Bahaya Mendapat Kontrak Kerajaan
Jika saudara mahu menjadi penerbit yang mandiri, jangan ada mentaliti bergantung kepada kontrak kerajaan. Lebih baik lagi, jangan masuk sebarang tender kerajaan seperti mengharapkan projek buku teks.
Dalam perbualan presiden PTS, En. Arief Rahmad, dengan Presiden MABOPA, Mr. Law yang juga pengarah urusan Sasbadi, di kalangan syarikat penerbitan milik orang Cina, penerbit-penerbit yang dulu biasa mendapat kontrak kerajaan sejak 20 tahun lalu kini sudah tidak wujud lagi.
Apa yang dialami oleh penerbit-penerbit Cina itu amat serupa dengan apa yang dialami oleh penerbit-penerbit Melayu. Mereka yang biasa menerima kontrak kerajaan terbukti tidak bertahan lama.
Topik diskusi hari ini: Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kontrak kerajaan membahayakan survival penerbit?
.
.
Dalam perbualan presiden PTS, En. Arief Rahmad, dengan Presiden MABOPA, Mr. Law yang juga pengarah urusan Sasbadi, di kalangan syarikat penerbitan milik orang Cina, penerbit-penerbit yang dulu biasa mendapat kontrak kerajaan sejak 20 tahun lalu kini sudah tidak wujud lagi.
Apa yang dialami oleh penerbit-penerbit Cina itu amat serupa dengan apa yang dialami oleh penerbit-penerbit Melayu. Mereka yang biasa menerima kontrak kerajaan terbukti tidak bertahan lama.
Topik diskusi hari ini: Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kontrak kerajaan membahayakan survival penerbit?
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Maaf Puan Sifu jika saya ambil contoh dalam bidang lain. Ok, saya buat bisnes katering, juga tidak berani ambil kontrak kerajaan. Pengalaman saya sekali cukup mengajar saya.
Maaf jika ada pihak tersinggung.
——-
Assalamualaikum,
Berdasarkan pemerhatian saya:
1. Kontrak kerajaan bergantung kepada pemimpin yang sedang berkuasa.
Jika pemimpin itu hilang kuasa atau berganti, yang bergantung pada kontrak kerajaan tidak akan dapat kontrak lagi kerana pemimpin baru ada kroni tersendiri.
2, Penggantungan pada kontrak kerajaan juga menjana minda lewa.
Jika sudah tahu setiap tahun akan dapat tender, tidak terasa untuk meningkatkan keberkesanan menjalankan perniagaan. Oleh sebab itu daya bersaing tiada langsung. Bila tender/kontrak tidak dapat, perniagaan pun gulung tikar.
Teringat cerita kawan: Seorang kawannya mengadu dia sudah tidak dibayar gaji selama beberapa bulan lantaran syarikatnya yang sudah 12 tahun mendapat kontrak kerajaan tidak mendapat kontrak pada tahun itu.
Bayangkan, sudah 12 tahun dan pemilik syarikat masih tidak pandai menjual khidmatnya kepada orang lain.
Salam,
Siti Hajar
Salam.
Saya anggap kontrak kerajaan sebagai bonus - sebab itu WBSB tidak pernah masuk tender. Kalau adapun buku-buku WBSB dapat kontrak, ia adalah melalui pengedar-pengedar kami.
Projek buku dengan Kerajaan Negeri Melaka pun bermula dengan perbualan antara Pak Samad dan KM…tahu-tahu dapat tawaran. Rezeki jangan ditolak.
Bahaya mendapat kontrak kerajaan adalah kelak perniagaan kita terlalu bergantung dengannya dan kita tidak belajar erti “survival” - tidak boleh berdikari.
Kita mungkin seronok terbuai dan mutu penerbitan kita menurun atau berada pada tahap itu sepanjang masa - tiada peningkatan dan tidak mengikut citarasa terkini.
Kita ketinggalan dalam pelbagai peringkat dunia penerbitan jika terbuai. Usaha kita (kalau adapun) tertumpu pada kontrak, kontrak, kontrak (rasuah MUNGKIN tumpuan terbaik) dan tidak pada pasaran lain - kita tidak tahu dan mungkin takut untuk bersaing.
Jika dapat kontrak kerajaan, kita terima, tetapi gunakannya untuk memperkukuhkan syarikat.
Saya bersetuju dengan pendapat Siti Hajar itu,
Bukan setakat penerbit yang berisiko, pekerja yang bekerja di syarikat yang bergantung hidup kepada projek kerajaan berisiko tinggi.
Pekerja juga perlu ketahui akan risikonya juga.
Maklumat terperinci pasal dilema seorang pekerja ada dalam buku “Makan Gaji Tetapi Kaya”, sudah terlari daripada tajuk sedikit.
Sekadar 2 sen. Sebenarnya bukanlah niat mereka untuk melihat jangka masa panjang. Mereka sekadar ‘hit iron while it hot’ dan ‘make hay while the sun shine’. Sekadar ada peluang, ambil. Mereka bukanlah mahu benar-benar menjadi penerbit buku, dll.
Get in, make profit, get out.
Assalamu’alaikum Puan Sifu,
Yang mendapat kontrak itu bukan kerana ia yang paling layak mendapatnya, tetapi sebab kenal pemberi kontrak itu (disebut juga sebagai kronisme).
Bila sesuatu urusan, diserahkan kepada yang bukan ‘ahli’, maka tunggulah kehancurannya…
Post a comment