Celakalah Kalian, Celakalah

Salam Puan SifuPTS,
Oleh kerana saya tidak dapat bersama esok, kerana masih di Dubai... saya sertakan sajak saya sebagai sokongan padu.
Ini bukan sekadar lidah
Untuk bertutur teknikal
Tetapi roh warisan
Yang membina ketuanan
Bahasa jiwa bangsa
Ini bukan sekadar protes
Dari jalan ke istana
Tetapi suara keramat
Yang meruntuh keangkuhan
Bodoh sombong kepimpinan
Ini bukan sekadar rintihan
Menangisi bencana korupsi
Tetapi jeritan kemanusiaan
Yang dibunuh kebutaan
Songsang satu perjuangan
Ini bukan sekadar Melayu
Bergerak menggempur PPSMI
Tetapi anak-anak Malaysia
Yang bersatu membina
Generasi hebat masa depan
Celakalah kalian, celaka lah!
Gerombolan rasis yang ignoran
Menjadi benteng kemaraan
Angkuh mempergadai pusaka
Demi berjudi dengan keegoaan!
Fudzail
Dubai, UAE
6 Mac 2009
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment