Mengapa Saya Tidak Menjawab Kritikan dan Cercaan
Ada pembaca blog UNIKAPTS (Universiti Terbuka PTS) membuat komen mengapa saya tidak menjawab komen-komen yang mencaci dan mencera saya. Hal itu memberi gambaran seolah-olah komen-komen itu betul dan saya salah.
Inilah penjelasan saya:
Saya tidak menjawab cacian dan cercaan itu kerana saya menulis dengan menggunakan disiplin "parallel thinking".
Sebagaimana istilah "lateral thinking" dicipta oleh Edward de Bono, demikian juga halnya dengan istilah "parallel thinking".
Garisan-garisan yang parallel, atau selari, tidak pernah bertemu. Masing-masing garisan mempunyai trak masing-masing, dari titik-mula sampai ke hujungnya.
Apabila tuan-tuan dan puan-puan mempunyai sudut pandang sendiri tentang sesuatu perkara ataupun isu, dan tuan mahu supaya pembaca terpengaruh dengan sudut pandang tuan, menulislah dengan menggunakan teknik parallel-thinking.
Ertinya, tuan tulis sahaja apa yang tuan mahu tulis. Jangan peduli apa orang lain tulis, walaupun perkara yang mereka tulis itu salah, ataupun mereka meng-attack peribadi tuan, biarkan sahaja.
Teruskan menulis dengan mengemukakan hujah-hujah tuan. Jangan dijawab hujah-hujah yang dikemukakan oleh orang-orang lain. Biarkan pembaca membuat penilaian hujah siapakah yang lebih rasional.
Strategi parallel-thinking ini amat persuasif, ertinya ia efektif bagi tujuan mempengaruhi pembaca, kerana:
(i) Dengan menggunakan strategi parallel-thinking, kita tidak terjebak ke dalam defensive-mode. Bahaya defensive-mode adalah kita boleh hilang fokus dalam penulisan, dan hal itu melemahkan daya pengaruh tulisan kita ke atas minda pembaca.
(ii) Pembaca yang terpelajar dan kritikal adalah orang-orang yang tidak suka diberitahu siapa salah, siapa betul. Mereka pandai berfikir sendiri. Mereka mahu supaya kita mengemukakan hujah-hujah yang konkrit dan logikal sahaja. Mereka sendiri akan menilai dan memutuskan apakah hujah kita itu dapat mereka terima.
Moga-moga penjelasan ini menenteramkan hati penyokong-penyokong saya dalam peperangan menentang rasuah dalam kerajaan.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006








Sumber Berita Cerita Inspirasi Motivasi Dunia Terbaru - beritama.com