Sunday, July 18, 2010

4 Jawatan Kosong di Gudang PTS

Tn. Zain Aziz (foto), ketua unit operasi dan gudang PTS memberitahu pada masa ini ada 4 jawatan kosong sebagai petugas gudang yang perlu diisi.

Menurut beliau, jumlah petugas gudang yang ada sekarang adalah 25 orang. Pertambahan ini perlu disebabkan jumlah buku yang diproses bagi penghantaran ke kedai-kedai di seluruh negara semakin hari semakin banyak.

Antara faktor-faktor yang meningkatkan jumlah buku yang perlu diproses adalah:

(i) Setiap bulan jabatan editorial PTS menerbitkan lebih banyak judul baru.

(ii) Jumlah judul yang diulangcetak juga semakin banyak setiap bulan.

(iii) Jumlah buku yang dipesan oleh kedai-kedai juga semakin meningkat.

(iv) Jumlah kedai-kedai buku indie yang baru dilantik sebagai agen PTS juga semakin banyak.

(v) Kejayaan kempen promosi yang dijalankan oleh jabatan marketing PTS menghasilkan peningkatan pesanan dari kedai-kedai.

Setiap bulan, unit operasi memproses purata 2 ribu dokumen pesanan. Jumlah itu menunjukkan trend peningkatan dari masa ke masa.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Bahasa Sastera: Dialog yang Menggunakan Ayat Lengkap adalah Lebih Indah Dibaca Previous entry: Berlatih Menggunakan Teori Interteks bagi Menghasilkan Cerita Kanak-Kanak Bermutu Sastera
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/19  at  10:52 AM

Bole kasi info lanjut tentang jawatan ini? Cth: Gaji, waktu bekerja, kelulusan untuk mohon, dan lain-lain info berkaitan.

Terima kasih.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: