Buku-Buku Agama PTS Ditulis Supaya Imej dan Gaya Bahasanya Mesra kepada Bukan-Islam
Foto menunjukkan salah seorang pembeli dan pembaca buku-buku PTS. Beliau bukan penganut agama Islam.
Menerbitkan buku-buku agama Islam khusus supaya dapat dibaca oleh target bukan-Islam adalah kerja yang lebih sukar dibandingkan dengan menerbitkan buku agama untuk target Islam.
1. Kedai-kedai buku agama tradisional lebih suka menjual buku-buku agama tradisional juga. Buku-buku itu ditargetkan kepada orang Islam sahaja.
2. Pelanggan kedai-kedai buku indie itu seratus peratus orang Islam. Mereka mahukan buku-buku agama yang menggunakan imej tradisional, dan yang gaya bahasanya juga tradisional, yakni bahasa yang banyak menggunakan kata pinjaman Arab, bukan kata pinjaman Inggeris.
3. Pasaran orang bukan-Islam adalah tersangat kecil. Mereka tinggal di bandar-bandar utama dan membeli buku di kedai-kedai elit. Jualan buku-buku agama melalui kedai buku indie adalah lebih banyak dibandingkan dengan kedai buku elit.
Pasaran buku agama tradisional adalah besar, justeru dari sudut bisnes, menerbitkan buku tradisional adalah lebih menguntungkan. Jika begitu halnya, mengapakah PTS menerbitkan buku-buku agama yang mesra kepada bukan-Islam? Jawabnya, PTS berjuang menyampaikan Islam kepada bukan-Islam.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam puan.
Saya berminat untuk menyertai bengkel penulisan yang puan anjurkan. Setiap hari sy akan singgah ke blog ini dan FB puan untuk melihat status terkini berkenaan dengan bengkel penulisan tersebut. Sekiranya ada lg bengkel tersebut diadakan, mohon untuk makluman melalui emel di bawah atau no phone:
Emel: .(JavaScript must be enabled to view this email address)
ctc no: 019-2596107
Tahniah saya ucapkan kepada PTS kerana terus berjuang menyampaikan/berdakwah kepada bukan islam tentang keindahan islam. Penggunaan bahasa mudah ini telah membuatkan saya berminat untuk membaca buku-buku agama yang diterbitkan oleh PTS. Pada pandangan saya, penggunaan bahasa mudah akan memudahkan orang islam dan bukan islam memahami islam dalam bentuk yang sebenarnya. Teruskan berjuang memandaikan bangsa melalui agama.
Post a comment