Monday, September 10, 2007

Up-date: Projek Animasi “NAGA” Tuan Martias

Mentee yang sudah menghantar sinopsis kepada Sifu adalah seperti di bawah:

1. Sdr. Mya Marja - "Beku"
2. Sdr. Mya Marja - "Cair"
3. Sdr. Maslina Ngadiman - "Ilmu yang Hilang"
4. Sdr. Sarimah Othman - Sinopsis (i)
5. Sdr. Sarimah Othman - Sinopsis (ii)
6. Sdr. Rozanna Abdullah - "Serangan Ular Serpentine"
7. Sdr. Siti Hajar Baharuddin - "Tarian"
8. Sdr. Harleem AD - "Jerung Kesek"
9. Sdr. Zalisa - "Rakus"
10. Sdr. Mya Marja - "Kering"
11. Sdr. Mya Marja - "Kulat"
12. Sdr. Mya Marja - "Bisa Lawan Bunga"
13. Sdr. Rozana Kasmani - "Ozon"
14. Sdr. Zamri Mohamad - "Geliga Puaka"
15. Sdr. Zamri Mohamad - "Suara Malam"
16. Sdr. Mya Marja - "Bandar Bersejarah"
17. Sdr. Mya Marja - "Jiwa Luka"
19. Sdr. Mya Marja - "Raja Funfair"
20. Sdr. Imran Yusuf - "Tidur"
21. Sdr. Azhar Mohd. Zin - Sinopsis (1 - 4)
22. Sdr. Rozanna Abdulah - "Taklukan"
23. Dr. Maimun Simun - "Lembu"
24. Sdr. Azhar Mohd Zin - "Bawah Tanah"
25. Sdr. Rozanna Abdullah - "Pertarungan"
26. Sdr. Maslina Ngadiman - "Padi Nan Segantang"

Nota: Saudara-saudara yang telah tidak hadir bengkel Tuan Martias menghantarkan sinopsis terkeluar daripada jalan cerita yang Tuan Martias mahukan!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(12) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, August 08, 2007

Nota Kuliah Tuan Martias untuk Mentee-mentee

Apakah itu SINOPSIS?

Sinopsis adalah ringkasan sebuah cerita yang panjang. Jika di zaman persekolahan dahulu, kita sering disuruh oleh guru Bahasa Melayu membuat ringkasan karangan dari artikel dan karya yang sedia cetak. Itulah dia sebenarnya SINOPSIS.

Sebenarnya semenjak dari zaman persekolahan lagi kita telah diasuh menerusi silabus pelajaran cara membuat sinopsis. Namun apakah yang sebenarnya perlu ada dalam sinopsis.

Sesebuah sinopsis haruslah jelas menggambarkan keseluruhan cerita. Bahasa yang digunakan haruslah mudah difahami dan seringkas yang mungkin pada tiap baris ayat.

Sinopsis boleh juga di anggap sebagai "story telling" yang bakal membawa pembaca atau pendengar masuk ke dalam cerita.

Sewaktu kecil kita pernah mendengar ibu bapa kita bercerita akan beberapa kisah dan teladan. Selalunya ia bermula dengan...

PADA ZAMAN DAHULU (MASA)

ADA SEORANG PUTERA RAJA (PROTAGENIST/HERO)

YANG INGIN MENYELAMATKAN SEORANG PUTERI YANG CANTIK RUPAWAN (VISION/MISI/GOLD)

TIBA-TIBA DATANG SEORANG AHLI NUJUM YANG JAHAT TELAH MENYIHIR TUAN PUTERI TERSEBUT MENJADI BATU (ANTAGONIST)

PERMAISURI JATUH GERING MELIHAT KEADAAN PUTERINYA (SUBPLOT)





RAJA KEMUDIAN MENAWARKAN GANJARAN 1000 DIRHAM KEPADA SESIAPA YANG DAPAT MENYEMBUHKAN PUTERINYA (INCITING INCIDENT)

RAMAI CUBA UNTUK MENGUBATI NAMUN GAGAL SEHINGGA PUTRA RAJA BERJAYA MEMBUNUH AHLI SIHIR YANG KEJAM ITU. (CLIMAX)

AKHIRNYA PUTERI BAGINDA PULIH SEMULA DAN BERKAHWIN DENGAN PUTERA RAJA (RESOLUTION)

Di sini kita dapat melihat dengan jelas bagai mana FORMAT sebenar sinopsis. Perkataan yang saya BOLDkan perlu ada dalam tiap sinopsis saudara semua.

Selamat mencuba!

...................

Nota Sifu: Gambar hiasan dari drama "Anak Penarik Beca" karya Tuan Martias yang menang anugerah Seri Angkasa 2005 untuk kategori Skrip Drama TV Terbaik.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, August 07, 2007

Novel dan Skrip: Surat Tuan Martias

Diperlukan segera!

1. Penulis skrip Majalah TV 13 episod.
Bagi siri Majalah diperlukan 2 orang penulis/researcher.

2. Skrip/sinopsis telenovela 52 episod (45 minit x 52 episod)
Bagi siri telenovela diperlukan 5 orang penulis. Jika ada novel saudara yang sesuai, boleh dibincangkan dengan Encik Martias untuk penerbitan. Hantar 1 naskhah kepada beliau dengan sinopsisnya.

3. Beberapa naskah skrip telemovie.

4. Penyelidik untuk program siri bual bicara OKU (26 episod)

Diminta semua penulis yang mahu menjadikan bidang penulisan skrip sebagai alternatif, tulis nama, no hp, dan alamat emel di sini.

Kepada yang mahu ikut sesi kaji selidik filem Mat Kilau, datang ke pejabat En. Martias pada hari Sabtu pukul 2.00 ptg untuk sesi temuduga dan suaikenal.

Sesi latihan kursus penulisan skrip akan disambung. Tarikh akan ditetapkan. Taklimat siri animasi akan diadakan pada tarikh yang sama.

Martias Hj. Ali. hp 017 370 1651. Klik contoh format skrip di sini.

Alamat pejabat Tuan Martias:
Lot 2-3-9B, Tingkat 3, Wisma Rampai,
Wangsa Maju, Setapak. Kuala Lumpur.

......................................

Nota Sifu kepada Tuan Martias: Dicadangkan tarikh bengkel skrip akan datang pada Ahad 26 Ogos 2007, jam 10 pagi. Bolehkah?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(12) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, August 05, 2007

Mengapa PTS Pilih Tuan Martias

Tuan Martias Hj. Ali adalah penulis skrip yang mempunyai pengalaman lebih 14 tahun dalam bidangnya. Beliau juga sudah memenangi award-award yang berprestij. Dengan itu beliau amat layak menjadi mentor kepada penulis-penulis PTS yang belajar menulis skrip.

Beliau mempunyai syarikat produksi yang menerima kontrak pembekalan kepada stesen-stesen TV. Dengan demikian penulis-penulis PTS di bawah asuhan beliau dapat menulis skrip bagi siri TV yang sudah ada permintaannya.

Tuan Martias mempunyai kualiti peribadi yang sesuai dengan nilai-nilai bisnes PTS.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Buat Duit dengan Menulis Skrip

Siri telenovela terdiri daripada 52 episod sebab dalam setahun ada 52 minggu.

Janganlah banyak, jikalau bagi setiap episod saudara dibayar RM1,000-00 sahaja, ini bermakna saudara menerima RM1,000-00 seminggu, ataupun RM4,000-00 sebulan, ataupun RM52,000-00 setahun.

Dan saudara sebenarnya dibayar lebih daripada RM1,000-00 bagi setiap episod!

Dari sudut lumayan, tidak ada pendapatan daripada kerja tulis-menulis yang dapat mengatasi pendapatan menulis skrip drama TV.

Kepada penulis novel-novel remaja dan jibunsyi PTS, mari belajar menulis skrip drama TV!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, July 30, 2007

Apa Manfaatnya Belajar Teori dan Teknik Menulis Skrip Drama TV

PTS mendorong saudara belajar teknik menulis skrip drama kerana:

1. Apabila saudara tahu unsur-unsur yang wajib ada dalam skrip drama, saudara dapat memasukkan unsur-unsur itu dalam buku saudara. Ini membuatkan novel saudara mudah dialihkan menjadi skrip oleh penulis skrip profesional. Novel-novel Harry Potter ditulis supaya mudah difilemkan.

2. Apabila saudara sendiri menulis skrip drama, saudara mempunyai sumber pendapatan tambahan yang membolehkan saudara hidup sebagai penulis sepenuh masa. Contoh yang sangat baik adalah En. Meor Shariman, penulis siri novel remaja "Kembar Terpilih".

3. Apabila karya saudara didramakan ataupun difilemkan, jualan buku saudara akan naik.

Masyarakat sasterawan tempatan banyak kali menyuarakan kritikan bahawa karya-karya sastera tempatan yang dikatakan bagus-bagus tidak dialihkan kepada versi filem dan drama TV.

Dalam perbualan Sifu dengan Puan Sujiah Salleh dan Dato' Yusof Haslam, mereka menerangkan perkara itu berlaku disebabkan karya sastera yang bagus tidak semestinya sesuai dialihkan menjadi skrip.

Selepas mengikuti bengkel En. Martias barulah kita faham peri pentingnya para penulis kreatif mengetahui sedikit sebanyak teori dan teknik menulis skrip supaya sewaktu menuliskan novel ataupun buku-buku cerita, unsur-unsur yang diperlukan oleh penulis skrip itu sudah sedia dimasukkan dalam bukunya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Laporan Bengkel En. Martias

Peserta macam tidak percaya apabila En. Martias tiba di bilik kuliah, lalu beliau mencadangkan bengkel dibuat di tempat makan!

Maka kami pun beramai-ramai turun lalu pergi ke Restoran Anwar, maka di situlah bengkel dijalankan sehingga jam 1.15 petang. Maka tuan punya dan para pelanggan restoran pun terpinga-pingalah melihat 16 orang sibuk mengambil nota apabila En. Martias bercakap.

Terbukti bengkel yang dibuat gaya kedai kopi itu lebih efektif.

Kepada semua yang hadir jangan lupa hantar 'tag-line' segera kepada Sifu!

Terima kasih banyak-banyak, En. Martias, atas ilmu yang dicurahkan kepada kami.

Pantun untuk En. Martias:

Naik sampan membawa peti,
Berisi gula dengan ramunya.
Orangnya tampan dan baik hati,
Bertambah pula bagus ilmunya.


.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Nota Kuliah En. Martias

(1) Tagline wajib ditulis, contoh: Wanita itu tahu suaminya mempunyai kekasih tetapi dia pura-pura tidak tahu.

(2) Dalam satu cerita ada 1 plot utama dan maksimum 3 subplot. Subplot adalah "Pada waktu yang sama..." dan menjawab pertanyaan: Mengapa, mengapa, mengapa.

(3) Subplot menghasilkan konflik.

(4) Plot utama dan semua subplot mesti ada penyelesaian. "Akhirnya..."

(5) Cara mencipta twist: Yakinkan penonton bahawa A adalah A, baru masukkan twist.

(6) Jumlah watak utama maksimum 3 orang. Sediakan maklumat latar belakang berkenaan setiap watak utama.

(7) Jumlah scene adalah antara 60 - 75, dengan 50% adalah scene subplot. Scene adalah kejadian yang berlaku pada satu masa di satu tempat.

(8) Treatment adalah deskripsi scene tanpa dialognya. Yang ada hanya watak dan action watak. Bagi setiap scene tuliskan EXTERIOR/INTERIOR dan PAGI/PETANG/MALAM.

(9) Semakin kurang dialog, semakin bagus drama itu.

(10) Subteks memberi makna tersirat. Contoh subteks visual: (a) Garfu dalam filem "Ibu Mertuaku". (b) Scene yang menunjukkan beca usang dengan bendera Malaysia masih terpasang.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, July 29, 2007

Peluang Ikut En. Martias Menjalankan Kajian Sejarah di Kuala Tembeling

En. Martias mencari 2 orang yang berminat ikut beliau membuat kajian lapangan di Kuala Tembeling selama 4 - 7 hari pada bulan Ogos 2007.

Kajian itu adalah bagi mendapatkan maklumat daripada masyarakat Kuala Tembeling tentang Pahlawan Tok Gajah dan Mat Kilau bagi digunakan dalam pembikinan filem tentang pahlawan itu. Tok Gajah adalah bapa Mat Kilau.

Kos selama menjalankan kajian itu akan dibayar oleh En. Martias. Selama menjalankan kajian, tempat menginap adalah di Rumah Rehat bandar Kuala Lipis.

Tugas-tugas yang dijalankan adalah menjejaki keturunan Mat Kilau, tempat-tempat bersejarah, menemubual, mencatat dan merakam data yang diperoleh daripada responden. Bawa pakaian, buku nota, pen dan laptop sahaja.

Saudara yang berminat, tinggalkan nama, nombor hp dan emel di sini.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, July 20, 2007

Surat En. Martias

Asalamualaikum Puan,

Saya memerlukan sekurang-kurangnya 2 (maksimum 4 orang) orang penulis skrip bebas yang mahu berkerjasama dengan saya bagi menyiapkan sejumlah 3-6 telemovies dan sebuah siri 13 episod. Skrip penuh perlu disiapkan sebelum hujung bulan ini bagi dihantar ke RTM.

Untuk tujuan itu saya mahu mereka yang berminat bertemu saya dan membuat segala kerja-kerja itu di pejabat saya bagi memudahkan saya memberi tunjuk ajar secara terus.

Saya perlu respon mereka selewat-lewatnya pada hari Isnin depan.

Bagi mereka yang berminat boleh hubungi no HP saya 017-3701651. Jika mereka ini semunya datang dari PTS segala naskah itu nanti bolehlah di jadikan novel kelak. Pembayaran kepada pihak PTS dan Penulis boleh dibincang. Sekian. Terima kasih. Wasallam.

Yang Benar,
Martias Mohd Ali

Nota Sifu: Ini alamat pejabat En. Martias:
Lo2-3-9B, Tingkat 3, Wisma Rampai,
Wangsa Maju, Setapak. Kuala Lumpur.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Ahad 29hb Julai En. Martias Mahu Berjumpa Semua Penulis Sinopsis Drama TV

Kepada semua yang sudah menghantar sinopsis drama TVnya kepada Sifu, ambil perhatian!

En. Martias mahu berjumpa dengan semua bagi menunjukkan bagaimana teknik menyesuaikan semula sinopsis itu supaya menepati keperluan sinopsis skrip drama TV.

Tarikh cadangan: CONFIRM (Ahad 29 Julai 2007, jam 10 pagi di Sekolah al-Ikhlas).

Tulis nama di sini bagi saudara yang dapat hadir.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(14) Diskusi Kuliah | Permalink

Skrip Drama TV En. Martias

Bagi saudara yang mahu membaca contoh skrip drama TV, klik di sini.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, July 15, 2007

Khidmat Masyarakat: Peluang Bagi Peminat Pembikinan Filem

Program: Tayangan Umum Filem-filem Pendek BMW2007
Anjuran: Mahallah Ali Abi Talib, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan kerjasama BMW Group (M)
Pada: 26 dan 27 Julai 2007
Waktu: 8.00 malam
Tempat: Auditorium Utama, UIAM
Pakaian: Kemas dan tidak formal

10 buah tayangan filem pendek dan diskusi bersama para pengarah finalis BMW Shorties 2007 diadakan pada kedua-dua hari tersebut.

Masuk Percuma.

Maklumat Lanjut, hubungi Syarafuddin Sulaiman di nombor 014 625 8985, layari www.aliman.wordpress.com atau e-mel ke .(JavaScript must be enabled to view this email address)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, July 14, 2007

Dialog Novel untuk Difilemkan

Apabila saudara menulis novel yang mudah difilemkan ataupun dianimasikan, salah satu perkara yang perlu dijaga adalah dialog.

Ayat dialog dalam novel saudara mestilah mudah dilakonkan. Ayat dialog yang panjang-panjang tidak sesuai dilakonkan.

Contoh dialog yang sukar dilakonkan:

Mamat berkata kepada Budin, "Aku sudah lama menyimpan dendam pada Cikgu Misran sebab dulu dia pernah mengatakan aku pelajar yang takkan berjaya mencapai cita-citaku hendak menjadi jutawan. Aku akan buktikan kepadanya apa yang dikatakannya itu salah, biar padan muka dia, biar dia tahu bahawa aku sudah berjaya menjadi jutawan."

Pelakon yang melakonkan dialog itu akan tercungap-cungap, cuba mengucapkan ayat-ayat panjang itu dalam satu nafas.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, July 08, 2007

Dialog dan Monolog dalam Surah Yusuf

Dalam novel, ada dua jenis dialog - ada dialog dan ada monolog. Dalam surah Yusuf, 86% ayat-ayat dalam surah itu mengandungi dialog, manakala hanya 1 ayat yang mengandung 1 monolog.

Ayat 77: Mereka (abang-abang Nabi Yusuf) berkata, “Kalau dia (Bunyamin) mencuri, maka tidaklah pelik, kerana sesungguhnya saudara kandungnya (Yusuf) dahulu pernah juga mencuri.” (Mendengar kata-kata yang menyinggung itu) maka Yusuf pun menyembunyikan perasaannya, dan tidak menyatakan kepada mereka, sambil berkata dalam hati, "Kamulah yang lebih buruk keadaannya, dan Allah maha mengetahui akan apa yang kamu katakan itu.”

Salah satu manfaat dialog yang banyak adalah ia memudahkan novel dialihkan menjadi skrip TV ataupun skrip filem, ataupun dikomikkan. Manakala, monolog menyebabkan novel sukar dialihkan menjadi skrip.

Monolog terdiri daripada 2 jenis:

(1) Monolog yang merupakan dialog dalam hati, yakni watak bercakap kepada orang lain tetapi dialog itu tidak diucapkan dengan mulut.

Contoh dialog dalam dalam hati: Dalam hatinya, Mamat berkata, "Budin... Budin... Mengapalah kamu bodoh benar." Bayangkan bagaimanakah monolog ini dapat dilakonkan.

(2) Apabila watak berkata-kata kepada dirinya sendiri, itu adalah monolog juga.

Contoh dialog dengan diri sendiri: Dalam hatinya Mamat menyesali dirinya sendiri, "Sampai hati dia buat aku begini. Tidak mengapalah, Tuhan akan balas perbuatannya." Bayangkan bagaimanakah monolog ini dapat dilakonkan.

Monolog hanya dapat dibaca. Ia tidak dapat dilakonkan. Jadi, apabila saudara menulis buku cerita, ataupun novel, bagi tujuan dialihkan menjadi skrip TV ataupun filem, ataupun komik, monolog tidak sesuai.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, July 04, 2007

Apa Ada dalam Mobile TV

Kalau Tuan Syaizul Amal, Pengarah Eksekutif Metadome, sanggup datang mencemar duli ke bengkel PTS Ahad lalu, itu tandanya beliau mempunyai misi berat, yakni mencari bahan-bahan yang hanya dapat dibekalkan oleh penulis-penulis tempatan!

Kita menganjurkan semua penulis PTS datang mendengar taklimat yang beliau akan sampaikan nanti.

Skrin telefon amat kecil. Jadi tentu rancangan TV konvensional tidak sesuai untuk skrin mobile TV.

Apakah jenis-jenis konten yang sesuai dengan skrin kecil - itu kita mesti tanya Tuan Syaizul Amal sendiri nanti.

Apakah tip-tip bagaimana mahu hidup bahagia berpoligami sesuai dibekalkan kepada mobile TV? Apakah perlu pengarang buku Tip-tip Poligami masuk studio bagi menyampaikan sendiri tip-tip itu?

Apakah tip-tip daripada buku Aku Mahu Jadi Bos sesuai dengan mobile TV?

Apakah novel-novel PTS sesuai untuk mobile TV?

Kita juga ingin tahu, di negara-negara lain, apakah konten mobile TV di sana, dan bagaimanakah cara pembekal membekalkan konten ke stesen mobile TV. Dan bagaimanakan cara Metadome membayar konten yang dibekalkan nanti?

Jika saya tidak salah dengar, beliau juga bertanggungjawab mencari bahan-bahan untuk Channel Ansar. Disebabkan buku-buku PTS adalah syariah-compliant, bunyinya macam Channel Ansar dan PTS dapat menjalin permuafakatan pintar.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Cepat Hantar kepada Sifu Sinopsis Cerita Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji

Tuan Martias memberitahu supaya mentee-mentee semua mencipta jalan cerita yang bagus-bagus bagi tema hari raya, baik hari raya puasa mahupun hari raya haji.

Pasaran sedang sangat tercari-cari sinopsis yang bagus-bagus bagi musim hari raya!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Berapa Banyak Skrip Drama TV yang RTM Mahukan

Jika saudara mahu tahu berapa banyak skrip drama TV - baik skrip telemovie ataupun skrip siri drama berepisod, yang ditenderkan oleh RTM untuk musim hari raya akan datang, klik di sini.

Nota: Terima kasih kepada En. Abd. Rahman Hyder yang memberikan maklumat ini.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, July 02, 2007

Pesan Tuan Meor Shariman

Dipetik daripada nota beliau dalam komen:

Penulis-penulis baru harus sedar, pendapatan lumayan hanya akan diperolehi setelah usaha yang panjang.

Pada peringkat permulaan, anda mungkin dibayar sedikit tetapi harus ingat, ia berguna untuk mengangkat nama anda. Dengan kata lain, perlu banyak bersabar, jangan menyerah kalah dan teruskan berkarya.

Oh ya, konsep cerita serta bayaran setiap stesyen TV juga berlainan. Bayaran paling mahal diberi oleh RTM, diikuti oleh TV3 manakala stesyen-stesyen TV lain, termasuk Astro, memberi bayaran yang murah.

Sebagai contoh, untuk telemovie, RTM membayar RM5,000, TV3 membayar antara RM3,000 - RM4,000 manakala stesen lain membayar paling tinggi RM3,500. Itupun bergantung siapa penulis skrip dan kualiti skrip tersebut.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Unsur Kos dalam Sinopsis

Dalam bengkel Menulis Skrip Drama TV kelmarin, Tuan Martias mengingatkan peserta supaya mengambil kira unsur kos produksi apabila menulis sinopsis.

Penerbit drama TV mempunyai bajet yang kecil, sebab stesen TV tidak berani membayar mahal. Oleh itu perkara-perkara yang menaikkan kos penerbitan perlu dikurangkan.

Sebagai contoh:

(a) Penggambaran dalam rumah adalah lebih murah daripada penggambaran di luar rumah.

(b) Lokasi yang berhampiran dengan Lembah Kelang adalah lebih murah daripada lokasi yang lebih jauh.

(c) Menyewa prop seperti kereta ambulans, kren, kuda dan yang seperti itu adalah mahal.

(d) Merosakkan kereta untuk babak kemalangan adalah mahal.

(e) Semakin banyak watak dalam stori, semakin tinggi kos produksi.

Faktor-faktor seperti ini perlu diambil kira apabila memilih stori.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Bengkel Menulis Skrip - Fasa 2

Bagi Fasa 2, Tuan Martias akan melatih 10 orang sahaja menjadi mentee beliau.

Saudara yang serius mahu mencari penghidupan sebagai penulis skrip drama TV, jangan lepaskan peluang ini.

Mereka yang akan dipilih menjadi mentee beliau adalah mereka yang sudah mempunyai sinopsis yang sesuai dihantar kepada pengarah ataupun produser. Pengarah dan produser itu akan dipilih oleh Tuan Martias.

SifuPTS sangat menganjurkan saudara mula mengarang jalan cerita untuk tema hari raya.

Jangan karang 1 jalan cerita. Karang sekurang-kurangnya 5 jalan cerita. Biar Tuan Martias yang menilai jalan cerita mana yang mempunyai potensi diterima oleh pengarah dan produser.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(10) Diskusi Kuliah | Permalink

Stori Stori Stori

Dalam bengkel, dan semasa makan tengah hari, Tuan Martias dan En. Rahman Hyder berulang-ulang kali menyebutkan isu 'stori'.

Nampaknya, stori adalah faktor kritikal. Ertinya, apabila stori bagus, barulah ada harapan skrip diterima oleh syarikat penerbitan.

Hmm... dalam bidang penerbitan novel pun apa bezanya? Stori adalah faktor kritikal. Pasaran novel cinta merudum apabila peminat bosan dengan cerita-cerita yang serupa sahaja, kata mereka.

Kalau bukan 2 ekor serigala mengejar seekor kambing, pastilah ia cerita dua ekor kambing berebut seekor serigala.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(11) Diskusi Kuliah | Permalink

60 Scene untuk Sebuah Telemovie

Telemovie adalah drama TV panjang 90 minit. Menurut Tuan Martias, jumlah scene atau babak dalam sebuah telemovie adalah sekitar 60 scene.

Sifu pernah mengira jumlah episod (semacam scene) dalam surah Yusuf, dan didapati jumlah itu adalah 60. Ini kebetulan yang tidak disangka-sangka.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Kerjaya Sebagai Penulis Skrip

Tuan Martias membuka bengkelnya kelmarin dengan mengajak para peserta menjawab pertanyaan, "Apakah saudara mahu menjadikan aktiviti menulis skrip sebagai kerjaya sepenuh masa ataupun sebagai aktiviti sambilan."

Beliau sendiri sudah menjadi penulis skrip selama 17 tahun.

Menurut beliau, bayaran bagi skrip filem adalah lebih besar disebabkan bajet pembikinan filem memang lebih besar daripada bajet pembikinan drama TV. Penulis skrip filem boleh dibayar sehingga RM20 ribu.

Bayaran bagi menulis skrip drama TV adalah antara RM3 - RM4 ribu. Itupun tertakluk pada beberapa faktor.

Kelebihan menulis skrip drama TV adalah terdapat jenis drama yang terdiri daripada banyak episod.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Saiz Pasaran Skrip Drama TV

Bagi mengetahui saiz pasaran skrip drama TV, Tuan Martias berkata begini: Katakanlah setiap setesen TV menayangkan 2 drama Melayu sehari, 7 hari seminggu...

Jumlah saluran bagi drama Melayu adalah RTM1, RTM2, TV3 (tema ala-ala korporat), TV7 (tema ceria), TV8, TV9, Astro Ria, dan Astro Prima (tema ala-ala kampung).

Jadi saiz pasaran itu memang besar.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Pesan Tuan Martias

Sila beli surat khabar Berita Harian hari ini dan lihat senarai tender program yang tersenarai untuk bekalan ke RTM.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tulis Skrip Macam Kacang

Menurut Tuan Martias, menulis novel amat susah, manakala menulis skrip drama TV amat mudah. "Macam kacang!" kata beliau.

Barangkali memang betul kata-kata beliau itu sebab beliau sudah menovelkan skrip drama Anak Penarik Beca, dan novel itu sudah beliau terbitkan sendiri.

Sifu tamat membaca novel itu semalam sahaja. Selepas membacanya, memang betul, apabila kita sudah belajar teknik menulis skrip daripada mentor yang baik, maka menulis skrip adalah lebih mudah daripada menulis novel.

Anak Penarik Beca memenangi anugerah skrip drama TV terbaik, Anugerah Seri Angkasa 2006.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Sinopsis pun Sudah Dapat Buat Duit

Dalam bengkel Menulis Skrip TV kelmarin, Tuan Martias memberitahu bahawa sinopsis yang elok sudah dapat dijual kepada syarikat penerbit drama TV dengan nilai sekitar RM500.

Sinopsis itu nanti akan diserahkan kepada penulis skrip.

Ada di kalangan mentee Sifu yang bakatnya adalah mengarang cerita, maka dianjurkan mereka fokus kepada menghasilkan sinposis yang bagus-bagus.

Kata pepatah Melayu, yang pandai melapah, biar melapah; yang pandai merendang, biar merendang.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sifu Menyelaraskan Projek Skrip TV Penulis PTS

Ambil perhatian!

Beginilah cara kerja penulisan skrip drama TV oleh penulis-penulis PTS.

FASA 1: Sifu akan menghantar contoh sinopsis kepada Tuan Martias. Beliau akan memberi feedback sinopsis itu supaya dibaiki. Sinopsis yang sudah betul akan menjadi model.

FASA 2: Sinopsis model itu akan Sifu hantar kepada mentee-mentee supaya dijadikan model menulis sinopsis masing-masing. Sinopsis itu dihantar kepada Sifu supaya dibaca dulu. Kemudian Sifu hantar kepada Tuan Martias.

FASA 3: Tuan Martias akan mengadakan siri bengkel membimbing proses menuliskan skripnya. Setiap kumpulan 10 orang mentee maksimum.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Anak Penarik Beca: Dari Skrip Drama TV ke Novel

Selepas tamat bengkel Menulis Skrip TV Ahad 1 Jilai, Sifu membeli novel Anak Penarik Beca karya Tuan Martias Hj. Ali. Malam tadi terus membaca novel itu.

Bagi saudara yang mahu tahu apakah aspek-aspek dalam novel yang memudahkan ia dialihkan menjadi skrip drama, bacalah novel ini!

Sayangnya novel ini tidak dapat dibeli di kedai-kedai buku.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, June 28, 2007

Apa Itu Running Gag

Running gag ialah lawak yang berlaku secara berulang dalam sesuatu siri. Ia dipersembahkan dalam bentuk dialog, perlakuan atau visual.

Ada running gag yang tidak sengaja, ada juga yang sengaja dibuat oleh penulis...

Artikel yang menarik oleh Profesor Kecil Firdaus Ariff.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Belajar Menulis Skrip

Kepada semua penulis novel remaja dan dewasa PTS, belajar menulis skrip adalah pelaburan yang amat dianjurkan.

Saudara sudah mempunyai novel, baik terbitan PTS ONE mahupun PTS FORTUNA. Kedua-dua kategori ini sesuai dijadikan skrip TV.

Ambil semangat daripada tokoh seperti Sdr Meor Shariman, penulis siri Kembar Terpilih. Beliau menulis novel remaja dan juga terkenal sebagai penulis skrip filem.

Pendapatan daripada menulis skrip adalah baik. Banyak penulis skrip TV hidup sebagai penulis skrip sepenuh masa.

Barangkali, menulis novelnya adalah lebih susah daripada menulis skripnya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

RTM Mahukan Skrip Lengkap

Ini prosedur baru RTM: Mulai sekarang syarikat penerbit drama TV dikehendaki menghantar skrip lengkap kepada RTM bagi dinilai sama ada RTM mahukan skrip itu ataupun tidak.

Sebelum ini, RTM hanya memerlukan sinopsis sahaja. Apabila sinopsis diterima, barulah penerbit mengarahkan penulis skrip menuliskan skrip lengkapnya.

Pada teorinya cara kerja baru ini membolehkan RTM menilai skrip lengkap dan dengan itu tidak ada risiko RTM menerima drama berkualiti buruk. Ini teorinya.

Apakah teori ini terbukti benar, itu hanya dapat dilihat apabila dasar baru ini sudah dilaksanakan.

Kualiti drama yang disiarkan oleh RTM bergantung kepada banyak faktor. Skrip hanyalah salah satu daripada faktor-faktor itu. Bagaimana pula dengan kawalan ke atas faktor-faktor lain.

Cara kerja baru RTM ini membebankan syarikat penerbit sebab proses mendapatkan manuskrip lengkap menjadi lebih sukar dan lebih mahal.

Bagi para penulis skrip, cara kerja baru ini tidak mempunyai daya motivasi yang tinggi. Tanpa jaminan skrip lengkap itu diterima oleh RTM, pertama, apakah faktor yang hendak mendorong penulis skrip menuliskan skrip lengkapnya.

Kedua, apakah yang dapat mendorong penulis menyerahkan skrip lengkapnya kepada syarikat penerbitan melainkan harga skrip itu dibayar sepenuhnya semasa skrip itu diserahkan.

Bagi syarikat penerbit pula, ia terpaksa membayar harga penuh bagi skrip-skrip yang belum tentu RTM luluskan.

Katakanlah, sesebuah penerbit hendak melesen novel PTS Kisah Satu Impian oleh Haslisa Ramli bagi dijadikan siri telenovela 10 episod. Kos menyediakan skrip lengkap bagi 10 episod itu tentulah mahal, sedangkan tiada jaminan ia akan diterima oleh RTM.

Tuan Meor Shariman mencadangkan, bagi menurunkan kos, syarikat penerbit boleh menggaji penulis skrip sepenuh masa, dan menurut beliau, langkah ini sudah pun dilakukan oleh syarikat yang tidak putus-putus membekalkan drama kepada RTM.

Cadangan Tuan Meor itu dapat dilakukan oleh syarikat-syarikat besar sahaja. Dengan membayar gaji, kos mendapatkan skrip dapat diturunkan.

Bagaimana pula dengan kualiti skrip, dan kualiti drama yang dihasilkan. Apakah kualiti kerja seni daripada orang yang dibayar gaji akan meningkat.

Tidakkah dengan cara kerja baru RTM ini, ia semakin menggalakkan amalan penerbit cuba berpakat-pakat dengan individu-individu yang berkuasa menilai, memilih dan meluluskan skrip?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, June 27, 2007

Fiksyen Sejarah

Walau apa sekalipun genre sesuatu karya itu, peminatnya tetap ada, cuma besar ataupun kecil jumlahnya. Jika jumlah itu tidak cukup besar, penerbit tidak akan melabur ke dalam sektor itu.

Peminat buku sejarah memang ada. Peminat novel sejarah pun ada. Empat buah novel pahlawan Islam karya Abdul Latip Talib laku dengan baik sekali.

Peminat buku fiksyen sejarah pun ada. Jikalau tidak laku, para penerbit tidak akan menerbitkan genre itu. Penulis fiksyen sejarah paling ngetop saat ini adalah Faisal Tehrani.

Fiksyen sejarah adalah genre evergreen. Ia juga berpotensi dijadikan skrip TV dan dikomikkan.

 


 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuan Epol Memberi Penjelasan

Berikut penjelasan Tuan Epol kepada UNIKA:

Saya tertarik dengan perhatian yang saudara & saudari berikan berkaitan dengan skrip yang diperlukan. Untuk menjawab semua persoalan yang dikemukakan Saya mulakan dengan pengenalan Gong Klasik Sdn Bhd (GKSB). Satu syarikat induk yang memayungi beberapa syarikat penerbitan tv, album, pengurusan acara dan studio rakaman.

GKSB khususnya menjalankan penerbitan tv. Dahulunya adalah anak syarikat TV3. Pada 2001, berlaku perubahan pengurusan dan seterusnya menjalankan perniagaan dengan RTM.

Saya kagum dengan sikap yang ditonjolkan oleh saudara Jonos. Beliau mengambil langkah ke depan dengan cara bertanyakan kepada saya tentang perkara berbangkit.

Kita boleh berhati-hati dalam perkara ini tapi jangan sesekali prejudis. “Takde masa untuk menipu”. Nombor telefon telah diberi seharusnya telefonlah untuk mengetahui perkara sebenar, itu lebih baik bukan?

Saya hendak berkongsi sedikit pengetahuan dengan saudara & saudari semua. Sebelum ini sehinggalah 18/06/2007 proses penerbitan memerlukan penghantaran sinopsis tetapi kini RTM menetapkan bahawa setiap syarikat perlu sertakan skrip penuh.

Jika dilihat dari sudut positif situasi ini sebenarnya menyokong ‘INDUSTRI’ saudara dan saudari. Ini kerana syarikat perlu membuat perjanjian sama ada membayar penuh @ separuh @ deposit berdasarkan persetujuan saudara & syarikat.

MALAHAN KAMI SEBAGAI SYARIKAT TAKUT TERANIAYA SEKIRANYA SELEPAS PEMBAYARAN DIBUAT RTM TIDAK MENERIMA SKRIP SAUDARA DAN SAUDARI BERIKAN. Tolong jangan prejudis.

Untuk pengetahuan saudara dan saudari, GKSB adalah syarikat Kelas A yang digredkan oleh kementerian. Begitu jugalah halnya dengan syarikat-syarikat lain yang digredkan sebagai A, B dan C.

Justeru sebagai syarikat Kelas A tidak semudah itu untuk menipu. Lainlah yang datangnya dari individu yang tidak diketahui syarikat dan stesennya. Sebab itulah saya katakan saudara Jonos telah mengambil langkah ke depan untuk mengetahui sesuatu perkara!

Saudara April… anda benar! GKSB juga melalui syarikat Gong Production & Matahati adalah syarikat & studio rakaman. Antara artis kami satu ketika dahulu; Ruhil Amani, Aris Ariwatan, Roy, Kumpulan Kris, Medicine dll.

Benar inilah masanya untuk saudara dan saudari ke depan. Peluang terbuka sekarang. Tampil dan pelbagaikan genre dan perbanyakkan bilangan penulis skrip di Malaysia. TQ.

Tuan Epol,

Terima kasih kerana memberi maklumat yang sangat berguna kepada kita.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(10) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, June 26, 2007

Tahniah kepada Tuan Martias Mohd. Ali

Pada malam ini Tuan Martias Mohd Ali akan menerima anugerah sempena hari terbuka FINAS di mana skrip filem pendek beliau disenaraikan sebagai calon pemenang (cuma belum diberitahu pada kedudukan berapa).

Tahniah! Tahniah!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Setuju? Usul Sifu kepada Tuan Martias Mohd. Ali

Kepada mentee-mentee sekalian!

SifuPTS mengusulkan kepada Tuan Martias Mohd. Ali cadangan seperti berikut:

Tuan Martias menjadi mentor kepada penulis-penulis PTS di mana beliau akan mengajar dan membimbing mentee-mentee tentang format dan teknik yang betul menulis sinopsis cerita yang bakal dikemukakan kepada RTM.

Apabila RTM meluluskan sinopsis itu, Tuan Martias akan mengajar dan membimbing mentee-mentee teknik yang betul menulis skripnya.

Apabila skrip yang ditulis di bawah bimbingan Tuan Martias itu diterima oleh penerbit, mentee bersetuju membalas budi baik Tuan Martias sebagai mentor dengan berbagi honorarium 70 mentee - 15 mentor - 15 PTS.

Tuan Martias juga akan memilihkan penerbitnya, supaya risiko kemungkinan mentee ditipu penerbit jahat dapat dikurangkan.

Bagi saudara yang setuju dengan usul Sifu ini, tulis nama, hp dan emel.

Bagi yang tidak bersetuju, tulis rasional dan kemukakan cadangan balas yang lebih baik.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(17) Diskusi Kuliah | Permalink

Tender RTM: 200 jam program TV

Maklumat yang kita terima mengatakan RTM mengeluarkan tender bagi mendapatkan bekalan 200 jam rancangan TV. Sebahagian besar adalah bagi rancangan drama dan telenovela.

Syarikat-syarikat penerbit drama TV akan cuba mendapatkan berapa-berapa jam program bagi dibekalkan kepada RTM. Caranya adalah dengan mengemukakan sinopsis isi kandungan rancangan yang mereka akan bekalkan.

Selepas sinopsis itu diterima oleh RTM, barulah skrip mula ditulis. Itulah sebabnya kemahiran menulis sinopsis amat penting.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Nasib Penulis Skrip

Seorang nama besar di PTS (maklum sudah punya 4 novel) pernah mengalami nasib begini:

Sebuah penerbit drama TV menghubungi beliau dan meminta beliau menulis skrip drama sejarah bertajuk Si Bongkok Tanjung Puteri, dengan janji beliau akan dibayar sekian ribu, sekian ribu, apabila skrip itu sudah diterima.

Maka beliau pun menuliskan skrip itu lalu diserahkan kepada syarikat tersebut.

Maka ditunggulah ribu ribu yang dijanjikan, maka tidak datang juga.

Beberapa lama kemudian beliau mendapat maklumat syarikat itu gulung tikar. Tidak mengapalah. Yang mengejutkan adalah, syarikat itu telah menjual skrip tersebut kepada penerbit lain!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Hubaya-hubaya! Musim Tender Rancangan RTM Sudah Bermula

Kepada penulis-penulis PTS yang berminat mencari peluang dengan bekerjasama dengan syarikat penerbit rancangan TV, hubaya-hubaya.

Sejak Isnin 25hb Julai, semalam, RTM sudah mengeluarkan borang-borang tender kepada syarikat penerbit rancangan TV.

Baik beringat-ingat: Dalam apa jua sektor industri, ada pemain baik, ada pemain jahat.

Dalam chatbox UNIKA sudah ada pengunjung dengan nama samaran epol yang mencari skrip!

Apabila saudara dihubungi oleh mana-mana syarikat penerbit rancangan TV yang mahu menerbitkan karya saudara buat RTM, beritahu orang itu bahawa saudara sudah melantik PTS sebagai wakil sah saudara dalam semua urusan pemerdagangan karya saudara. Mereka mesti menghubungi PTS.

Perlantikan PTS sebagai wakil sah saudara adalah termaktub dalam dokumen perjanjian penerbitan yang saudara tandatangani.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, June 12, 2007

Surat dari Profesor Kecil Saya: Bagaimana Strategi Disney Masuk Pasaran India

Assalamualaikum, Pn. Sifu.

Moga dalam keadaan sihat sejahtera dan bisnes juga bertambah makmur.

Ayat-ayat seperti di atas sudah menjadi budaya mentee-mentee Puan. Bila kami saling berhubung ayat-ayat pemula sebegini menjadi motivasi juga!

Saya hendak kongsikan sesuatu yang saya baca dari Wall Street Journal edisi semalam. Terdapat satu artikel khas tentang bagaimana Disney hendak memasuki pasaran di India. Saya fikir ia sangat relevan dengan bisnes Puan.

Disney selama ini cuma mengasak pasaran India dengan produk-produk dari Barat tetapi kurang berjaya. Terlalu mahal, tidak diminati.

Masalah utama ialah masyarakat tidak dapat 'connect' dengan produk-produk Disney. Mungkin mereka belajar perkara ini daripada pengalaman mereka di China di mana pengunjung-pengunjung Disneyland Hong Kong tidak dapat 'connect' dengan watak-watak dan cerita di situ.

Kini, Disney akan bekerjasama dengan Yash Raj Films - produser filem-filem hit Bollywood itu.

Mereka mula mengadaptasi filem-filem Disney untuk disesuaikan dengan citarasa India. Contohnya 'High School Musical' versi US memaparkan sebuah pasukan bola keranjang. Versi Hindi akan ditukar kepada pasukan kriket. Ada logiknya kerana kriket adalah obsesi nasional di sana.

Merchandise juga diubah mengikut keperluan masyarakat India. Oleh kerana masyarakat kelas menengah semakin membesar dan mementingkan pendidikan maka mereka memilih untuk menjual alat-alat keperluan sekolah dahulu.

Beg sekolah di India adalah lebih besar dari versi US kerana sekolah India tiada locker, dan mereka menjual thermos sebagai ganti botol air biasa kerana banyak sekolah India tiada water cooler.

Disney juga memulakan produksi rancangan tempatan seperti "Dhoom Machaao Dhoom" iaitu kisah seorang remaja yang menemui kembali identiti India-nya selepas tinggal di Amerika. Juga ada siri "Vicky & Veetal" - kisah seorang budak dengan hantu baik. Di sini mereka mengambil kesempatan atas minat masyarakat terhadap perkara-perkara supernatural.

Reformulasi Disney Channel India juga telah berlaku di mana mereka 20%-40% kandungan tempatan. Tema baru juga telah dicipta iaitu "percaya diri, ekspresi diri, raikan keluarga anda".

Mereka juga telah mencipta genre "aspirational storytelling" - khusus untuk generasi baru yang mempunyai cita-cita yang lebih luas daripada ibu bapa mereka. Ini adalah genre yang sedang diusahakan PTS - maka mungkin PTS boleh eksport cerita-cerita ke India tidak lama lagi.

Sasaran Disney ialah pasaran luar US akan menyumbang 50% peratus perolehannya dalam masa terdekat ini. Mereka percaya kepada kuasa Asia maka tiada sebab mengapa kita tidak begitu. Saya juga perlu memastikan 'feel' Asia dalam projek novel itu kuat.

Oh ya, kalau hendak baca artikel penuh WSJ secara online Puan perlu bayar langganannya. Saya dapat baca pun sebab ada complimentary copy dari hotel yang mak saya bawa balik.

Saya memang suka baca WSJ, Newsweek, Times, Edge dan berita-berita ekonomi. Lepas itu, saya berangan-angan jadi owner syarikat-syarikat yang dipaparkan dalam itu! Haha.

Wassalam.

Muhammad Firdaus bin Ariff
Projek Trilogi Kristal

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, June 11, 2007

Menulis Novel yang Mudah Di-telenovela-kan

Novel-novel PTS wajib ditulis menggunakan teknik-teknik penulisan yang menjadikan novel-novel itu mudah dialihkan menjadi skrip animasi, skrip filem ataupun skrip TV.

Inilah sebabnya semua penulis kreatif PTS wajib hadir (a) kursus KJ Method dan (b) kursus teknik surah Yusuf.

Novel yang ditulis menggunakan KJ Method mudah dijadikan skrip filem sebab ia disusun berdasarkan episod-demi-episod, yakni peristiwa-demi-peristiwa.

Manakala gaya penceritaan yang menggunakan teknik-teknik surah Yusuf menjadikan novel itu mudah dijadikan skrip kerana jalan cerita dikembangkan menggunakan dialog dan action.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, June 10, 2007

Laporan Perjumpaan Sifu dengan AJK SWAM

Jam 3.30 petang hari Sabtu Sifu akan hadir dalam mesyuarat AJK SWAM. Pengerusi SWAM adalah Dato' Yusoff Haslam. Minta mentee-mentee semua menolong Sifunya dengan berdoa.

Laporan: Dalam perjumpaan itu PTS diwakili oleh Chairman PTS sendiri, Prof. Abdullah Hassan (Penasihat PTS), dan Sdr Mat Jan (dari PTS FORTUNA yang diamanahkan memikul tanggungjawab melaksanakan projek-projek dengan SWAM). Seramai 10 orang AJK SWAM hadir.

Dalam fasa pertama pertama PTS dan SWAM akan menerbitkan buku panduan belajar menulis skrip filem dan TV. Buku ini akan diterbitkan sebelum pesta filem 2008. Puan Sujiah Salleh dan Encik Akmal Anas ditugaskan bekerjasama dengan Sdr. Mat Jan melaksanakan projek ini.

Sementara itu Sdr. Mat Jan akan menjalin hubungan kerja dan bisnes dengan orang-orang penting SWAM bagi agenda pelesenan karya-karya penulis PTS bagi tujuan difilemkan, ditelenovelakan dan dianimasikan. Sewaktu perkara ini saya sebutkan dalam perbincangan itu, AJK SWAM menunjukkan minat yang tinggi. Syukur.

Pulang dari majlis perbincangan itu, suatu perkara yang impres saya adalah, wajah-wajah penulis skrip dalam AJK itu ceria-ceria belaka, tidak ada saya dengar ratapan dan keluhan, banyak gurauan dan gelak ketawa, dan masing-masing bercakap tentang kesibukan mereka dengan jadual skrip-skrip yang mereka terpaksa siapkan sebab shooting sudah bermula.

Jadi, alangkah baiknya penulis-penulis novel PTS belajar menulis skrip bagi karya masing-masing nanti.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, June 01, 2007

SWAM Undang Sifu Berbincang

Pada hari Sabtu 9 Jun 2007, SWAM mengundang Sifu mewakili PTS, agi berjumpa dan berbincang dengan semua ahli jawatankuasanya berkenaan rancangan kerjasama antara SWAM dan PTS.

SWAM adalah singkatan Script Writers Asscociation of Malaysia (Persatuan Penulis Skrip Malaysia). Presiden SWAM adalah Dato' Yusoff Haslam.

Pertemuan ini adalah lanjutan pertemuan pertama antara kita dengan Dato' Yusoff Haslam beberapa waktu yang lalu. Inilah kali pertama kita akan berjumpa dengan seluruh AJK SWAM.

Agenda terpenting PTS adalah bagi membolehkan novel-novel PTS diterbitkan sebagai filem dan drama TV.

Mesyuarat akan diadakan di pejabat ASWARA.

Ada sesiapa boleh lukiskan peta ke ASWARA?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, March 18, 2007

Lagi Catatan Perbualan dengan Datuk Yusof Haslam

Sangat banyak maklumat yang kita peroleh daripada perbincangan dengan Presiden SWAM ini. Pada mulanya kita ragu mengapa Datuk Yusof Haslam menubuhkan dan memimpin Persatuan Penulis Skrip Malaysia kerana beliau lebih dikenali sebagai penerbit dan pelakon.

Rupa-rupanya beliau memang penulis skrip. Siri polis GERAK KHAS sahaja sudah 8 tahun lebih ditayangkan dengan 400 lebih episod. Menurut beliau lebih 80% skrip Gerak Khas adalah hasil tulisan beliau.

Beliau memberitahu, di Malaysia, banyak penerbit adalah juga pengarah. Justeru, merekalah yang memilih skrip dan mengarahkan pembikinan skrip itu.

Datuk Yusof Haslam memberitahu, calon-calon penulis skrip perlu maklum bahawa masing-masing pengarah mempunyai kepakaran dan kesukaan masing-masing dalam memilih jenis skrip. Jadi, penulis jangan main hantar sahaja skripnya ke mana-mana penerbit ataupun pengarah filem.

Sebagai contoh, beliau sendiri boleh dan suka mengarahkan drama-drama 'action' seperti siri polis dan tentera. Drama action adalah kekuatan beliau. Jadi, hantar kepada beliau skrip action, jangan hantar kepada beliau skrip drama cinta.

Razak Mydin pula boleh dan suka mengarahkan drama-drama komedi Nana Tanjung, jadi hantar kepada beliau skrip tema Nana Tanjung, jangan hantar skrip drama berat.

Hmm... kepada siapa, ya, skrip-skrip drama jibunsyi patut kuhantar?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(15) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 2 pages  1 2 >