Tip Bisnes Buku: Kategori Buku-Buku yang Laku Keras Semasa Cuti Raya
Buku-buku yang laku semasa cuti sebelum dan selepas Hari Raya adalah:
(i) Novel awal remaja dan kanak-kanak.
Sebelum orang-orang muda yang mempunyai pelajaran tinggi dan bekerja di bandar-bandar besar pulang ke kampung bagi bercuti raya, mereka cenderung membeli dan membawa pulang buku-buku cerita remaja untuk adik-adik dan anak-anak saudara mereka sebagai cara menggalakkan mereka supaya suka membaca dan sebagai hadiah supaya lebih rajin belajar.
Selepas Hari Raya pula, para remaja mempunyai banyak wang raya, dan mereka menggunakan wang itu bagi membeli buku-buku kesukaan mereka.
(ii) Novel cinta.
Novel-novel cinta menjadi pilihan gadis-gadis muda yang membelinya sebelum pulang menaiki bas dan kereta api, di mana mereka mempunyai rancangan akan membaca novel itu dalam perjalanan dan apabila sudah tiba di kampung.
NOTA: Pada masa ini sudah mula kelihatan trend baru di mana kaum keluarga memilih buku sebagai hadiah kepada adik-adik dan sanak saudara.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006



Post a comment