Wednesday, June 17, 2009

Bukit Jackie Chan di Banda Aceh

Baru-baru ini sekumpulan pelajar Fakulti Perubatan Hospital USM Kubang Krian menjalankan projek sosial ke Aceh. Saya sempat berkirim wang zakat untuk rumah anak-anak yatim yang mereka lawati.

Mereka sempat melawat taman perumahan yang seluruhnya didermakan oleh Jacky Chan.

Tengok lebih banyak gambar rumah-rumah itu di blog ini

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mengapa Majlis Raja-Raja Melayu akan Menolak PPSMI Previous entry: Memorandum Mansuhkan PPSMI akan Dihantar kepada Semua Raja-Raja Melayu
Iskandar  on  06/18  at  07:38 AM

Salam Puan Ainon,

Kebanyakan rumah-rumah yang dibina oleh dermawan,badan-badan NGO selepas tsunami terletak jauh beberapa kilometer dari pantai dan berhampiran kawasan tanah tinggi.Ketika dibawa melawat beberapa tapak perumahan di sana baru-baru ini, saya amati kebanyakan rumah-rumah ini kosong.

Apabila ditanyakan kepada rakan setugas di Aceh,dia memberitahu bahawa ramai mangsa tsunami Aceh itu lebih suka kembali tinggal menetap di kawasan tepi pantai.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/23  at  12:07 AM

Salam Puan Ainon,

Saya pernah ke Aceh dan juga pernah menjadi sukarelawan untuk mangsa-mangsa Tsunami pada 2005 hingga tahun lepas. Saya sendiri pernah melihat kawasan perumahan yang dibina Jackie Chan yang terletak di Banda Aceh ini dari jauh. Memang cantik smile Di sini saya mengambil kesempatan untuk memberi informasi bahawa terdapat juga kawasan perumahan yang telah dibina oleh yang diketuai oleh rakyat Malaysia sendiri. Demi membantu mangsa-mangsa Tsunami ini, semua rumah lengkap disediakan dengan perabot seperti katil, sofa dan meja. Kawasan ini terletak lebih kurang 2 jam daripada Banda Aceh iaitu di Lhoong. Sehingga kini, rakyat Malaysia tersebut masih lagi membuat kerja-kerja amal di Aceh demi membantu ummah di sana. Terima Kasih.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: