Berkarya untuk Pasaran Malaysia dan Indonesia
Wahai Mentee-mentee SifuPTS!
Menulislah supaya karya saudara dapat diterbitkan semula dan dipasarkan di Indonesia. Pasaran kita di Malaysia adalah kecil, jadi kita perlu mengekspot buku-buku kita ke Indonesia supaya karya-karya itu dapat diterbitkan dengan lebih banyak, dan sumber royalti saudara juga lebih lebar.
Sejak 2005 PTS sudah mula mengekspot judul-judul PTS ke Indonesia dengan kerjasama penerbit MIZAN, penerbit ke-2 terbesar di Indonesia selepas Gramedia.
Ini dilakukan dengan cara perjanjian pelesenan hakcipta buku-buku itu kepada anak-anak syarikat MIZAN, sesuai dengan kategori penerbitan masing-masing. MIZAN mempunyai 16 anak syarikat.
Antara budaya kita dan budaya pembaca Indonesia terdapat banyak persamaan. Faktor ini adalah suatu kekuatan dan kelebihan yang seharusnya dieksploitasi.
Judul-judul PTS yang diterbitkan semula di Indonesia terbit sebagai edisi Indonesia. Serba-serbi dibuat semula di sana.
Editor Indonesia 'mengindonesiakan' unsur-unsur bahasa yang terlalu Malaysia, kemudian ia di-layout semula, dan dipakejkan semula dengan judul Indonesia. Nama-nama pengarang dikekalkan.
PTS LITERA UTAMA Sdn. Bhd. adalah anak syarikat joint-venture antara PTS dan MIZAN, yang ditubuhkan khusus bagi mengeksploitasi potensi lintas buku antara KL-Jakarta.
Jadi, apabila saudara menulis, dalam ingatan, saudara perlu selalu memikirkan pasaran buku Indonesia.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum…
saya ingin tahu, buku jenis apakah yang sangat dikehendaki oleh pihak Mizan?
Wassalam
——-
waktu ini saya sering berfikir - walau pun susur galur nenek moyang saya dari pekalongan dan solo - saya tetap tidak memahami budaya di sana. bagaimanakah masyarakatnya? kehidupan mereka? saya difahamkan jutawan dari indonesia melebihi jutawan dari malaysia beberapa kali ganda. kelebihan indonesia adalah rakyat yang sgt ramai - dgn itu kuasa membeli mereka juga berlipat ganda. alangkah baiknya jika PTS menaja penulis ke indonesia sekali sekala untuk melihat budaya dan cara hidup masyarakat sana…
Assalamualaikum
Bagaimanakah pelesenan karya Indonesia ke Malaysia itu dilakukan sebenarnya. Apakah yang dilesenkan? Berapakah kebiasaannya jumlah bayaran pelesenan karya untu satu buku? Apakah ianya bertempoh dan bergantung kepada bilangan cetakan buku? Mohon penjelasan. Syukran
Post a comment