Dekad Gelap dalam Sejarah Pendidikan Negara
Selama 7 tahun PPSMI dilaksanakan, lebih 2 juta pelajar telah menjadi mangsa. Mereka tidak memahami secara optimum pelajaran matematik dan sains yang diajarkan kepada mereka dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
Kini, kerajaan mengumumkan hanya pada 2012 nanti barulah PPSMI dimansuhkan sepenuhnya, menjadikan tempoh itu 10 tahun - 1 dekad.
Selama 7 tahun pelaksanaan PPSMI, sebanyak RM12 billion telah dibelanjakan.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam akhbar, bekas menteri pelajaran, Datuk Hishamuddin pernah mengatakan bahawa hanya sebanyak RM11 juta sahaja yang telah digunakan bagi melatih dan membayar elaun guru-guru yang mengajar PPSMI. Ertinya, duit selebihnya digunakan bagi membeli peralatan komputer!
Apabila Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin memansuhkan PPSMI, sudah pasti beliau mengambil keputusan itu dengan penuh tanggungjawab, yakni berdasarkan nasihat pegawai-pegawai tertinggi kementerian.
UNIKAPTS mendesak kerajaan supaya mengeluarkan Kertas Putih bagi mendedahkan maklumat sebenar di sebalik pelaksanaan dan pemansuhan PPSMI.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Kalau Najib berani, telanjangkan orang tua Mahathir tu. Kenapa tiba2 dia bangun dari tidur dan ambil keputusan nak laksanakan PPSMI tanpa mengambil kira pandangan orang lain.
Untuk menyelami pemikiran Mahathir kita patut baca buku Dilema Melayu dia. Macam mana dia cakap orang Melayu ni bodoh dan pemalas sebab gen Melayu (alasan dia kahwin sepupu).
tapi nak tunggu 3 tahun macam mana
apa patut kita buat?
Post a comment