Saturday, July 14, 2007

11 Tahun Belajar Mengarang

Setiap pelajar yang tamat tingkatan 5 diajar mengarang selama 11 tahun di sekolah. Kemahiran mengarang adalah salah satu kemahiran yang diuji dalam peperiksaan.

Sesudah sekian lama diajar mengarang, mengapakah agaknya jumlah mereka yang pandai mengarang amat sedikit?

Industri penerbitan akhbar, majalah, buku, radio, TV, internet, semuanya memerlukan bekalan pengarang yang banyak.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Isu Semasa
(10) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Teori Surah Yusuf: Hero Lelaki Muda Previous entry: Sedikit Ilmu yang Berguna
MBA  on  07/14  at  06:21 AM

Memang benarlah apa yang Sifu tuliskan. Selama 11 tahun bersekolah, masih ramai yang tidak mahir mengarang. Barangkali elok diadakan sekolah karang mengarang, seperti mana BAM membuat Akademi Badminton kerana setelah 11 tahun bermain dan belajar bermain badminton di sekolahpun, masih tidak ramai pemain badminton yang bagus untuk mewakili negara.

Selama 11 tahun di sekolah juga kita diajar ilmu kira-mengira, namun tidak ramai juga yang cekap mengira tanpa menggunakan kalkulator.

Kesimpulannya, selama 11 tahun di sekolah, kita diajar pelbagai ilmu serba sedikit untuk bekalan di masa hadapan, bukannya ilmu khusus dalam sesuatu subjek sahaja.

Wallahualam

p.s Baru pulang dari 10 hari percutian ‘fear factor’.
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/14  at  09:14 AM

Kita tidak menggunakan konsep pembelajaran yang memberi penekanan kepada apa bakat yang kita ada. Kita cuba diajar oleh ‘sistem’ untuk menjadi ‘jack of all trade, master of none’. Tidaklah menunding jari kepada mana-mana pihak. Tapi pengalaman saya di universiti sendiri menunjukkan 11 tahun kita belajar Bahasa Melayu mahu pun Bahasa Inggeris, tapi tahap penguasaan bahasa-bahasa tersebut masih lemah. (khususnya Bahasa Inggeris)

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/14  at  09:41 AM

Assalamualaikum,

Selama 11 tahun juga kita diajar melukis, tetapi tidak pula kita jadi pelukis.

Selama 11 tahun juga kita diajar berbahasa orang asing, tetapi ramai yang tidak tahu berbahasa seperti diajarkan.

Selama 11 tahun juga kita diajar tentang sains, tetapi tidak pula ramai yang menjadi saintis.

Selama 11 tahun juga kita diajar bersukan, tetapi tidak ramai antara kita yang menjadi ahli sukan yang hebat.

Selama 11 tahun juga kita diajar disiplin itu dan ini, tetapi rakyat Malaysia ramai yang tidak berdisiplin. Ramai yang terkorban di jalan raya kerana tiada disiplin. Sungai banyak tercemar disebabkan tangan-tangan manusia. Bukit banyak yang gondol kerana ketamakan. Banjir kilat berlaku juga di Kuala Lumpur.

Selama 11 tahun kita diajar berbudi bahasa, berkata benar, jujur dan bertanggungjawab, tetapi ramai yang rasuah dan segala jenis kejahatan lagi.

........ Hmmm…..

Mya Marja  on  07/14  at  09:55 AM

Assalamualaikum,
Puan Ainon yang dihormati serta rakan-rakan,

Saya berpandangan bahawa bakat dan minat merupakan kunci utama kepada lahirnya jumlah pengarang yang pandai dan hebat sebagaimana puan maksudkan. Di samping itu, perlu ada kehendak dan kemahiran.

Segala-galanya menjadi tidak ke mana-mana jika keempat-empat elemen ini tiada. Paling penting bagi saya ialah bakat. Andai 11 tahun diberi kepada seorang pelatih badminton pun misalnya, tetapi bakat tiada, memang tidak menghasilkan juara.

Itu belum masuk bab semangat. Semuanya harus diadun bersama-sama bagi mencapai hasrat murni ini. Wallahua’lam.

Riduan Khairi  on  07/14  at  11:58 AM

Tapi 3 bulan masuk Akademi Fantasia dah pandai menyanyi menggunakan berbagai-bagai teknik melontarkan suara!

Sebenarnya pelajar-pelajar sendiri banyaknya tidak pasti apakah tujuan dan matlamat masuk ke sekolah. Guru-guru pun ada juga yang tidak berapa pasti objektif pembelajaran.

Sebuah buku tentang ‘teaching’ memberitahu 3 elemen penting dalam pendidikan. Ilmu, pelajar dan guru. Guru perlu cintakan ilmu yang diajar. Juga cintanya guru kepada ilmu yang di ajar. Pelajat pula perlu mencintai guru dan ilmu yang diajar.

dah (SALAH) = sudah (BETUL)

Siti Hajar  on  07/14  at  01:23 PM

Salam,

Saya berpendapat cara pengajaran yang menjadi sebab utama mengapa kemahiran yang diajar tidak dapat diamalkan sebaiknya setelah tamat belajar. Selain daripada itu, minat dan bakat juga perlu. Selain itu, ada perkara yang diajar di sekolah yang kita tidak dapat mahir melakukannya.

Contohnya pelajaran matematik. Kaedah yang diajar di sekolah rendah dahulu terbukti berkesan hinggakan saya dan abang mengajarkan teknik itu kepada anak-anak dan mereka mudah mempelajari matematik menggunakan teknik tersebut.

Tentang bahasa; kelas Sifu telah menambahbaikan penggunaan bahasa saya setelah dipaksa menulis dalam Bahasa Melayu Tinggi setiap kali menulis. Jadi paksaan oleh seorang yang kita segani juga penting (dalam istilah UNIKA: kena beduk).

Siti Hajar

Fable Fox  on  07/14  at  02:19 PM

Benarkah anak-anak anda (saya belum mempunyai anak lagi) diajar? Atau sekadar disuruh menghafal.

Baru-baru ini Hisamuddin ada mengeluarkan kenyataan bahasa sistem sekarang (dan lama dahulu) tidak mengeluarkan pelajar yang pandai berfikir. Sebab itu mahu buat sistem penilaian.

saya hairan kenapa tiada pihak yang melenting? adakah kerana :

1. tiada orang yang kisah tentang pendidikan. (pelajar tidak tahu berfikir, habis???)
2. sememangnya sistem melahirkan orang yang tidak tahu berfikir. jadi bila hisyamuddin mengeluarkan ayat begitu, orang ramai hanya berkeliaran seperti ayam berak kapur.

Mulakan ayat dengan huruf besar.

Riduan Khairi  on  07/14  at  02:28 PM

Puan Sifu,

Nanti kemudian-kemudian selepas isu ‘persaingan’ dan ‘flanking’ selesai, kita bincang isu pendidikan pula. Saya amat berminat.

zati  on  07/14  at  03:29 PM

salam..
saya selalu keliru bila mengarang…kerap tersasar daripada konsep dan jalan cerita sebenar..
kadang-kadang sekerat jalan,idea hilang…
akhirnya,saya delete folder dan khazanah tulisan saya lupus sekelip mata…
mungkin saya tak cukup berani…saya sesungguhnya masih belajar mengarang…
semua orang boleh mengarang,tapi bukan mudah nak tarik orang baca apa yang kita karang…

Bahasa saudara buruk!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/14  at  10:53 PM

Puan Sifu yang dihormati,

Saya percaya bakat yang baik memerlukan guru yang prihatin untuk membimbing dan menunjuk jalan. Seterusnya bakat yang baik ini juga memerlukan pengurus yang bagus. Lebih beruntung jika bakat ini disokong oleh kasih sayang dan dorongan keluarga.

Orang-orang yang berjaya sentiasa menyebut siapa guru mereka di zaman sekolah dan bagaimana guru-guru ini mempengaruhi pendidikan mereka. Guru yang bagus membuat pelajar berminat mahu belajar. Mereka juga percaya kepada pelajar mereka dan tidak putus memberi bimbingan, dorongan dan harapan.

Baru-baru ini saya berbual dengan seorang anak Malaysia yang pernah menjadi Country Manager untuk sebuah penerbitan antarabangsa beribu pejabat di Perancis. Wanita ini berbangsa India namun fasih empat bahasa - Melayu, Tamil, Inggeris dan Perancis.

Bila saya memuji kemahiran bahasa Melayunya, beliau terus memberi kredit kepada guru sastera sekolahnya yang menerbitkan minat beliau kepada bahasa Melayu. Guru ini menggunakan puisi untuk memupuk pelajar berfikir di dalam kelas dan paling tidak dapat dilupakannya ialah puisi bertajuk ‘Hadiah’ oleh Usman Awang.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: