Friday, August 13, 2010

PTS Komited Menjadi Penerbit Buku-Buku Bisnes dan Pengurusan No.1

Melalui anak syarikatnya, PTS Professional Sdn. Bhd., pada masa ini PTS adalah penerbit yang paling aktif menerbitkan buku-buku bisnes dan pengurusan dalam bahasa Melayu, baik judul karya asli mahupun judul terjemahan.

PTS komited mahu menjadi penerbit No.1 dalam kategori ini. Dalam perancangan jangka panjang, PTS akan menerbitkan 100 judul buku bisnes setahun, yang terdiri daripada 60% buku terjemahan dan 40% karya asli.

Dua buku di atas adalah judul buku bisnes dan pengurusan terbaru yang diterbitkan oleh PTS.

Apabila memilih judul buku-buku yang mahu diterjemah, PTS hanya memilih judul-judul yang sudah sedia bestseller dalam pasaran. Terbukti bahawa judul-judul bestseller itu dapat dijual dengan baik. Malah, lebih banyak edisi terjemahan dapat dijual berbanding dengan judul asli yang diimport.

Pada suatu masa yang lalu buku-buku terjemahan tidak laku disebabkan mutu terjemahannya yang rendah. Faktor ini sudah dapat diselesaikan oleh PTS. Buku-buku terjemahan PTS terbukti laku dijual. Semua buku bisnes terjemahan PTS diulangcetak selepas 5 bulan terbit.

Buku-buku bisnes dan pengurusan sangat laku di kawasan bandar-bandar utama kerana di situ terdapat golongan pembaca berpendidikan tinggi yang ramai. Mereka adalah pembeli dan pembaca buku-buku bisnes dan pengurusan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Yasin PTS Sangat Laku Previous entry: Jaringan Pengedaran Buku-buku PTS dan Strategi Survival PTS
Ome  on  08/14  at  01:10 AM

InsyaAllah, selagi buku2 itu berkualiti dan terbukti, selagi itu saya membeli. Kini saya lebih gemar membeli buku terjemahan kerana ianya lebih senang untuk dihadam dan dapat meningkatkan penguasaaan BM saya. InsyaAllah.

zamri  on  08/14  at  06:58 AM

seingat saya ada buku terjemahan puan ainon tajuknya sejarah linguistik. buku tu jadi rujukan saya di UM dulu. siap beli lagi. maklumlah masa tu tok pandai lagi bahasa english. puas saya baca, 10 kali pun tok faham. terjemahan secara literal/harfiah. tapi baca kali ke 11, dan rujuk ckit2 teks asal dalam BI, baru faham.

apapun ia satu usaha murni puan masa tu. syabas!

saya akan beli buku ni. Hari jugak nak pi cari di MPH Spring Mall kuching

..............

Nota Pn. Ainon: Tuan Zamri, saya haya menterjemah karya sastera sahaja: (‘Orang Terasing’, ‘Seribu Jinjang’, dan ‘Kunci’.)

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/14  at  01:14 PM

yeke? mungkin saya silap. dah lama graduate. minta maaf banyak2.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/14  at  02:11 PM

Salam Sifu,
Saya juga terus komited untuk menulis buku adaptasi dari Barat yang berguna buat rakyat Malaysia.

Riduan Khairi  on  08/14  at  09:24 PM

Saya merupakan salah seorang peminat buku-buku terjemahan Pts. Kualiti terjemahan Pts sangat memuaskan hati.

Syukur dan tahniah.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: