Kementerian Pelajaran dan Gosip “Book Packager” di Negara India
Negara India adalah salah satu pusat 'book packaging' yang terkenal di kalangan penerbit buku Mamak dan India di negara ini. Mereka yang banyak mendapat tender mensupply buku-buku Inggeris daripada kerajaan banyak berurusan dengan book-packager di India.
Yang paling diketahui umum adalah pelbagai jenis set-set ensiklopedia kerana margin keuntungan mensupply ensiklopedia kepada kerajaan adalah amat menguntungkan. Setiap tahun, jutaan ringgit dibelanjakan oleh kementerian pelajaran dan sekolah-sekolah bagi membeli ensiklopedia.
Sebut sahaja, saudara mahukan ensiklopedia Inggeris jenis apa untuk disupplykan ke kementerian? Pergilah ke Pesta Buku India di New Delhi. Berjumpalah dengan penerbit ensiklopedia dalam pesta buku itu.
Pilih sahaja daripada berpuluh-puluh set ensiklopedia yang ada. Mereka boleh cetak semula khusus untuk saudara dan letakkan nama syarikat saudara sebagai penerbitnya! Dalam sekelip mata, saudara sudah boleh menjadi penerbit ensiklopedia Inggeris!
Inilah yang disebut bisnes 'book packaging'. Bisnesman di India itu menyediakan isi buku untuk mana-mana sahaja penerbit yang mahu menerbitkan buku itu dengan meletakkan nama mereka sebagai penerbitnya.
Saudara mahu buku apa sekalipun mereka boleh lakukan yang serupa, bukan hanya ensiklopedia.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

erm.. mcm best je bunyiknye.. Akak nak nanye skit ni kalo nak nulis novel susah ke? kalo penulisan ilmiah mcm mane lak ?
Post a comment