Lagi Cerita Bagaimana BTP Ditipu Kontraktor
Golongan kontraktor buku mempunyai berbagai-bagai cara menipu Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP).
Dalam suatu bengkel yang Sifu kendalikan dengan guru-guru pusat sumber, salah seorang guru mengadu apa yang beliau alami. Beliau ditukarkan ke sebuah sekolah rendah yang baru siap dibina dan dibuka.
Apabila beliau memulakan tugasnya sebagai guru sumber, bilik di mana pusat itu sepatutnya ditempatkan, didapatinya masih kosong. Tidak ada apa-apa di dalamnya. Rak buku tidak ada, kerusi meja tidak ada. Sebiji buku pun tidak ada.
Jadi, beliau pun hendak membuat pesanan supaya peralatan itu dibekalkan ke sekolahnya, dan begitu juga supaya buku-buku juga dibekalkan, sebab semua sekolah baru diberi bajet bagi perbekalan seperti itu.
Apabila beliau bercakap dengan guru besar berkenaan hal itu, beliau diberitahu bahawa rekod-rekod kewangan menunjukkan peralatan dan buku-buku pusat sumber sekolah tersebut sudah digunakan dan barang-barang itu sudah dibekalkan!
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Mana perginya segala peralatan dan buku itu?
Post a comment