Saturday, March 24, 2007

Ada-ada Sahaja: Kes Rajuk SN A Samad Said kepada DBP - Apa GAPENA Sudah Buat

Sekurang-kurang kita sendiri sudah 3 kali bercakap kepada Tan Sri Ismail Hussein, Ketua 1 GAPENA (Gabungan Persatuan Penulis Nasional) tentang peri pentingnya Gapena mengadakan seminar harta inetelek dan hakcipta supaya ribuan anggotanya faham isu-isu yang amat dekat dengan kebajikan mereka.

Nampaknya, belum terdengar berita tentang cadangan itu diterima oleh Gapena.

Kali terakhir kita bertemu dengan SN Dato' A Samad Said (DASS), kita ceritakan perkara itu kepada beliau. Lalu kita bertanya, "Mengapakah Tan Sri Ketua 1 GApena itu tidak berminat membuat sebarang kenyataan rasmi berkenaan isu Mogok Sastera DASS, dan isu hakcipta yang sekarang Dato' hadapi dengan DBP?"

Menurut DASS, Ketua 1 Gapena itu tidak mahu campur tangan memandangkan mereka berdua adalah berbiras (DASS berkahwin Salmi Manja, Tan Sri kahwin dengan adik Salmi Manja) oleh itu beliau tidak mahu dituduh membela biras sendiri.

Nampaknya Ketua 1 Gapena tidak dapat mengasingkan antara (a) Diri beliau sebagai Ketua 1 Gapena yang semestinya memperjuangkan harta intelek dan hakcipta para sasterawan Melayu, dengan (b) Diri beliau peribadi yang takut dituduh memperjuangkan kepentingan birasnya...

Bagi menjernihkan perkara berkenaan isu SN Dato' A Samad Said yang kebetulan adalah birasnya, Tan Sri Ismail Hussein dapat membuat kenyataan yang lebih kurang begini bunyinya, "Adalah tanggungjawab Gapena membela nasib sesiapa sahaja penulis yang harta inteleknya dieksploitasi oleh mana-mana penerbit secara yang tidak adil dan melanggar undang-undang hakcipta yang digunapakai di negara ini." sewaktu menyampaikan ucapan rasmi pada majlis perasmian seminar hakcipta itu nanti.

Hmm... (sambil garu-garu kepala).

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Undang-undang & Harta Intelek
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Hubungan dengan Media: Sakit Hati Seorang Sasterawan Bertaraf Selebriti Previous entry: Bacaan Wajib Sebelum Membuka Bisnes
fudzail  on  03/24  at  11:16 PM

Salam SifuPTS

Saya yang jahil dalam sepak terajang politik sastera tanah air pun menggaru kepala yang semakin kurang rambut hitam.

Dalam satu komunikasi dengan seorang editor sastera minggu lepas, terburailah beberapa lagi perkara yang saya tidak pernah terfikirkan dalam urusan & hal ehwal sastera.

Maka, semakin saya tahu di balik tirai, semakin mual dengan realiti sebenar dan benarlah yang di Malaysia, setiap sesuatu bergantung kepada ‘politik’.

Semuga usaha Puan SifuPTS berhasil.

Fudzail
——-

Puan Ainon Mohd.  on  03/25  at  07:53 AM

Tuan Fudzail,

Pertama-tama terima kasih kerana cerpen yang dihantar kepada saya. Macam tidak percaya saya sewaktu membacanya. Kalau diterima oleh media, saya tentu gelak kali kedua! Hahaha….

Berkenaan politik sastera tanah air, saya sebagai orang tua, bekas pegawai tinggi DBP, sekarang pejuang sastera Melayu dengan cara saya sendiri, yang juga berperanan menjadi telinga hak semua pihak, lebih-lebihlah geleng kepala.

Macam-macam yang saya dengar…. dari orang atasan DBP, dari orang bawahan dalam DBP, dari penulis kecil yang terkucil…

Jadi saya mesti fikir apa yang saya dapat sumbangkan kepada perkembangan sastera Melayu, dan bagaimana saya dapat menjadi orang tengah yang lebih efektif antara pihak-pihak yang masing-masing itu penting belaka peranannya.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: