10 Penulis PTS Paling Popular bagi Jualan Tahun 2008
1. Ain Maisarah (43,917 naskhah)
2. Dr. Danial Zainal Abidin (23,812 naskhah)
3. Farihah Iskandar (19,538 naskhah)
4. Dr. Tengku Asmadi (18,182 naskhah)
5. Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim (16,914 naskhah)
6. Ezee Rahmani (13,070 naskhah)
7. Ann Wan Seng (9,443 naskhah)
8. Zaid Akhtar (8,835 naskhah)
9. Natasha Effyzal (5,523 naskhah)
10. Aizam Aiman (5,375 naskhah)
Nota: Jumlah buku di atas hanya dikira berdasarkan judul yang tersenarai dalam 50 judul paling laris bagi tahun 2008 sahaja. Jualan judul-judul dalam senarai itu melepasi nilai RM75 ribu bagi tiap-tiap judul. Ini bermakna, ada antara mereka menjual lebih banyak buku daripada jumlah yang tertera di atas, kerana mereka mempunyai judul-judul lain tetapi tidak termasuk dalam senarai 50 judul terlaris itu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam;
5,000+ naskah buku terjual (mungkin lebih drp 1 judul) sudah menduduki carta 10 penulis paling popular. Ini membawa maksud:-
1. Tidaklah susah benar untuk menduduki carta ini.
2. Buku-buku lain (oleh pengarang lain) tidak terjual sehingga 5,000 naskahpun. Apakah maknanya ini semua?. Anda perlu menulis lebih banyak judul kerana 1 judul tidak dapat dijual melebihi 5,000 naskah.
Barangkali begitulah.
Tuan MBA-san,
Ranking dalam senarai ini tidak ‘tepat’ sebab ia adalah didasarkan pada senarai 50 judul yang jualannya melebihi RM75 bagi sesuatu judul itu.
Puan Ain mendapat ranking No.1 pun berdasarkan jualan judul yang termasuk dalam senarai 50 judul itu. Ada buku beliau tidak termasuk dalam senarai, jadi tidak dikira.
Ada penulis mempunyai 7 judul, tetapi sebab tidak satu pun judulnya terjual melepasi RM75 ribu, maka nama penulis itu tidak masuk ranking. Padahal jika dicampurkan jualan 7 judulnya itu, dia layak masuk ranking.
Sambung….
Bagi buku-buku yang murah harganya, kalau terjual lebih 5,000 naskhah, nilai jualannya tidak melepasi RM75 ribu, jadi tidak juga termasuk dalam senarai 50 judul itu.
Manakala bagi buku hard-cover dan tebal pula, disebabkan harganya mahal (lebih daripada RM45), kalau terjual sekitar 1,700 naskhah pun sudah termasuk dalam senarai.
Post a comment