Tip Bisnes: Buka Meja, Jual Buku dalam Kompleks Korporat
Tuan Azari Hashim, eksekutif di jabatan jualan dan khidmat pelanggan PTS, memberitahu bagi tuan dan puan yang mahu belajar menjual buku, ada cara yang praktikal dan modalnya sederhana.
Beliau menceritakan kes En. Rosli, seorang peniaga buku yang memulakan bisnesnya dengan membuka meja di dalam bangunan yang terkenal dengan nama jolokan "wisma rebung" di Bangsar, Kuala Lumpur.
Beliau memohon izin daripada pihak pengurusan korporat bangunan itu bagi menjual buku-buku agama dan buku-buku motivasi di ruang dalam bangunan itu. Dua kategori buku itu dipilih kerana para pekerja dalam kompleks itu cenderung membeli buku-buku kategori tersebut. Antara buku-buku yang dijualnya adalah buku agama dan motivasi terbitan PTS.
Buku-buku agama yang laku adalah jenis buku ruji, seperti Surah Yasin dan Tahlil, panduan sembahyang, buku doa dan zikir, yakni buku-buku yang kurang daripada RM10 ringgit harganya. Manakala buku-buku motivasi yang laku adalah buku yang pekerja perempuan muda suka membeli dan membacanya.
Sebagaimana yang dijangka, jualan paling rancak apabila tiba hujung bulan dan pekerja menerima gaji.
Selain daripada menjual buku, beliau juga menjual alat-alat ibadat yang asas di atas mejanya.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Saya sudah mula menjual buku dengan cara begini, iaitu bergerak ke IPTA, IPTS, pejabat-pejabat kerajaan dan swasta sejak tahun 2004. Memang berkesan.
Sewa ruang & meja tidak mahal. Tak perlu membayar pekerja, tak perlu risau bila letrik & air. Jika rajin, bolehlah terus tempah ruang untuk satu bulan penuh bagi bulan tertentu, contohnya bulan Ramadhan. Pergi ke kelab atau hotel dan berniaga di sana bermula petang sehingga malam.
Semasa bulan puasa, berduyun-duyun orang datang ke sana untuk berbuka puasa. Boleh dikatakan mereka berduit jugalah. Tambahan kalau menjual buku-buku pendidikan, motivasi & Islamik. Ramai yang akan membeli. Kaum ibu akan sibuk membelek baju raya di gerai2 baju, kaum bapalah yang selalunya akan membelek buku.
Post a comment