Friday, November 16, 2007

Ada-ada Sahaja: Trik Menang Pertandingan

Sewaktu berbincang-bincang dengan seorang sahabat baik, dan juga salah seorang pemenang utama sayembara menulis novel sempena ulang tahun ke-50 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang lalu, beliau memberitahu trik yang berguna bagi mendapatkan rating tinggi daripada tiap-tiap anggota panel hakim.

Menurut beliau, triknya begini: Mula-mula buat risikan siapa anggota panel hakim.

"Setiap panel hakim mempunyai teori kesayangannya masing-masing," kata sahabat ini.

Langkah kedua, pastikan dalam novel saudara itu unsur-unsur kesayangan setiap anggota panel hakim wujud dalam novel saudara.

"Maksudnya?" tanya Sifu.

Beliau menerangkan, "Begini: Katakanlah dalam panel itu ada seorang penganut faham gender, pastikan dalam novel kita itu ada unsur gender!"

"Oooo..." sambut Sifu.

Dia meneruskan, "Jika dalam panel itu ada seorang hakim yang suka logik, masukkan discourse logik dalam novel kita itu."

"Oooo..."sambut Sifu lagi.

Sang sahabat meneruskan lagi, "Jika dalam panel itu ada pula peminat teori novel-hikayat, masukkan unsur-unsur hikayat dalam novel kita itu. Pastikan semua unsur kegemaran setiap ahli panel, wujud dalam novel kita." 

"Mak oooi!" kata Sifu. "Bagitukah strateginya?!"

Sang sahabat ketawa melihat Sifu yang macam terpinga-pinga memikirkan alangkah logiknya trik itu.

"Kalau puan ada dalam panel hakim, saya akan masukkan unsur teori surah Yusuf! Tentu puan beri rating tinggi. Hahaha...." katanya sambil menepuk pahanya. "Kalau ada 6 panel, masukkan semua 6 unsur teori yang masing-masing panel sukai."

Hati Sifu berkata, "Betul juga... Patutlah sahabat baikku ini selalu menang!" 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Ada-ada Sahaja
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Ini Dipilih PNM Previous entry: ASWARA Akan Menerbitkan Karya Sastera
Mya Marja  on  11/16  at  10:34 AM

Assalamualaikum,

Operasi risikan siapa anggota panel hakim itu yang payah; perlu ada orang dalam. Hmm…

Firdaus  on  11/17  at  10:55 AM

Jika beginilah caranya, hanya kroni-kroni sahaja yang boleh menang! :D

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: