Buku Ini Sudah Masuk Cetakan Ke-4
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualalaikum,
Tahniah diucapkan kepada Puan Ainon, Penulis dan Warga PTS.
Saya masih samar berkenaan jumlah cetakan yang dibuat bagi setiap kali sesuatu buku itu dicetak untuk jualan.
Akibatnya saya hanya boleh menumpang gembira atas bilangan cetakan yang dibuat. Tidak dapat tumpang gembira berkenaan dengan jumlah buku yang dicetak.
Mohon gambaran daripada Puan Ainon.
Terima kasih.
Tuan Zakir,
Berbeza judul, berbeza pula jumlah cetakannya. Ada yang 1,500 naskhah, ada yang 2,000, ada yang 3,000, ada yang 5,000.
Buku Travelog Haji ini dicetak 2,000 naskhah pada cetakan pertama. Cetakan yang berikutnya saya perlu dapatkan maklumat tepat daripada pengurus PTS ISLAMIKA.
Terima kasih Puan Ainon atas gambaran yang diberikan.
Berkaitan dengan kejayaan Buku Travelog Haji ini, nampaknya saya kena gandakan kegembiraan saya. Pada asalnya saya jangkakan cetakan pertama buku ini adalah sebanyak 1000 naskhah.
Post a comment