Thursday, January 01, 1970

Gosip Industri: Penerbit Hilang Fokus

Penerbit mesti memfokuskan kategori buku-buku yang diterbitkannya. Ini membolehkan tim petugas menjadi pakar dalam bidang yang difokuskan itu.

Sebagai contoh, apabila penerbit fokus pada buku biografi orang terkenal, maka tim editorial dan tim pemasaran makin lama makin pandai menerbitkan dan memasarkan buku-buku biografi.

Meningkatkan kepakaran tim petugas adalah faktor kritikal dalam survival apa juga bisnes. Semakin tinggi kepakaran, semakin tinggi kualiti produk yang dihasilkan.

Kepakaran juga penting bagi mengelakkan jumlah dan darjah kesilapan yang dilakukan oleh tim petugas. Makin tinggi kepakaran mereka, makin kurang jumlah kesilapan yang mereka lakukan.

Sebuah penerbit yang juga sahabat kita, penerbit A-A, dahulu fokus, sekarang nampaknya tidak fokus lagi. Gosip terbaru mengatakan sahabat kita itu akan menerbitkan buku-buku cerita bertemakan hantu-mantu pula.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 1 pages