Wednesday, January 30, 2008

Tidak Suka Buku Budak Kecil

Seorang ibu yang tinggal di Damansara Utama memberitahu Sifu bahawa anak lelakinya yang berusia 9 tahun amat kuat membaca. Dia sudah membaca lebih 100 buku cerita, kebanyakannya dalam bahasa Inggeris. Tetapi semenjak si ibu membelikan novel-novel remaja PTS ONE anaknya sangat suka membaca buku-buku PTS ONE.

Pada suatu masa beliau membawa anaknya ke MPH, dan dia mencadangkan anaknya membeli buku ini. Beliau terkejut apabila anaknya, bukan hanya tidak mahu membaca buku ini, malah memegangnya dia tidak mahu, atas alasan buku itu adalah "buku budak kecil".

Buku ini ditargetkan oleh editor PTS ONE untuk remaja awal. 

Soalan tutorial hari ini: Apakah unsur-unsur pada kulit buku ini yang menyebabkan kanak-kanak lelaki 9 tahun mengatakan buku itu adalah buku untuk budak kecil?

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(16) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Apabila Penulis Ternama Saman Malu Penulis Tak Ternama Previous entry: "Readability Index": Menulis Kerana Hendak Meng-ekspres, Bukan Meng-impres
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/30  at  07:54 AM

Puan,

Sepintas lalu, buku ini seolah-olah buku anak saya yang berusia 6 tahun.
1.Font tulisan tangan
2.Cover- warna ceria sangat.
3.Imej kartun.

Melalui cover,buku ini seolah-olah mempunyai ketebalan dalam 10 mukasurat kebiasaan buku kanak-kanak pra tadika yang di dalamnya banyak gambar dan sedikit cerita font bertulisan besar.

Mya Marja  on  01/30  at  09:34 PM

Assalamualaikum,

Budak berumur 9 tahun itu terlebih membaca, dalam bahasa Inggeris pula. Mungkin bahan bacaannya yang lalu telah mempengaruhi cara pemilihan bahan bacaannya yang dalam bahasa Melayu pula. Paparan kulit buku ‘Hore, kita menang!’ mungkin dirasakannya jauh berbeza dan terlalu kebudak-budakan baginya apabila dia membandingkannya dengan bacaannya yang lalu.

faizul kamaruddin  on  01/31  at  01:56 AM

Pada pandangan saya, mungkin kanak-kanak itu dibesarkan dalam suasana urban. Kulit buku itu kelihatan kekampungan. Oleh itu dia tidak mahu membacanya. Pandangan saya sahaja.

Amiene Rev  on  01/31  at  03:57 AM

Kes kali ini berbeza sedikit. Namun, Sifu ada memberikan sedikit klu. Ibu kepada budak lelaki yang berusia 9 tahun itu tinggal di Damansara Utama. Lokasi tempat tinggalnya berbudayakan kehidupan bandar, ditambah pula dengan fakta budak itu rajin membaca.

Budak ini suka membaca novel remaja PTS One, dan tidak mahu memegang atau membaca buku ini. Berdasarkan fakta-fakta yang telah diberikan maka selanjutnya dapat dinilai faktor-faktor yang bagaimanakah telah menyebabkan budak itu tidak mahu memegang atau membaca buku ini:

Judul buku:
Judul buku, “Hore, kita menang.” adalah kombinasi perkataan yang biasa disebut oleh anak-anak kecil. Kali ini, tampak jelas, judul buku ini menjadi faktor paling dominan, kenapa budak lelaki berusia 9 tahun itu tidak mahu membaca buku ini. Budak lelaki itu suka baca novel remaja dan ini jelas menunjukkan jenis buku yang disukai oleh anak-anak tersebut.

Secara peribadi dan berdasarkan pengalaman saya sendiri, saya berpendapat, budak ini bukan budak yang biasa, dan memiliki kecerdasan verbal yang lebih tinggi berbanding budak-budak sebayanya. Barangkali dia merupakan calon penulis muda untuk PTS sekitar   5 - 10 tahun lagi. Satu bakat yang perlu diperhatikan.


Imej:
Imej yang digunakan tidak ada sebarang masalah tetapi mungkin tidak sesuai dengan budaya dan pemikiran sesetengah pembaca. Bagi saya, lukisannya menarik dan aksi-aksi yang ditonjolkan watak-watak merupakan perkara biasa yang dilakukan oleh kanak-kanak tempatan, khususnya di kawasan kampung. Sekali lagi, saya mengaitkan faktor kecerdasan anak tersebut, budaya hidupnya (berdasarkan lokasi tempat tinggalnya) untuk menganalisis kenapa budak itu tidak mahu memegang atau membaca buku ini.

Budaya, status dan corak kehidupan yang berbeza merupakan faktor yang mencetuskan penolakan budaya: budak ini tidak dapat menerima buku ini sebagai buku yang setaraf dan tidak sesuai untuk pembacaannya. Imej yang dijadikan fokus dalam kulit buku ini tidak sesuai dengan budaya yang disukainya.

Kanak-kanak bermain-main di kawasan bendang atau padang rumput yang tidak terjaga (tafsiran saya), dalam keadaan separuh bogel mungkin menjadi satu lagi faktor kenapa budak ini malu untuk memegang buku ini. Bagi masyarakat kampung atau komuniti atlet, ini mungkin perkara normal, tetapi bagi budak bandar, ini bukan perkara yang sesuai dengannya.

Saya dapati tidak ada tagline yang membantu meningkatkan kefahaman pembaca mengenai buku ini, selain sebagai salah satu tujuan untuk mempromosikan buku ini kepada pembaca.


Warna:
Dari segi kombinasi warna, untuk judul buku, saya tidak melihat sebarang masalah. Namun, penggunaan warna merah untuk tulisan nama penulis, dengan latar belakang padang rumput warna hijau tidak begitu sesuai. Berdasarkan kes ini, warna tidak menjadi faktor utama kenapa budak tersebut tidak mahu memegang atau membaca buku ini.


Tulisan:
Pemilihan tulisan adalah sesuai dengan judul buku ini. Saya tidak melihat sebarang masalah dari segi ini.


Ulasan peribadi:
Saya tidak dapat lihat sebarang masalah untuk buku ini, ilustrator kulit buku ini telah melakukan kerjanya dengan baik tetapi dari segi ketidaksesuaian, saya bersetuju dengan budak lelaki tersebut, buku ini tidak sesuai dengan tahap kecerdasannya. Budak itu bukan budak yang biasa.

Ini adalah berdasarkan tafsiran peribadi saya, bahawa buku ini mengisahkan budak-budak kampung yang terlibat dalam permainan keanak-anakan. Permainan tersebut barangkali adalah permainan tradisional anak-anak kampung yang menarik tumpuan anak-anak sekampung sehingga berlakunya satu peristiwa besar melibatkan budak-budak.

Bagi budak lelaki berusia 9 tahun dengan kecerdasan verbal yang lebih tinggi, dia pasti menganggap hal ini sebagai hal yang remeh. Isu atau tema kebudak-budakan. Budak itu pasti mengharapkan isu yang lebih menarik, lebih canggih, lebih global dan mencabar pemikirannya yang sudah didedahkan dengan idea-idea penulis menerusi buku-buku bacaan berbahasa Inggeris yang telah dibacanya.

Secara kesimpulannya, judul buku dan ilustrasi kulit luar buku merupakan dua faktor utama mengapa budak lelaki berusia 9 tahun dengan kecerdasan verbal yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak sebayanya enggan memegang dan membaca buku ini. Buku itu barangkali sesuai dengan kanak-kanak lain, tetapi tidak untuk budak itu. Pasti, ada lagi kanak-kanak seperti budak ini.

Sifu, budak itu bukan budak yang biasa…

jumie  on  01/31  at  05:05 AM

Saya berpandangan saudara Amiene Rev kita ini mempunyai kemahiran khusus dalam bidang grafik/struktur reka letak.Ini berdasarkan komennya secara menyeluruh. Terasa kurangnya ilmu saya ini yang memberi pandangan secara mata kasar sahaja. smile

Sejak puan memberikan assignment tutorial kepada mentee-mentee ini, saya rasa seolah-olah ketagih pula datang ke kelas.(Rasa macam nak tahu lagi apa pandangan rakan sekelas yang lain)

Amiene Rev  on  01/31  at  05:40 AM

Terima kasih Jumie,

Saya masih perlu banyak belajar lagi, dan kebetulan topik yang diutarakan ini berkaitan benar dengan tugasan-tugasan (penulisan mengenai rekabentuk grafik untuk pembelajaran orang-orang dewasa atau andragogi) saya yang terkini dengan seorang pensyarah. Insya-Allah, pada masa akan datang, saya akan memperbaiki ulasan-ulasan saya dengan lebih baik lagi.

Saya anggap ini soalan-soalan tutorial ini sebagai latihan yang baik untuk kita semua berfikir. Dapatan pembelajaran saya di sini setakat ini ialah, tarikan sesebuah buku novel bukan sahaja bergantung pada konsep rekabentuk buku sahaja, malah melibatkan judul buku juga. Sebagai penulis, saya banyak belajar apa kehendak pembeli. Perkara yang perlu saya teliti sebagai penulis ialah judul buku, tagline dan penulisan sinopsis. Manakala selebihnya adalah aspek rekabentuk buku yang memerlukan kerjasama dengan ilustrator, penerbit dan lain-lain staf yang berkaitan.

Besar harapan saya sekiranya ulasan yang saya buat memenuhi kehendak Sifu. Saya juga berharap komen-komen yang disumbangkan ini dapat membantu ilustrator-ilustrator PTS One menghasilkan ilustrasi-ilustrasi yang lebih baik dan menarik minat pembaca, pembeli, pengedar, penjual buku dan penulis (untuk bekerjasama dengan PTS).

Sebagai penulis, bukan mudah hendak membuat ulasan-ulasan di atas, saya terpaksa membuat rujukan, dan semalam, saya telah pergi ke kedai buku dan perpustakaan untuk membuat rujukan. Bagi kes kali ini, memang pelik sedikit sebab saya rasa tidak ada masalah dari konsep buku ini, selepas mengkaji dari aspek di luar kehendak Sifu, akhirnya saya membuat keputusan bahawa ada faktor luaran, iaitu budak itu sendiri.

Semalam kerana tidak berpuas hati dengan ulasan sendiri, saya sempat pergi ke kedai buku untuk melihat sendiri buku PTS yang berjudul Cinta Laksa & Ubi. Saya dapati nama warna hijau untuk penulis buku tersebut lebih gelap berbanding imej kulit buku yang dipaparkan di laman web.

Perkara ini barangkali disebabkan oleh perbezaan skrin monitor sesetengah komputer dan boleh diperbetulkan dengan melaraskan dakwat mesin pencetak dengan sejenis perisian Adobe. Maafkan saya, saya lupa apa nama perisian ini. Perisian ini membantu menyelaraskan ton warna yang digunakan pencetak supaya benar-benar mirip dengan ton warna yang digunakan untuk imej pada skrin komputer. Mungkin ada perisian lain.

Moga-moga semua pihak berpuas hati dengan sumbangan kecil ini.

wanzu  on  01/31  at  05:57 AM

Isu warna yang tidak sama ini timbul kerana conversion format warna CMYK ke RGB yang tidak dilakukan dengan betul. Dapat diselesaikan dengan memilih format RGB sewaktu export fail tersebut. Jangan terus export dengan format CMYK. Nanti lari warna, terutamanya warna hijau, ungu dan kuning.

Amiene Rev  on  01/31  at  06:08 AM

Terima kasih Wanzu,

Saya akan mencatatkannya di dalamn nota. Amat bermakna untuk pembelajaran saya.

Kefahaman saya berdasarkan keterangan Wanzu:

[1] Hasil convert format warna CYMK ke RGB yang tidak betul menjadikan warna yang dicetak berbeza dengan apa yang dirancang dalam fail imej digital.

[2] Cara selamat, pilih format RGB semasa melakukan tugas-tugas mengeksport fail.

[3] Warna-warna yang perlu diberi perhatian semasa melakukan conversion ialah hijau, ungu dan kuning.

wanzu  on  01/31  at  06:39 AM

Asasnya, CMYK adalah format warna untuk cetakan (kilang cetak misalnya). RGB pula format warna untuk paparan di web.

Masalah ‘lari warna’ ini timbul kerana biasanya kerja rekabentuk kulit buku dilakukan dalam format CMYK (untuk dicetak). Kadang-kadang designer/editor terlupa untuk memilih pilihan RGB sewaktu mengeksport fail tersebut dalam bentuk jpg atau gif. Maka terjadilah isu ‘lari warna’.

Sekadar berkongsi apa yang saya tahu sahaja. Semoga membantu.

Akira  on  01/31  at  10:25 AM

Kalau sudah disasarkan pasaran untuk ‘remaja awal’ sudah pasti pelukis akan merekabentuk mengikut skema atau citarasa kanak-kanak yang dikombinasikan dengan rona dan unsur budak-budak.

Maka boleh dikatakan rekabentuk ini berjaya kerana budak itu kata ini “buku budak kecil”. Kovernya berjaya, tujuan rekabentuk tercapai. Cuma mungkin citarasa tidak kena dengan anak yang tinggal di Damansara Utama.

Tahniah kepada pelukis kerana anda berjaya merekabentuk satu kulit buku yang pastinya untuk kanak-kanak.

Oh ya, saya komen seperti ini adakah dikira sebagai pengampu pula?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/31  at  10:47 AM

bagus pun Akira. mengampu ke tidak mengampu itu bergantung kepada niat awak, Akira. semua orang ada pandangan masing-masing.

macam inilah baru betul, Akira. sebagai designer, kita mahu orang komen kita. bila kita tahu pandangan orang ramai, baru kita boleh maju.

PEACE!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/02  at  10:03 AM

Makna remaja awal tu sendiri dalam lingkungan umur berapa ya? Setahu saya(maafkan saya kalau tersilap),umurnya dalam 12-15.16+ sudah dikira remaja.Bawah 12 pula digelar kanak-kanak.Maaf soalan yang di luar tajuk sedikit.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/02  at  01:34 PM

Puan Jumie,

Pakar-pakar berbeza pendapat tentang braket usia ‘remaja’ dan ‘remaja awal’.

Kalau ikut definisi UMNO, tamat usia remaja (belia/pemuda/puteri) adalah 40 tahun! Hehehe…

Konsep ‘remaja’ tidak ada dalam Islam. Yang ada adalah ‘belum baligh’ dan ‘sudah baligh’.

Perkataan remaja itu pun adalah kata pinjaman daripada bahasa Sansekerta (Sanskrit).

Di PTS buku-buku untuk ‘remaja awal’ adalah bagi braket usia antara 8 - 12 tahun. Jika budak perempuan, pada usia ini dia sudah tidak seronok main patung-patung tetapi belum pula berminat kepada budak lelaki.

Aziah Saleh  on  07/25  at  12:36 PM

Hanya pandangan dari satu sudut: Cover Buku

Sebagai urban boy, gambar berlenggeng tidak sesuai buat dirinya. Berlenggeng dalam gambar boleh juga diterjemahkan sebagai separuh bogel. Kadang kala sensitiviti pelajar bandar terhadap aurat lebih tinggi dari pelajar kampung.

Jarang kita lihat orang bandar berlenggeng di luar kompaun rumah tapi di kampung itu satu pemandangan biasa.

Kalau buku Inggeris berlenggeng di tepi kolam atau pantai masih boleh diterima kerana sesuai dengan latar belakang masyarakat kulit putih.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/25  at  08:43 PM

Assalamualaikum W.B.T.

Saya ingin menyinggung kata-kata Puan Ainon,“Konsep ‘remaja’ tidak ada dalam Islam. Yang ada adalah ‘belum baligh’ dan ‘sudah baligh’. ”

Puan,

Dalam Islam samada istilah ‘belum baligh’, ‘Akil Baligh’, Mumaiyiz, Ghairu Mumaiyiz dan lain-lan istilah seumpamanya itu termasuk dalam hukum Fekah Islam. Soal peringkat bayi, kanak-kanak, awal remaja, remaja, pemuda dan dewasa juga sebahagian daripada Islam iaitu daripada sudut bahasa (Malah bahasa menjadi asas kepada tafsir, Fekah, Usul Fekah, Mantik, penentu hadis, dll seperti menjelaskan sesuatu hukum seperti hukum fekah kanak-kanak dan bayi- ini berkaitan dan lebih khusus daripada istilah-istilah yang disebut di atas). Bahasa juga adalah sebahagian daripada Islam.

Di dalam Al Quran, Allah S.W.T pernah menyebut ‘Pemuda’ di surah Al Kahfi. Bagi sesetengah pentafsir seperti Ibnu Abbas mengatakan Ashabul Kahfi itu remaja. Begitu juga banyak hadis-hadis Nabi Muhammad S.A.W yang menyebut mengenai bayi, kanak-kanak, remaja, pemuda/pemudi dan lelaki/perempuan dewasa.

Sebagai contoh, di zaman Nabi Muhammad S.A.W., beliau menghadkan umur yang layak pergi berperang. Di situ, Nabi Muhammad tidak menghadkan dari konsep baligh/akil baligh. Di antara mereka yang sudah baligh tetapi masih awal remaja, tidak dibenarkan menyertai perang. Ini saya buktikan di dalam buku-buku terbaru saya terbitan PTS sendiri, di mana saya menceritakan secara khusus kisah kanak-kanak dan remaja di zaman Nabi Muhammad S.A.W dan lain-lain. Ternyata kesemua konsep setiap peringkat umur itu disebut dengan jelas dalam Islam. Maka tidak benar kita mengatakan,“Konsep remaja tidak ada dalam Islam”.

Harap maklum, Puan Ainon. Terima kasih.

Ainol Kusyairi

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/19  at  02:20 AM

mengikut mukasurat depan telah terletak gambar budak2.tapi jika beli pun elok oleh sebab pts one punya novel best.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.