Berniaga Cara Nabi Muhammad: Tolongi Pesaing-pesaing Kita Supaya Perniagaan Mereka Maju
Dalam teori berniaga cara konvensional, sesiapa yang berniaga dengan menawarkan produk yang serupa dengan produk saudara, maka mereka adalah pesaing saudara, oleh itu mereka merupakan ancaman kepada perniagaan saudara.
Apabila saudara berniaga cara Nabi Muhammad, saudara tidak dibenarkan bersaing, sebaliknya saudara digalakkan bekerjasama, tolong menolong dan bantu membantu dengan peniaga-peniaga lain.
Sebagai contoh, penerbit buku menolong penerbit-penerbit buku lain mengembangkan perniagaan mereka.
Ada 2 cara membantu sesama peniaga:
(1) Membantu secara langsung
Sebagai contoh UNIKA dibangunkan khusus bagi membantu secara langsung semua yang terlibat dalam industri buku dengan menerbitkan pelbagai maklumat berguna berkenaan dunia dan bisnes buku supaya penerbit-penerbit lain mendapat manfaat daripada apa yang terbit dalam UNIKA ini.
Kursus-kursus PTS adalah gratis dan kakitangan syarikat-syarikat penerbit lain dijemput mengikuti kursus-kursus PTS.
Nabi Muhammad mengajarkan kepada para peniaga cara-cara berniaga yang dijamin menguntungkan. Beliau tidak pernah rugi berniaga. Beliau trader yang amat berjaya.
Sebagai seorang yang maksum, beliau seorang yang tidak melakukan sebarang kesilapan. Cara-cara berniaga yang diajarkan oleh Nabi Muhammad tidak mungkin silap, tidak mungkin merugikan.
Beliau beberapa kali menjadi jutawan, iaitu daripada hasil rampasan perang. Tetapi semua harta kekayaannya yang berjuta-juta itu dibelanjakan bagi mempromosikan lagi produknya yang bernama Islam.
(2) Membantu secara tidak langsung
Dengan menjadi anggota persatuan perniagaan dalam bidang yang diceburi, dan menyumbangkan tenaga bagi mengembangkan memajukan industri itu.
Penerbit buku masuk menjadi anggota MABOPA bukan supaya dia dapat kontrak kerajaan ataupun supaya bukunya lebih banyak laku di kedai. Orang bisnes masuk persatuan bukan bagi membesarkan bisnesnya sendiri.
Fungsi dan matlamat persatuan orang-orang bisnes adalah membesarkan saiz industri. Ia serupa dengan membesarkan kolam ikan supaya ikan-ikan yang ada di dalamnya dapat berenang-renang dengan lebih aktif, dengan itu badannya dapat membesar. Juga, supaya lebih banyak ikan dapat dimasukkan ke dalam kolam itu.
Apabila akuarium itu kecil, anak ikan jerung yang ada di dalamnya pun tidak dapat membesar. Jika kita mahu menjadi ikan besar, kita mesti membesarkan saiz kolam di mana kita berada di dalamnya.
Berkenaan peri pentingnya masuk persatuan (istilah lain, berjamaah), Nabi Muhammad berpesan bahawa kambing yang dapat dibaham serigala adalah kambing yang tidak berada di tengah-tengah kumpulannya.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan Sifu,
assalamu’alaikum.
Memang benar, Islam telah mendidik umatnya supaya saling bantu membantu - dalam apa jua keadaan. Banyak kisah kepahlawanan Islam yang menonjolkan sifat-sifat kasihan belas kepada musuhnya, yang akhirnya menambat hati kepada Islam.
Justeru itu, strategi membesarkan peluang pasaran bisnes secara berjamaah adalah perkara yang dituntut. Sikap pHd yang biasa kita lihat di kalangan “usahawan tomyam” perlu dikikis dari dari minda semua.
——-
saya mohon penjelasan tentang perniagaan cara islam seperti berapa ketentuan mengambil laba?
dan bagaimana hukumnya berniaga dengan sistem pembayaran kredit.
Post a comment