Adakah Jualan Online di BookCafe Mengancam Kedai-Kedai Buku?
PTS menawarkan diskaun yang menarik, purata potongan 25%, kepada pembeli yang membeli buku-buku PTS secara online di BookCafe. Ini menyebabkan ada pelanggan-pelanggan kedai buku menekan supaya diberi diskaun 25%! Lazimnya kedai memberi diskuan 10% kepada pelanggan.
Pelanggan seperti itu cenderung berkata, "Kalau awak tidak mahu beri saya diskaun lebih, saya akan beli dari BookCafe!"
Kepada para pekedai buku, inilah pesanan Cik Nurdianah (foto), eksekutif pengurus BookCafe:
1. Sebenarnya, membeli dari BookCafe tidak semestinya lebih untung daripada membeli buku di kedai buku. Walaupun mereka diberi diskaun 25%, mereka dikenakan bayaran pos sebanyak RM8.00 ataupun lebih. Jadi bayangkan, harga buku yang dibeli mungkin selepas ditolak dikaun 25% cuma RM12.00, tetapi kos posnya RM8.00 selepas Pos Malaysia menaikkan tarif terbaru.
2. Pelanggan terpaksa menunggu minimum antara 3 - 7 hari barulah buku sampai ke tangan mereka.
Membeli buku di BookCafe paling sesuai bagi pembaca yang tinggal jauh dari bandar di mana di situ ada kedai buku yang baik. Ia juga sesuai bagi buku-buku yang tidak dijual di kedai buku, seperti buku-buku pendidikan untuk bacaan guru-guru.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment