Buku Tahan Lama
Lazimnya orang menyangka hanya buku-buku sastera tinggi dapat bertahan lama, selama berpuluh-puluh tahun, dalam pasaran. Sebagai contoh, novel Siti Nurbaya karya Marah Roesli, dan buku puisi Kerikil Tajam oleh Chairil Anwar, kedua-duanya sudah lebih 70 tahun sejak mula diterbitkan, namun sehingga sekarang masih laku dijual.
Selain buku sastera tinggi, buku-buku bidang ilmu di mana prinsip-prinsipnya bertahan lama juga termasuk dalam kategori ini. Ia dapat bertahan sehingga 10 ataupun 15 tahun.
Buku-buku nonfiksyen seperti buku panduan komunikasi, pengurusan, pemasaran, kejurujualan, psikologi, pendidikan kanak-kanak, kreativiti dan motivasi adalah termasuk dalam ketegori ini.
Kamus-kamus juga termasuk dalam kategori buku tahan lama.
Buku-buku agama memang sudah diketahui ramai ia tahan lama. Semua jenis buku agama, termasuk buku-buku cerita agama tahan lama disebabkan fakta-fakta agama tidak berubah.
Buku-buku evergreen dan buku-buku tahan lama adalah sumber royalti yang berpanjangan bagi penulis, oleh sebab itu, jikalau saudara hendak hidup dengan menjadi penulis sepenuh masa, saudara perlu mempunyai judul-judul evergreen dalam senarai karya saudara.
Judul-judul evergreen hanya ditulis sekali, kemudian ia diulangcetak berkali-kali, selama bertahun-tahun.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Buku tahan lama dan tercetak berulang-ulang tanpa henti memang banyak di Jakarta terutama buku-buku terbitan Balai Pustaka dan Dian Rakyat karya penulis tersohor seperti Marah Rusli, Charil Anwar dan lain-lain.
Malah karya Hamka yang amat popular seperti Di bawah Lindungan Kaabah dan Tenggelamnya Kapal Ven Der Wicjk yang diterbitkan oleh Bulan Bintang masih terus dicetak ulang dan sangat mudah pula dijual.
Malah Penerbit Dian Rakyat pun kelihatan masih gah dengan pergantungan yang agak kuat kepada kegiatan mencetak berulang-ulang karya pemiliknya sendiri iaitu Sutan Takdir Alishahbana selain karya popular penyair Khairil Anuar itu.
Post a comment