Friday, March 12, 2010

Bengkel Bisnes Menjual Pakaian oleh Penulis PTS

Bisnes menjual pakaian (pakaian baru, bukan baju bundle) dapat dimulakan dengan modal serendah RM500 sahaja.

Tuan Saat Sulaiman sudah menjalankan bisnes ini selama 15 tahun, dan masih terus aktif menjual pakaian.

Apabila beliau menulis buku ini, ada rakan-rakan beliau yang juga menjual pakaian marah-marah kerana menganggap perbuatan Tuan Saat Sulaiman itu merugikan bisnes mereka sendiri!

Buku beliau sudah diulangcetak.

Kini, Tuan Saat bukan setakat menulis buku malah akan mengajarkan apa yang ditulisnya.... (Akan bertambah marahlah rakan-rakan beliau.)

Bagi tuan dan puan yang mahu memulakan bisnes menjual pakaian, yang paling penting adalah mengetahui di mana hendak mendapatkan bekalan pakaian yang murah. Klik di sini.

Nota: Tuan Saat Sulaiman adalah lulusan Universiti Madinah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 1 pages