Saturday, January 09, 2010

Blog Ini Saya Suka

Saya suka Encik Rohaizad sebab beliau melakukan apa yang saya lakukan.

Encik Rohaizad menulis perkara-perkara yang berguna bagi tuan dan puan yang mahu mencari penghidupan sebagai blogger sepenuh masa, manakala saya sendiri menulis perkara-perkara yang berguna kepada tuan dan puan yang mahu menjadi penulis, penerbit dan peniaga buku sepenuh masa.

Di bawah ini contoh pertanyaan saya kepada beliau, dan jawapan beliau:

AINON: Tuan Rohaizad yang baik hati (kerana memberi ilmu percuma),

Blog saya (http://universitipts.com) sudah hampir 6 tahun. Setiap hari saya update, minimum sekali sehari, lazimnya minimum 2 kali sehari.

Saya tidak meletakkan iklan, kecuali iklan-iklan bisnes saya. Ini kerana saya rasa (teori saya sahaja), dengan tidak meletakkan iklan berbayar, kredibiliti blog saya lebih baik.

Betulkah teori saya ini? (Tapi saya juga rugi tidak mendapat wang dari pengiklan)….

JAWAPAN ENCIK ROHAIZAD: Puan Ainon,

Sebenarnya apa yang di katakan oleh Puan memang benar. Konsep pengiklanan di blog sebenarnya lebih kepada kredibiliti blog dan tuan punya blog itu sendiri.

Kita boleh meletakkan iklan HANYA sekiranya ia tidak memberikan kesan yang buruk kepada produk ataupun kredibilti kita.

Maksudnya kalau saya membenarkan iklan yang “bukan-bukan” berada di blog saya, sudah pasti pembaca saya akan “lari”.

Tetapi dalam konteks blog Puan, advertiser yang SESUAI memang penting kerana jika advertiser itu datangnya dari syarikat yang menjalankan perniagaan yang sama seperti PTS, itu secara langsung akan memberikan kesan yang “tidak berapa enak” untuk PTS sendiri.

Jika di tanya apakah jenis pengiklanan yang sesuai untuk blog Puan, suka saya syorkan di sini bahawa pengiklanan dari peminat PTS amat sesuai sekali.

Mungkin mereka adalah pembaca buku keluaran PTS dan ingin mengiklankan blog mereka di blog Puan. Sekaligus mereka (pengiklan) akan mendapat traffik dan pengunjung dari blog Puan. Bukan itu sahaja, Puan juga akan mendapat profit dari pengiklanan tersebut (win-win situation).

Lagipun blog Puan sudah berada di tahap yang amat bagus kedudukannya iaitu Pagerank 4.

p/s: Idea di atas adalah lebih kepada pasaran tempatan yang boleh di implementasikan. :D 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surah al Ikhlas dalam Bahasa Iban Previous entry: Siri Komik 'Dear Yayah' dan 'Aku Mahu....' akan Masuk Pasaran
Aqif  on  01/09  at  09:05 PM

Saya setuju dengan pandangan Puan. Tuan Rohaizad merupakan salah seorang individu yang sentiasa memperjuangkan matlamat untuk memandaikan bangsa dengan medium semasa yang dinamakan blog.

Semoga kita sama-sama kearah itu. Insyaallah.

p.s: Pn. Ainon pun apa kurangnya. Semakin hari kandungan di blog semakin mantap! smile

YusriZakaria  on  01/09  at  10:52 PM

teruja saya dengan tuan2 dan puan2 ni semua ...syabas..

Mohd Zulfadli (smartzul)  on  01/12  at  02:29 PM

Tahniah kepada Tuan Rohaizad. Saya dapat ‘melihat’ masa depan bahawa beliau akan menjadi salah seorang yang kuat memperjuangkan kepandaian dan kemajuan anak bangsa. Beliau memiliki kemahiran dan kekuatan tersendiri yang tiada pada orang lain.

Manakan tidak saya berkata begitu, kerana beliau sering berkongsi impian dan cita-citanya kepada saya setiap kali bersua.

ps. Khabarnya, beliau sudah mula menulis buku…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/24  at  07:01 PM

Saya suka bertemu Rohaizad kerana beliau amat dahagakan kejayaan.Itu yang saya perhatikan dari setiap tutur bicara yang diluahkan dan semangat beliau dalam memberi pendidikan melalui blognya.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: