Bisnes Training dan Showmanship
Banyak penulis PTS tidak mempunyai 'percaya-diri' bahawa dirinya dapat berjaya dalam bidang training. Puncanya adalah mereka menganggap mereka tidak memiliki bakat 'showmanship'. Dengan keyakinan begitu mereka lantas tidak mahu mencuba menjadi trainer.
Faktor showmanship tidak diperlukan jika saudara mahu menjadi trainer. Showmanship diperlukan apabila saudara mahu menjadi speaker.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Correct.. correct.. correct…
..............
Nota Sifu: Saya sudah baca entri terbaru Tuan tentang ‘mirroring’.
Hehehe!
Gatal hidung adalah salah satu tanda-tanda apabila seseorang itu bercakap bohong.
Nampaknya kedua-dua tokoh itu sama-sama gatal hidung!
Benar sekali Puan Sifu, dulu pun Tun Dr. Mahathir menggaru hidungnya ketika mengadakan sidang akhbar tentang pemecatan timbalannya. Saya masih ingat insiden tersebut sewaktu dalam berita di TV. Kenapa saya masih ingat? Sebab ketika itu saya terus katakan pada isteri saya bahawa TDM tidak bercakap benar, bahasa tubuhnya menafikan apa yang ada dalam fikirannya, dia garu hidung! Sayangnya tiada gambar.
Tuan Dr. Tengku,
Hehehe… Saya ini pakar body-language berdusta! (Masuk bakul angkat sendiri.) Ada tanda-tanda (markers) lain yang dilakukan oleh orang yang sedang berdusta yang lazimnya mengiringi gatal hidung.
Semakin banyak tanda-tanda di bawah dilakukan, semakin serius dustanya.
(i) Tangan memegang-megang leher dan tengkuk (ataupun tengkuk baju).
(ii) Mata terkelip-kelip lebih laju daripada biasa.
(iii) Bibir terkatup lebih rapat daripada biasa.
(iv) Bercakap dengan ayat yang terputus-putus.
(v) Tercari-cari perkataan. “Urmm… anu… anu…”
(v) Membuat pembetulan pada apa yang tadi dipercakapkannya. (Macam kes Saifool tersalah sebut tarikh sewaktu bersumpah dalam masjid Kuala Lumpur).
(vi) Mata tidak mahu memandang orang yang didustai (ataupun tidak mahu memandang tepat pada kamera).
(vii) Menyorokkan tapak tangan.
Saya juga pakar menangkap penipu (selepas banyak kali terkena tipu, saya pun bersungguh-sungguh belajar dengan membeli dan membaca buku-buku tentang tanda-tanda (traits) orang cuba menipu.)
Saya terjumpa blog atau link ini yang membicarakan fasal etika salah seorang penulis PTS yang terkenal.
Adakah ini betul atau fitnah?
http://wazari.fotopages.com/?entry=1685487&back=http://wazari.fotopages.com/?page=0#CommentsTop
Tuan JM,
Perkara seperti ini amat lazim berlaku, di mana hiasan pentas, backdrop dan powerpoint majlis disediakan oleh pihak penganjur konvensyen, seminar, ceramah, bengkel dan mesyaurat, bukan oleh individu yang diundang sebagai pembentang kertaskerja, ahli mensyuarat ataupun sebagai penceramah.
Jadi kita perlu siasat siapa penganjur majlis ceramah itu dan dapatkan maklumat daripada pihak penganjur siapakah yang menyediakan backdrop powerpoint tersebut.
Sebagai orang Islam, kita jangan terus menuduh, kita mesti siasat dahulu. Menuduh tanpa bukti adalah suatu kesalahan serius, boleh dibawa ke mahkamah sivil.
Post a comment