Tuesday, April 28, 2009

Bahaya ‘Main Kontrak Kerajaan’

Bagi orang biasa, kalau seseorang itu mendapat kontrak kerajaan, itu adalah rahmat besar dalam perniagaan, maklumlah kontrak disama-ertikan dengan keuntungan besar dan duit 'senang masuk'.

Tetapi, sebenarnya berniaga dengan bergantung kepada kontrak kerajaan mempunyai banyak risikonya sendiri. Ini termasuklah bagi syarikat penerbitan buku.

Risiko yang pertama dan yang paling berbahaya adalah hayat syarikat menjadi pendek, sangat pendek.

En. Law King Hui, Pengerusi MABOPA (Persatuan Penerbit Buku Malaysia) pernah memberitahu bahawa pada tahun-tahun 1970-an dan 80-an dahulu banyak penerbit Cina yang menjadi kayaraya kerana mendapat kontrak membekalkan buku-buku teks dan buku perpustakaan kepada kementerian pelajaran waktu itu. Tetapi sekarang, tidak satu pun penerbit itu yang masih beroperasi.

Jika penerbit milik orang-orang Cina pun pendek hayatnya akibat bergantung kepada kontrak kerajaan, apatah lagi penerbit Melayu.

Bisnes kontrak kerajaan sangat bergantung kepada hubungan baik dengan orang politik dan pegawai-pegawai di jabatan yang berkaitan sesuatu kontrak. Orang politik tidak lama berada di sesuatu kementerian. Apabila perkara itu berlaku, orang baru pun datang, dan mereka mempunyai tim masing-masing.

Pegawai kerajaan pula boleh berpindah jabatan dan bersara. Apabila pegawai baru datang, dalam sekelip mata semua pelaburan lama lesap, dan kita terpaksa menjalin semula hubungan baru dengan pegawai baru.

Itulah sebabnya, demi survival syarikat, kita jangan bergantung sama sekali kepada kontrak kerajaan. Kita mesti belajar survive dalam pasaran terbuka. Ikuti strategi dan budaya kerja orang-orang Cina berniaga. Mereka hidup dengan menawarkan produk-produk yang memenuhi keperluan pelanggan mereka.

Jika kebetulan kita diberi kontrak, anggaplah kontrak itu sebagai bonus. Kalau tidak diberi kontrak, sebagaimana orang Cina, kita masih boleh berkembang dan membesar dalam pasaran terbuka.

PTS sengaja tidak mahu masuk tender kontrak kerajaan. Jika kebetulan buku-buku PTS dipilih oleh kerajaan, maka itu adalah bonus yang amat menggembirakan, bukan hanya menggembirakan PTS tetapi sudah tentu para kontraktor yang menang tender. Mereka membeli buku-buku itu dari PTS pada diskaun 35%.Terpulanglah berapa persen diskaun yang mereka sanggup tawarkan kepada kerajaan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat Seorang Ibu Previous entry: Perpustakaan Awam dan Sastera Kanak-kanak dan Remaja PTS
Web Sutera  on  04/28  at  04:20 PM

Tidak syak lagi!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/29  at  09:34 AM

Puan,

Memang benar seperti kata En. Law King Hui bahawa semua syarikat Cina yang dapat kontrak itu telah berkubur, tetapi jangan lupa pemilik syarikat berkenaan masih bugar dengan syarikat baru mereka.

Saya mendapat jiran baru yang merupakan salah seorang daripada pemilik syarikat yang pernah menghantar buku ke perpustakaan tempat saya mengajar dahulu. Kini saya nampak pada van beliau tertera nama syarikat baru. Syarikat lama sudah lama ditutup, katanya.

Dan, buku-buku yang diterbitkannya tetap untuk pasaran terus ke sekolah-sekolah, seperti dahulu. Maksudnya, buku-buku itu tidak akan terlihat di kedai-kedai buku.

Wassalam.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: