Tip Survival Penerbit: Memilih Buku yang Dijadikan ‘Lead Product’
Siapa sangka siri minuman FRUIT TREE adalah keluaran syarikat yang sama yang mengeluarkan siri minuman ini, dan siri minuman ini, dan siri minuman ini, dan juga siri minuman ini.
Daripada lebih 40 jenis minuman yang dikeluarkan oleh syarikat Fraser & Neave (F&N Malaysia) minuman Coca-Cola dipilih sebagai lead-product syarikat itu. Puluhan juta ringgit dibelanjakan bagi mempromosi brand Coca-Cola. Orang kenal Coca-Cola sehingga mereka tidak kenal nama syarikat pengeluarnya.
Meskipun lain-lain minuman keluaran syarikat Fraser & Neave tidak diberikan peruntukan yang banyak bagi mempromosinya, namun brand-brand itu tetap laku dalam pasaran, sehingga menjadikan syarikat F&N pengeluar minuman ringan terbesar di Malaysia.
Lead-product adalah amat penting peranannya bagi tujuan mencipta power-branding.
Dalam bisnes, mencipta brand sahaja tidak cukup. Yang lebih penting adalah mencipta power brand.
Bagi menerangkan konsep brand dan power-brand, ambil contoh brand 'RTM'. Meskipun orang ramai amat kenal 'RTM' sebagai brand, tetapi 'RTM' bukanlah power-brand oleh sebab mereka tidak percaya kepada kualiti brand 'RTM'.
Apa yang berlaku kepada brand 'RTM' juga sedikit sebanyak berlaku kepada brand 'DBP'.
PTS tidak mahu apa yang berlaku ke atas brand 'RTM' dan 'DBP' berlaku juga kepada brand 'PTS', di mana orang kenal 'PTS' tetapi orang tidak percaya kepada kualiti buku-buku 'PTS'.
Penerbit buku perlu memilih pengarang mana, ataupun judul mana, yang hendak dijadikan lead-product syarikat itu. Sebagai contoh syarikat penerbit Oxford University Press memilih Oxford Dictionary-nya sebagai lead-product-nya.
PTS dan anak-anak syarikat PTS juga perlu memilih pengarang-pengarang dan judul-judul yang dijadikan lead-product masing-masing anak syarikat.
Strategi branding dan power-branding memakan belanja yang amat besar. Inilah yang menyebabkan tidak semua pengarang, dan tidak semua judul, akan diberikan peruntukan kewangan yang sama banyak bagi mempromosinya.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Agak lama juga puan tidak bercerita perihal bisnes. Yang ini sangat membantu saya sebagai orang bisnes.
Terima kasih banyak-banyak Sifu.
Post a comment