Apa Itu “Standing Order”
Apabila buku saudara terbit, automatis para petugas di setor PTS akan mengasingkan 900 naskhah untuk dihantar kepada para pengedar dan kedai-kedai buku yang mempunyai akaun bisnes dengan PTS. Ini dilakukan tanpa menunggu mereka membuat pesanan kerana sudah ada "standing order" daripada mereka.
Setiap pengedar dan kedai buku itu menentukan jumlah naskhah standing-order masing-masing. Ada yang memesan 10 naskhah bagi setiap judul baru. Ada yang memesan 100 naskhah.
Pegawai-pegawai di jabatan sales PTS bekerja keras memujuk para pengedar dan kedai buku supaya mahu menambah jumlah standing-order mereka. Ada kalanya berjaya, ada kalanya tidak.
Mereka tidak mahu menaikkan jumlah standing-order sebab buku-buku itu memakan ruang. Ruang adalah wang kerana ruang itu disewa. Menaikkan standing-order bermakna hutang mereka kepada penerbit naik.
Standing-order itu adalah salah satu faktor yang menyebabkan setiap buku yang baru terbit tentu masuk ke dalam senarai "Buku Terlaris" dalam web pts.com.my.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Jaringan penjual buku ini ‘business oriented’. Dia akan buat keputusan yang menguntungkan perniagaan mereka.
Keutamaan saya waktu mencari buku biasanya saya cuba beli dari peniaga Islam, kedua peniaga malaysian, ketiga asia, keempat mat saleh.
Tapi ada masa saya sengaja beli buku di jaringan2 kedai buku internasional seperti Kinokuniya, walaupun tidak mendapat potongan harga. Kadang-kadang buku yang pernah dibeli di kedai buku Melayu tadi. Juga terkadang sengaja mengarut tanya buku/majalah keluaran alternatif seperti ‘Harakah’ di kaunter pertanyaan. Ini adalah untuk mempengaruhi formula ‘standing order’ di premis2 jualan ini.
Perjuangan yang kecil sebenarnya. Tapi seronok bila buku-buku karya TG Nik Aziz mula bertapak di Kinokuniya. Harakah setakat ni belum lagi. Mungkin pengaruh politik kot.
sekadar berkongsi.
Post a comment