Buku Politik Bagaimana yang Diterbitkan oleh PTS
Salah satu dasar editorial PTS adalah tidak menerbitkan buku-buku politik yang membincangkan isu-isu semasa. Antara rasionalnya adalah:
(i) Isu-isu politik semasa cepat berubah, menyebabkan kandungan buku itu cepat basi, oleh hal yang demikian hayat pasarannya amat pendek.
(ii) Pasaran buku-buku kupasan politik semasa telah jatuh merudum semenjak tahun 1998, dan tidak bangkit-bangkit lagi sehingga hari ini.
(iii) Salah satu risiko menerbitkan buku kupasan politik semasa adalah dalam buku-buku seperti itu terkandung banyak ayat-ayat yang tidak dipastikan kesahihannya, oleh itu mungkin mengandung fitnah terhadap pertubuhan politik mahupun individu-individu yang disebut namanya.
PTS hanya menerbitkan buku-buku politik yang menerangkan ilmu-ilmu sains politik. Buku-buku seperti itu adalah selaras dengan misi PTS yang hanya mahukan buku-buku yang "memandaikan bangsa".
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
-320x485.jpg)


Post a comment