Friday, July 20, 2007

Daya Appeal Cerita dalam Surah Yusuf

Quran itu penuh dengan cerita. Nabi Muhammad banyak menyampaikan cerita, sebagaimana dapat dibaca dalam hadis-hadis beliau. Menyampaikan mesej dengan menggunakan cerita adalah sunnah Quran dan sunnah Nabi Muhammad.

Semua jenis karya kreatif menawarkan daya tarikan yang memenuhi keperluan psikologis pembacanya. Keperluan itu adalah keperluan mahu mengembara ke dalam dunia orang lain, ke alam-alam lain, selain alam yang dihidupinya sendiri.

Jika sesebuah cerita itu sudah terlalu biasa, pembaca bosan, sebab dalam cerita-cerita biasa pembaca dapat mengagak apa penghujungnya.

Jika cerita itu terlalu luar biasa, pembaca mungkin menolak cerita itu sebab ia tidak dapat difahaminya, ataupun ia tidak masuk akal.

Justeru cerita yang diingini pembaca adalah cerita yang mengandung unsur-unsur luar biasa, tetapi tidak terlalu luar biasa. Barulah cerita itu mempunyai daya appeal.

Dalam surah Yusuf, unsur-unsur luar biasa itu adalah:

1. Anak-anak lelaki yang berebut kasih sayang ayah sehingga sanggup membunuh adik sendiri.

2. Budak yang dibuang ke dalam telaga tetapi tidak mati sebab sempat diselamatkan orang.

3. Isteri orang besar yang jatuh cinta kepada hambanya sendiri yang elok rupa parasnya sehingga sanggup menarik baju lelaki itu sampai koyak.

4. Perempuan-perempuan yang terpegun melihat keelokan rupa paras lelaki sehingga tidak sedar mereka melukai jari mereka sendiri.

5. Lelaki tua yang menangis terlalu lama sehingga matanya buta.

6. Baju yang dapat menyembuhkan mata orang yang buta lalu kembali melihat seperti sedia kala.

7. Lelaki muda yang sanggup dipenjarakan demi tidak mahu melayan nafsu berahi isteri majikannya.

8. Abang-abang yang tidak kenal lagi adik lekakinya yang sudah menjadi orang besar raja.

Semua unsur-unsur luar biasa dalam surah Yusuf adalah luar biasa tetapi tidak terlalu luar biasa.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sastera Islami
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Apabila Penulis Selebriti Naik Mahkamah Previous entry: Sirrah Nabawwiyyah versi User-freindly

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: