Friday, June 15, 2007

Alahai Najib…

TPM Najib mahu supaya setiap keluarga orang Melayu melahirkan sekurang-kurangnya satu orang profesional... doktor, saintis, jurutera dan lain-lain.

Dengan memaksa budak-budak kampung belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, bagaimanakah keluarga kampung hendak melahirkan ramai profesional?

Sedangkan belajar subjek itu menggunakan Bahasa Melayu pun susah... maklumlah di kampung, sistem sokongan pendidikan sains dan matematik moden amat dhoif. Betul-betul mengharapkan guru dan buku teks.

Sekarang, buku teks pun budak-budak kampung tidak upaya hendak membacanya....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Isu Semasa
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mencipta Karekter Previous entry: Segera! Tulis Emel kepada MKBK
fudzail  on  06/15  at  05:25 PM

Puan SifuPTS

Rasanya, kalau tidak silap, Najib tidak pernah bersekolah di Malaysia sepanjang hayat remajanya. Sekolah berasrama di England.

Sebagai seorang budak kampung pedalaman, yang tidak tahu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris (SPM pun kantoi) sebelum bersekolah di New Zealand dan yang pernah berwakilrakyatkan aruah Tun Abdul Razak dan Najib sendiri, saya rasa Najib perlu duduk di kampung saya selama sebulan, seperti pilihanraya kecil Ijok tempohari untuk mengetahui realiti dan bukan sekadar membaca teks yang dikarang oleh penulis ucapan dari Think Thank (seorang sudah masuk penjara) dalam pejabat hawa dingin nun di LumpurJaya (opps, Putrajaya).

Terima kasih.


berwakilrakyatkan (BETUL)
tempohari (SALAH) = tempoh hari (BETUL)

aruah (SALAH) = arwah (BETUL)
——-

ddm  on  06/15  at  06:06 PM

Bro Fudzail, kalau berwakilrakyatkan Tun Razak atau Najib, bukan di pendalaman (di huluan), tetapi di hiliran (sungai pahang). he he.

Selagi ahli-ahli politik kita berligar di kalangan ‘bangsawan dan anak-anak bangsawan’, tidak ke manalah kita semua!

sungai pahang (SALAH) = Sungai Pahang (BETUL)

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/15  at  08:28 PM

Salam Puan,

Bukan budak kampung saja yang bermasalah.

Anak saya bersekolah di Taman Melawati (boleh dikatakan dalam kota kosmopolitan Kuala Lumpur jugalah) mempunyai ramai juga pelajar Melayu yang tidak boleh mengikuti subjek matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.

Tidak semua orang bertutur bahasa Inggeris di rumah dan mampu melanggan Astro Cartoon Network mahupun menghantar anak-anaknya ke tadika bahasa Inggeris seperti Qdees dan lain-lain.

Di Malaysia bahasa Inggeris dikaitkan dengan kelas dan taraf hidup bukan sebagai satu bahasa asing yang dipelajari seperti di Korea Utara.

Jadi kalau bahasa Inggeris anda kurang baik, orang selalu menganggap kita dari kelas bawahan. Oleh itu kalau anda belajar di England semua orang ingat anda paling pandai dan realitinya bukan semua semestinya begitu.

Saya risau kerana ramai ahli politik kita yang tidak ada pendirian tegas dan punya ‘self esteem’ yang rendah lantas tidak bertegas mempertahankan hak-hak orang Melayu. Sebab itu mereka mudah memperdagangkan bahasa Melayu dan mengagungkan bahasa asing dan orang asing!

Lihatlah ahli politik China, Korea dan Jepun mereka tetap mempertahankan budaya dan bahasa mereka tidak peduli apa pun orang lain kata.

Sekian.
Nor.

masri  on  06/16  at  12:44 AM

Assalamualaikum wbt.

Cuba bayangkan fardhu ain di sekolah di ajar di dalam bahasa Arab. Tidak ke haru jadinya!

di ajar (SALAH) = diajar (BETUL)
tidak ke (SALAH) = tidakkah (BETUL)

anTusufi  on  06/16  at  05:43 AM

Terasa payah apabila pendidikan dipolitikkan…

p/s: Apa pula tindakan daripada Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dalam kes ini??

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/16  at  11:27 AM

Najib ni memang Orang yang paling bangang dalam Malaysia.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: