Thursday, October 12, 2006

Buku Ala Kuih Tempah

Pada peringkat antarabangsa, buku-buku yang berjaya menjadi buku 'hit' dalam pasaran adalah 'dicipta' oleh para penerbit, bukan lagi 'dilahirkan' oleh penulis.

Di negara-negara maju, zaman penerbit duduk di meja pejabat menanti penulis datang membawa manuskrip sudah lama berakhir. Ini zaman bisnes penerbitan ala 'kuih tempah'.

Strategi inilah yang ditiru oleh PTS. Itulah sebabnya PTS melabur dalam mengadakan secara percuma aktiviti kursus penulisan dan mentoring bagi mendapatkan bakat-bakat baru supaya mereka menghasilkan produk-produk baru yang dirancang oleh PTS.

Sebagai contoh, bagi program novel jibunsyi dan novel remaja, PTS mula melatih penulis-penulisnya seperti Ashadi Zain, Zafran, Haslisa Ramli dan Ida Rizyani sejak tahun 2004. Edisi remaja jibunsyi mereka mula diterbitkan ada tahun 2005, manakala hanya pada tahun 2006 edisi besar jibunsyi mereka dapat diterbitkan.

Proses kuih tempah ini juga dilakukan bagi program penerbitan bukan fiksyen PTS. Buku hit "Rahsia Bisnes Orang Cina" ditulis atas permintaan penerbit kepada Ann Wan Seng. Sekarang beliau sedang menulis buku "Rahsia Bagaimana Orang Cina Mengembangkan Wangnya", juga atas permintaan kita.

Strategi inilah yang membolehkan PTS secara konsisten menghasilkan judul-judul baru setiap bulan, kerana jumlah penulis PTS kini sudah hampir 200 orang, masing-masing sudah tahu mereka menulis untuk siri PTS yang mana.

Strategi ini juga sekarang sudah mula dilakukan oleh ALAF21, dan pendatang baru KarnaDya. (KarnaDya akan mengadakan bengkel penulisan pada 18 Nov 2006, sila mendaftar.)

Cara kerja begini tidak sesuai dengan jiwa sasterawan yang sangat menghargai kebebasan dalam proses berkarya.

Faktor ini menyebabkan PTS bekerja keras membangunkan angkatan penulisnya sendiri yang terdiri daripada bakat-bakat terpendam dan baru sama sekali.

Hikmah di sebalik kesukaran cara kerja begini adalah kita menemui bakat-bakat besar daripada kelompok yang tidak disangka-sangka, yakni golongan terpelajar dan profesional seperti jurutera, akauntan, doktor, peguam dan pensyarah, yang memiliki bakat menulis semula jadi.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Penerbitan Buku
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pelancaran Buku Yang Sia-sia Previous entry: Dakwah dalam Novel: Prinsip Surah Yusuf
alang bidara  on  10/12  at  05:41 AM

Assalamu’alaikum Sifu,

Formula kejayaan setalah adanya titik pertemuan di antara keperluan pasaran yang diketahui penerbit dan dunia kreatif para sasterawan, begitukah Sifu?

Ia memerlukan suatu ‘synergy’ yang terjadi di titik pertemuan itu.
——-

alang bidara  on  10/12  at  05:43 AM

Approach ‘publishing on demand’ juga mengambil kira titik pertemuan dan synergy ini, begitukah Sifu?

Puan Ainon Mohd.  on  10/12  at  05:57 AM

Tuan Alang, ya, betul begitu. Kerja berjemaah!

pezul  on  10/12  at  09:15 AM

sesiapa sahaja boleh jadi penulis jika dilatih

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/12  at  09:54 AM

Ada baik dan ada juga kurang baiknya.
Baik seperti yang dikemukakan oleh Sifu.
Kurang baiknya apabila “pembuat kuih” ini menggunakan resipi yang hampir sama dalam setiap ‘kuih’ mereka. Contoh, buku “Rahsia Business Orang Cina” itu. Ada banyak bahagian atau topik yang sama di ulang-ulang dalam bab yang berlainan. Kalau tak percaya, cuba baca sekali lagi…

JS.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: