Apa Agenda di Sebalik Demo Memasak di Kedai Buku


Di manakah untungnya mengadakan acara demo memasak di dalam kedai buku? Jumlah orang yang datang melihat demo tidak sampai 20 orang. Jumlah buku yang dibeli pula tidak sampai 20 naskhah.
Modal yang dikeluarkan oleh chef dan penerbit pada hari itu ibarat kata, "hangus" sahaja.
PTS menganjurkan sesi demo memasak dengan 3 objektif:
(i) Memperkenalkan chef-chef yang menulis buku-buku resipi PTS.
(ii) Memberikan pendedahan kepada chef-chef itu supaya mereka belajar cara-cara berkomunikasi dengan khalayak 'live'.
(iii) Memberikan kerjasama kepada kedai buku bagi menggalakkan lebih banyak pengunjung masuk dan membeli buku-buku.
Sebagaimana dengan penulis buku-buku lain, tidak semua chef mempunyai bakat berinteraksi dengan audiens.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

keyakinan dan jenama. buku masakan adalah praktikal bukan hanya resepi di atas rak.
Post a comment