Buku Motivasi Luar Negara lawan Buku Motivasi Tempatan
Pasaran buku-buku motivasi untuk bacaan ibu bapa adalah sekitar 3 ribu naskhah setahun. Ertinya, jualan judul-judul dalam kategori ini tidak meletup-letup. Walau bagaimanapun, pasaran itu ada sepanjang tahun, tahun demi tahun.
Bagi memenuhi keperluan pembaca, PTS menerbitkan judul-judul tulisan penulis luar negara dan penulis tempatan.
Kehadiran judul-judul luar negara yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu tidak akan membunuh jualan judul-judul karya pengarang dalam negara. Masing-masing mempunyai kekuatannya sendiri.
Buku-buku karangan penulis tempatan dapat memasukkan unsur-unsur spiritual dan lokal yang relevan kepada keperluan ibu bapa, seperti unsur ajaran agama dan budaya tempatan. Inilah yang tidak ada dalam buku-buku dari luar negara.
Kelebihan buku-buku pengarang luar adalah dari sudut keluasan dan kedalaman ilmu-ilmu sains yang digunakan oleh pengarangnya.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006



Post a comment