Friday, January 29, 2010

Tip Survival Penerbit: Wajah Buku Agama untuk Pasaran Urban

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Buku-buku agama adalah produk konsumer, sebagaimana dengan produk-produk konsumer yang lain.

Yang disebut 'produk konsumer' adalah barang-barang yang dibeli menggunakan wang yang keluar dari dompet si pembeli itu sendiri, yakni bukan wang syarikat ataupun wang kerajaan.

Pembeli terdiri daripada banyak sub-kelompok. Citarasa pembeli yang tinggal di kawasan urban, yang berpendidikan tinggi dan mempunyai banyak wang, tidak serupa dengan citarasa pembeli biasa-biasa.

Bagi menyampaikan kandungan Islam dalam buku-buku agama kepada golongan urban, pakejing buku-buku agama yang ditargetkan kepada mereka perlu disesuaikan kepada citarasa mereka.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: SABTU 30 Januari di Kedai Buku Badan Cemerlang Plaza Angsana Johor Baru 4 - 6 ptg Previous entry: Susahnya Hendak Menjual Quran....
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/29  at  03:20 PM

Saya suka dengan kulit buku 365 tips sihat gaya Rasulullah. Sejuk mata memandang dengan seekor kupu-kupu hinggap di atas daun, sarang lebah dan riak air di bawah. Ia melambangkan suasana nyaman dan sihat.

Jika buku agama dengan reka kulit yang kontemporari diletak sebaris dengan buku-buku yang lain, ia tidak janggal atau tidak “out of place” kerana ia kelihatan profesional dan setanding. Lebih-lebih lagi, buku-buku ini jika masuk ke pasaran kedai buku elit seperti Popular dan MPH, tidak sesuai jika kelihatan lekeh.

Walaupun tidak pantas kita boleh menghakimi sesebuah buku dengan reka bentuk kulitnya, namun reka kulit yang berkesan akan menarik pandangan mata lalu turun ke hati dan terus mencapai dompet untuk membeli.

Maka matlamat penjual telah tercapai.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: