana mengubat bisa cakar dan gigitan kucing dengan sejenis daun. Kucing juga ada bisanya.
7. Jalan ceritanya menghubungan dua zaman, era datuknya dan zaman Tamar Jalis sendiri. Konflik timbul antara datuk dan cucu digambarkan begitu menarik dalam beberapa siri.
Puan,
Saya teruja dengan entri ini sehingga saya ingin berkongsi beberapa petikan dari blog (dengan izin) peminat-peminatnya.
Saudara Nizam Zakaria berkata:
“Tidak keterlaluan juga saya katakan bahawa buku SBDJ dan lain-lainnya membawa kisah ‘coming of age’ protagonis utamanya. Di dalam SBDJ, kita akan melihat bagaimana watak Tamar, dari seorang pemuda awal remaja yang keanak-anakan, berubah kepada seorang pemuda yang tabah, walaupun kadang kala kompleks idiosinkratiknya (kita ternyata mempunyai Harry Potter kita sendiri lama sebelum watak ini diwujudkan J. K. Rowling!).
Phillip Pullman, seorang penulis fantasi supernatural berkata bahawa kanak-kanak tidak semestinya mahu menjadi hero di dalam cerita yang mereka baca. Tetapi mereka mahu menjadi kawan kepada hero. Di dalam buku SBDJ, Tamar bukanlah hero, tetapi datuknya. Pendekatan yang digunakan Pullman sama dengan pendekatan yang digunakan oleh Tamar Jalis. Satu formula yang jelas berjaya di dalam konteks kaedah membawa pembaca mendekati kepada watak dan seterusnya jalan cerita.
SBDJ telah ditulis di dalam era selepas merdeka. Kesemua cerita di dalam siri ini ditulis pada tahun 60-an….” http://nizamzakaria.diaryland.com/021113_87.html
Ada juga siri-siri lain yang mengikut jejak Tamar Jalis seperti Tok Awang Ngah yang merantau dari satu tempat ke tempat dan pada masa sama menyelesaikan masalah hantu dan jin dengan ayat-ayat Quran
Puan,
Sekiranya PTS mahu turut serta dalam penerbitan buku seram yang ada dua nilai agama dan bahasa, siri Bercakap Dengan Jin adalah siri yang dicadangkan diterbitkan semula.
Penerbit filem seram mesti menjadikan siri ini rujukan membuat filem yang bagus.
Jangan Pandang Belakang adalah contoh filem yang hampir kepada siri Bercakap Dengan Jin.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum wbt.,
Saya ingin menambah,
Saya juga sering terkesan dengan ilustrasi yang menghiasi setiap bab dalam SBDJ. Ada ilustrasi yang masih melekap dalam ingatan saya hingga hari ini.
——-
Patutlah semasa saya berumur 10 tahun lagi saya mampu membaca Siri Bercakap Dengan Jin.
Sebenarnya Sahabat Koleh Kacang di bina dengan premis yang menghampiri SBDJ iaitu keperluan bagi setiap generasi mengekalkan hubungan dengan generasi sebelumnya. Cuma di dalam siri SKK saya akan cuba menekankan keperluan memperlajari Al quran sebagai senjata pertama selepas mempelajari seni mempertahankan diri (walaupun seingat saya Al Quran dan silat biasanya di pelajari serentak mengikut amalan tradisi orang melayu).
Di dalam siri SBDJ, Tamar seingat saya sejak zaman kanak-kanaknya diajar membaca Al Quran oleh datuknya itu dan ini adalah merupakan satu tradisi Guru-murid yang sekarang ini hampir pupus.
Sayugia juga diingatkan bahawa datuk Tamar, selain dari seorang yang pandai mengubat, beliau juga adalah orang yang rapat kepada masjid dan berkawan karib dengan para ulama’. Episod beliau menentang dua pemuda yang mahir sihir kaum kubu (orang asli) menjelaskan hal ini.
Saya fikir ciri-ciri inilah yang ada di dalam SBDJ sebagai asas kisah yang menarik untuk dinikmati oleh pembaca-pembaca novel thriller.
Saya menganggap SBDJ adalah thriller yang berjaya.
“Puan,
Sekiranya PTS mahu turut serta dalam penerbitan buku seram yang ada dua nilai agama dan bahasa, siri Bercakap Dengan Jin adalah siri yang dicadangkan diterbitkan semula.”
Assalamualaikum..
Kurang pasti saya isu apa yang pernah dibincangkan di entri di sini beberapa bulan yang lalu. Ada seorang hamba Allah itu mengangkat karya Tamar Jalis dalam penyampaian siri Bercakap Dengan Jin.
Cukup-cukup hamba Allah itu dihentam di entri itu oleh pengunjung di sini kerana menyokong karya Tamar Jalis
Kali ini disiarkan sedikit isu tentang penulisan Tamar Jalis di sini. Siri Bercakap Dengan Jin ada mesej dan nilainya yang tersendiri.
Bagi yang sudah membacanya seperti Sdr. Zamri Mohamed, sudah pasti beliau dapat apa yang baik dari karya Tamar Jalis itu.
Ada banyak yang baik dari karya itu dan kajilah.
Setuju dengan saudara. Masyarakat Melayu moden apabila tersiar filem/drama/ buku hantu, mereka ketawa tetapi apabila ditanya yakin atau tidak wujudnya hantu, berdirilah bulu roma masing2. He he he…
Pendapat saya, menulis cerita hantu tiada salahnya, yang salah yakin pada kuasa hantu.
Tuan Hamba Allah
Saya bersetuju dengan pandangan Tuan.
Jika Siri Bercakap Dengan Jin hendak diterbitkan semula. Pasti memerlukan penerbit menyaring semula bagi memastikan ia berfaedah. Buku-buku lama tidak terlepas dari gaya pemikiran dan suasana pada zaman penulisan beliau. Maka faktor-faktor ini perlu diambil kira dalamn mengenalpasti apa yang perlu dibersihkan dan apa yang perlu dikekalkan.
Terima kasih Sdr.Zamri Mohamed,
Jangan takut menerbitkan karya cerita hantu. Apa yang penting bagaimana penulis menyampaikan ceritanya agar dapat memberi manfaat kepada pembaca dan kembali dengan ajaran Allah SWT sebagai pendinding melawan hantu jelmaan syaitan.
1) Hantu adalah gelaran jelmaan dari syaitan yang pelbagai jenis antaranya puntianak, pocong, hantu raya dan lain-lain lagi. Semua hantu ini dalah jelmaan syaitan dan digelar hantu oleh masyarakat Melayu.
2) Syaitan adalah Jin, kedua-dua makhluk ini dijadikan dari api dan digelar syaitan bagi membezakan ia adalah sejenis Jin yang melakukan kejhatan. (rujuk ustaz-ustaz untuk lebih tepat, ini asas dari bacaan dan kajian sahaja)
3) Syaitan hanya boleh berkomunikasi kepada manusia apabila masuk ke tubuh manusia lain. Ini berlaku yang digelar rasukan dan histeria. (Lihatlah betapa lemah&bodohnya syaitan ini, hendak bercakap dengan kita pun guna badan manusia. Handphone pun mereka tidak mampu miliki!)
4) Syaitan sangat takut kepada manusia yang kuat imannya dan kuat perpegang kepada ajaran Allah SWT.
5) Manusia yang lemah mudah didekati dan diganggu syaitan yang kita selalu sebut-sebutkan nama ‘glamernya’ hantu.
6) Apabila terjadinya rasukan seperti yang sering kita dengar dari perbuatan ilmu hitam iaitu sihir, syaitan jenis ini dipuja dan dibela oleh individu tertentu yang sesat dan terpesong dari ajaran agama. (budaya bomoh-bomoh ilmu hitam dalam dengki-mendengki ini masih kuat berlaku di Malaysia.)
7) Cara mengatasi segala kejahatan syaitan ini adalah dengan mengamalkan bacaan surah Al-Fatihah dan 3 Qul selepas setiap kali solat 5 waktu dan bacaan ayat Kursi, sentiasa dalam keadaan berwuduk, selain sering membaca Al-Quran.
8) Saya pernah berhadapan dengan seorang perempuan yang diganggu syaitan lalu dibacakan oleh ahli keluarganya ayat Kursi kepadanya dan disambung oleh syaitan yang merasuki perempuan itu lalu ditambahnya (syaitan) 3 baris ayat lain yang tidak ada di dalam ayat Kursi lalu syaitan itu ketawa. (melalui suara dan tubuh si perempuan yang dirasuki).
Ini kerana bacaan itu mungkin tidak betul sebutan ketika membacanya dan dalam keadaan takut barangkali.
Jadi, kembalilah kita kepada ilmu-ilmu bacaan yang baik dan tepat agar kita dapat mengatasi syaitan dengan ayat-ayat suci ini. Insyaallah..
Lakukanlah melalui buku bagi membuka minda pembaca agar tidak takut dengan gangguan syaitan kerana syaitan adalah musuh utama umat Islam yang harus kita berdepan dan kembalilah ke jalan Allah SWT. (kerajaan sekarang hanya kempen dadah musuh negara, tetapi tidak kempen syaitan, musuh umat seagama pemimpin besarnya di negara ini.)
Ini adalah sebahagian pengalaman yang dilalui kerana saya sudah berdepan dengan situasi hantu jelmaan syaitan, rasuk, histeria dan melawan kerja-kerja sihir.
Semoga Berjaya!
Assalamualaikum…
saya berharap siri SBDJ
dapat diterbitkan semula
kerana saya rasa SBDJ ini
masih ada lagi ada kekuatan nya
untuk menarik minat pembaca
sekian…
assalamualaikum semua…
saya mula membaca buku tamar jalis sejak berumur 8 tahun yang dahulunya dicetak oleh variasari dan ada mengumpul beberapa koleksi hasil tulisan tamar jalis, tetapi saya tidak dapat mengikuti kisah tamar jalis sehingga penamatnya kerana sudah tiada kedai yang menjual buku ini, diharap kepada sesiapa yang sudi boleh berkongsi maklumat dengan saya untuk mendapatkan buku ini,terima kasih.
saya memang dah membaca siri buku bercakap dengan jin.. memang menarik…tp saya xder koleksi lengkap. saya harap PTS dapat menulang cetak semula buku2 itu. saya rasa ramai peminat cerita2 seram… cerita seram ini saya lihat amat berlainan dr cerita2 lain… dan banyak ikhtibar yg boleh diambil darinya.. bg saya buku ini tidak lah seram sangat..tp mempunyai daya penarik yg kuat…mungkin gaya penulisan yang disampaikan.
Tamar jalis adalah seorang penulis hebat.. dan sukar di cari ganti.. setiap siri dalam ceritanya mempunyai nilai teladan dan isi tertentu. Ceritanya juga dapat menepis anggapan dongeng kepada sesetengah kepercayaan. Membaca novel SBDJ adalah lebih seronok dari menonton filem dan aku sanggup habiskan masa berjam jam untuk membaca karya ini. Syabas pada semua yang terlibat.
Salam sejahtera khusus buat PTS dan ahli-ahli PTS amnya…
Ingin saya berkongsi tentang pengalaman mengenali karya TOK AWANG NGAH dan juga TAMAR JALIS. Semuanya bermula tatkala ayahanda terlibat mengangkut barang-barang kepunyaan keluarga VIP yang ingin berpindah. Kebiasaanya orang-orang kaya, pakaian atau barangan yang masih elok tapi sudah jemu dipandang atau digunakan akan dibuang begitu saja. Maklumlah, duit banyak.
Ketika membelek barangan lain yang masih elok, aku terjumpa buku-buku yang sedikit usang. Penulisnya, TOK AWANG NGAH dan juga TAMAR JALIS. Penghias kulit bukunya agak menyeramkan, membuatkan aku mengambil buku-buka lama tersebut. Lama juga aku menyimpannya. Masih belum berpeluang membaca.
Suatu hari, sedang aku bosan tanpa pengisian aktiviti yang bermanfaat, hujan renyai yang membasahi bumi membuatkan aku teringat buku-buku yang aku jumpai. Aku gapai naskah buku usang itu, memberikan pengamatan pembacaan pada permulaannya. Cerita yang sangat menarik. Sebuah cerita yang “hidup”. Gambaran yang jelas membuatkan aku ketagih membaca buku itu. Membuatkan aku hilang sabar untuk mengetahui bait-bait cerita setiap lembaran buku itu. Seolahnya, sebuah cerita drama berepisod yang membuatkan penontonnya menanti-nanti setiap minggu kemunculannya.
Membuatkan aku tertanya-tanya, adakah cerita ini kisah benar? jika benar, aku cukup kagum dengan penulisan penulis-penulis berkenaan. Cukup hebat menggambarkan kekuasaan ALLAH S.W.T. Tentang alam, duniawi ukhrawi, insani, ilmu, alam lain. Cukup hebat.
Membuatkan aku mencari buku-buku tersebut. Akhirnya aku menemui di kedai-kedai mamak, kedai runcit dan kedai-kedai buku kecil.
Kesibukan waktu, mengekang aku untuk meneruskan bacaan-bacaan tersebut. Terkadang apabila menemui dimana-mana kedai, aku terus membeli.
Tahun 2007, sewaktu aku melawat Indonesia, seawalnya aku telah membeli beberapa koleksi Tok Awang Ngah dan Tamar Jalis yang belum aku baca. Buat tatapan sewaktu menaiki kapal terbang. Buat teman dikala aku tidur.
Betapa agungNYA, ALLAH S.W.T dalam mencipta dua alam, alam manusia, alam ghaib. Perlu diiringi dan berbekalkan ilmu yang tinggi, kebatinan yang kuat, berpegang pada tali ALLAH S.W.T.
Cukup mengujakan. Namun, koleksi buku-buku tersebut hilang. Entah kemana. Mungkinkah aku tersalah simpan. Atau juga aku telah buang, tidak mungkin. Aku amat suka penulisannnya.
Pembaca setia,
Safaku Kamelia
salam sejahtera.. dimanakah saya boleh mendapatkan koleksi tamar jalis ini.
Assalamualaikum puan,
Saya amat menyokong jika puan berminat untuk menerbitkan kembali SBDJ untuk dijilidkan.Saya sendiri memiliki banyak buku-buku karya beliau walaupun ada yang tidak dapat diselamatkan.Sila hubungi saya 0163650455.
Faruq
Saya turut membaca SBDJ sejak dari kecil lagi dan Tamar Jalis juga di antara penulis kegemaran saya.Novel itu juga,di jadikan koleksi peribadi emak saya dan di antara buku yang paling di sayanginya.Saya juga setuju kalau ia di ulang cetak sebab saya tidak memiliki kesemua siri yang di terbitkan.Saya juga selalu membaca buku itu pada waktu lapang kerana ia sarat dengan pengajaran, nasihat serta elemen seram dan suspen yang membuatkan buku ini tidak pernah bosan untuk di baca berulang kali..Misteri buku ini juga seakan tidak pernah selesai kerana ia ingin kita agar memikirkan sendiri rahsia di sebalik kebesaran Allah yang kadang - kala jarang kita ambil pusing.Saya juga berjaya mengkhatamkan buku ini sebanyak lebih daripada 30 kali.Saya suka sekali membaca buku ini ketika pada waktu lapang kerana saya menggambarkan bahawa apabila kita membaca buku ini saya sudah masuk ke zaman itu..latar masanya cukup menggambarkan bahawa ia adalah zaman di mana ia jauh dari derap pembanggunan dan cara ia menggambarkan suasana alam sangat real.Buku ini juga bernafas melayu dan menampilkan bakat antara penulis melayu yang berbakat.
Saya juga meminati buku SBDJ dan ada menyimpan koleksinya walaupun tidak berapa lengkap. Saya akui berbanding buku hantu lain yang lebih kepada seks untuk menarik perhatian pembaca, SBDJ amat kuat dengan nilai-nilai kemelayuannya. Ayat-ayat yang disusun dengan baik serta banyak petua-petua lama yang berguna. Saya amat bersetuju jika dapat diterbitkan semula dan elok jika dibuat drama bersiri atau difilemkan.
salam..saya sekrg sudah berusia 24 tahun..saya mula membaca karya tamar jalis ketika masih disekolah rendah lagi…buku2 ni saya jumpa di rumah pakcik sedara saya..dan saya pinjam..sejak itu saya jadi mcm terikat dgn buku ni..walaupun saya dah bace utk setiap jilid..saya still ulang baca karya ni lagi..xpenah puas..setiap kali saya membace karya ni.s.seolah2 saya turut mengembara sekali,..xrugi membaca nye..setiap amalan2 yg diamalkan oleh tamar jalis dan arwah atoknye…saya boleh ambil sebagai amalan di alam realiti ni..
Salam kpd semua penggemar SBDJ,
Saya juga salah seorang dari anda dan tak dapat dinafikan betapa Tamar Jalis telah banyak mempengaruhi pembesaran saya sehingga kini. Dari minat seorang kanak-kanak membaca buku-buku seram milik abah secara curi-curi hingga kini, saya sendiri telah menjadi seorang penulis skrip. Tapi masih tak ada galang gantinya untuk mengambil alih tempat idola kesayangan saya ini. Kalau diberi peluang saya teringin menulis kembali SBDJ untuk dijadikan siri TV atau difilemkan. (dengan keizinan Nafielagroup yang telah mendapat I.P rights dari Uncle Tamar Jalis sendiri)
Persoalannnya, saya mahu tahu berapa ramai antara anda yang menyokong sekiranya projek ini direalisasikan. Sekiranya,mendapat sokongan yang mengalakkan saya akan cuba menjadikan impian ini satu realiti.
Terima kasih.
Post a comment