Definisi Buku Laku dan Tak Laku di PTS
Tuan Fauzul Naim, Pengurus Besar (editorial) PTS, memberitahu ukuran sesuatu judul itu dikatakan laku ataupun tidak laku di PTS adalah seperti berikut:
(i) Buku Meletup
Apabila antara 3 – 5 ribu naskhah terjual dalam tempoh 10 hari. Contoh buku yang termasuk dalam kategori ini adalah Yakjuj & Makjuj, Iskandar Zulkarnain, Ajaibnya Sedekah, Aku Mahu ke New York, dll.
(ii) Buku Laku
Apabila 3 – 5 ribu naskhah terjual dalam tempoh 1 bulan.
(iii) Buku Lembap
Apabila 3 ribu naskhah terjual dalam tempoh 6 bulan
(iv) Buku Tak Laku
Apabila 3 ribu naskhah tidak habis terjual dalam tempoh 12 bulan.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

ha3.
I like that definition…
Post a comment