ASWARA Akan Menerbitkan Karya Sastera
Dalam ucapan perasmian Seminar Penulisan Fiksyen, Rektor ASWARA, Dato' Omar Awang, membuat kenyataan bahawa ASWARA akan memikul tugas menerbitkan karya sastera. Berita ini adalah berita yang amat baik bagi karyawan kita yang selama ini mengeluh tentang sukarnya mendapatkan penerbit yang dapat menerbitkan karya mereka tanpa banyak kerenah birokrasi.
Kita menyambut baik kenyataan Dato' Rektor ASWARA itu dan amat menyokong komitmen beliau kepada usaha memajukan sastera Melayu.
Pada masa ini ASWARA sudah mempunyai Unit Penerbitannya sendiri, oleh itu lebih mudah bagi universiti tersebut melaksanakan gagasan Rektornya itu.
Semasa rehat minum teh, kita berpeluang duduk di tepi beliau dan dapat mendengar apa yang beliau katakan kepada rakan-rakan semeja. Kita mendapat kesan beliau seorang yang komited kepada perjuangan memartabatkan kebudayaan dan sastera Melayu.
Moga-moga Tuhan memudahkan usaha beliau itu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment