Tuesday, August 19, 2008

Potongan Royalti Naskhah Percuma: Bagaimana Penerbit Menipu Penulis

Cuba saudara baca huruf-huruf halus yang tercetak dalam dokumen perjanjian penerbitan yang saudara tandatangani.

Berapakah jumlah naskhah buku saudara yang dipotong bagi tujuan promosi? 10 naskhah? 50 naskhah? 100 naskhah? 200 naskhah? 300 naskhah?

Ada penerbit tidak memberitahu penulis secara lisan bahawa sekian banyak bukunya dipotong bagi jumlah promosi. Jumlah itu terus ditulis dalam dokumen perjanjian penerbitan. Jika penulis tidak membaca satu persatu klausa-klausa dalam dokumen perjanjian itu, maka penulis tidak tahu.

Banyak penulis pula tidak ambil pusing hendak mengetahui apa yang dicetak dalam dokumen yang mereka tandatangani.

Ada penerbit memotong sehingga 300 naskhah. Bagi 300 naskhah itu, saudara tidak dibayar royaltinya atas alasan buku-buku itu diberikan percuma kepada orang-orang yang dapat meningkatkan jualan buku saudara itu.

Apakah betul sebanyak 300 naskhah buku saudara telah digunakan bagi tujuan promosi? Kepada siapakah buku sebanyak itu diberikan percuma?  

Di PTS, jumlah yang diberikan percuma purata antara 20 - 30 naskhah sahaja. Buku-buku percuma diberikan kepada:

(i) Wartawan yang menjaga kolum resensi buku.

(ii) Editor majalah.

(iii) Penerbit TV dan radio.

(iv) Pensyarah yang mengajar subjek buku. 

(v) Pengulas buku.

(vi) Penulis artikel tentang personaliti penulis.

(vii) Blogger yang blognya khusus tentang dunia buku.

(ix) VIP dalam kementerian yang relevan dengan buku. 

(x) Penerbit-penerbit Indonesia yang mungkin berminat melesen buku PTS.

(xi) Penulis kertas kerja bagi pelbagai seminar dan persidangan.

(xii) Pemenang hadiah bagi pelbagai program anjuran kementerian, majalah, radio, TV, akhbar dan persatuan NGO.

(xiii) Lain-lain individu yang dapat menaikkan jualan buku. 

Di PTS, apabila saudara menerima laporan kira-kira royalti saudara, angka tepat buku yang diberikan percuma sebagai bahan promosi akan dituliskan sebagai item 'PEMBAHAGIAN PERCUMA'. Jika hanya 24 naskhah diberikan percuma, maka royalti tidak dibayar bagi jumlah 24 naskhah itu sahaja.

Lain pula halnya dengan sesetengah penerbit. Mungkin angka sebenar buku yang diberikan percuma hanya 10 naskhah, tetapi royalti yang dipotong tetap berdasarkan 300 naskhah. 

Ambil perhatian bahawa penerbit memang mempunyai banyak cara menipu penulis, jadi saudara mesti berhati-hati apabila memilih penerbit. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, July 25, 2008

Tip Survival Penerbit: Gunakan Sistem Royalti Sebagai Alat Kerja Bisnes

Bagi penulis, bayaran royalti yang diterima adalah pulangan hasil penat lelah menulis bukunya. Bagi penerbit tradisional, wang royalti yang dibayar kepada penulis adalah keuntungan yang terpaksa dikongsi dengan penulis.

Namun, bagi penerbit era baru, sistem royalti adalah alat kerja yang digunapakai bagi mencapai beberapa objektif bisnesnya:

(1) Bagi mendorong penulis menghasilkan manuskrip buku yang baik, yang tahan lama dalam pasaran, dan yang mudah dijual. Apabila jualan buku itu tinggi, maka pendapatan penulis daripada royaltinya juga naik tinggi. Pendapatan penerbit juga naik.

(2) Bagi menggalakkan penulis menyemak isi kandungan bukunya dan mengemaskinikannya sesuai dengan keadaan semasa, supaya buku itu dapat terus diterbitkan berkali-kali sebagai edisi ke-2, ke-3 dan seterusnya.

Apabila hayat buku itu panjang maka penulis dapat memanjangkan tempoh pendapatan royaltinya. Pendapatan penerbit daripada buku itu juga bertambah panjang.

(3) Bagi menggalakkan penulis ikut serta secara aktif dalam program dan aktiviti promosi bukunya, sebab apabila buku itu dipromosi oleh penulisnya sendiri, jualan akan naik, dengan demikian jumlah royalti si penulis juga ikut naik. Pendapatan penerbit juga naik.

Itulah sebabnya penerbit era baru tidak suka membeli hakcipta buku-buku yang diterbitkannya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, July 23, 2008

Buku Kecil Royalti Besar

Banyak common sense yang betul, tetapi tidak kurang pula common sense yang sebenarnya salah, disebabkan akal biasa tidak semestinya betul.

Logik akal biasa mengatakan, ganjaran adalah commensurate dengan kesukaran kerja. Justeru ramai orang yakin projek besar membawa keuntungan lebih besar daripada projek-projek kecil.

Begitu juga, ramai orang percaya kerja-kerja yang teruk menerima perolehan lebih besar daripada kerja yang ringan.

Dalam dunia buku, ada buku yang besar dan yang sukar dihasilkan, yang membawa pulangan besar. Sebagai contoh buku Kamus Dewan adalah sebuah projek besar dan ia adalah buku terbitan DBP yang paling menguntungkan.

Saya juga mempunyai buku jenis ini. Kamus-kamus peribahasa saya menelan kos RM27 ribu, 6 orang pembantu, dan 3 tahun bagi mengumpulkan dan menyusunnya. Ia juga merupakan buku saya yang paling menguntungkan sehingga hari ini.

Tetapi banyak buku-buku kecil dan yang mudah ditulis dapat menghasilkan perolehan yang melebihi kos penulisannya. Buku itu mungkin ditulis dalam masa 3 minggu sahaja, tetapi ia laku keras dan evergreen pula.

Buku-buku doa dan panduan ibadat harian adalah contoh yang baik. Begitu juga buku-buku cerita untuk bacaan kanak-kanak dan remaja.

Royalti buku-buku kecil memang kecil disebabkan harganya yang murah, tetapi buku-buku itu evergreen dan pasarannya luas. Justeru apabila dihimpunkan, jumlah royaltinya dapat menjadi besar, malah mungkin jauh lebih besar daripada royalti buku-buku besar yang susah menulisnya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, July 21, 2008

Pesanan dari Chairman PTS: Tangguhkan Kepuasan

Apabila saudara menjadi penulis PTS, apabila buku saudara masih terus dicetak dan dijual, insya Allah, setiap tahun saudara akan menerima royalti dan honorarium.

Bagi penulis yang julung kali menerima cek royalti, saudara perlu belajar cara yang betul mengurus wang saudara, supaya hidup saudara menjadi tambah selesa dengan adanya rezeki tambahan itu.

Pertama-tama jangan gelap mata apabila menerima cek royalti.

Orang yang gelap mata apabila nampak duit tidak bertambah senang hidupnya walaupun pendapatannya bertambah. Malah semakin banyak wang masuk, semakin susah hidupnya, sebab semakin banyak hutangnya.

Banyak artis dunia hiburan menerima nasib di mana semakin mereka tua semakin susah hidup mereka.

Kaum penulis pun ada yang nasibnya begitu. Mereka tua dalam keadaan susah bukan kerana mereka tidak mempunyai wang. Mereka susah disebabkan mereka tidak mempunyai keupayaan menangguhkan kepuasan. Belum dapat wang, sudah ada rancangan apa yang mahu dibeli dengan wang yang belum ada itu!

Serupalah dengan sesetengah orang makan gaji. Bonus belum dapat, mereka sudah siapkan rancangan bagaimana bonus itu mahu dibelanjakan.

Belajar menangguhkan kepuasan. Jangan gelap mata apabila menerima cek royalti.

Keupayaan menangguhkan kepuasan adalah ciri individu yang semakin hari semakin berharta.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, July 20, 2008

Menulis Sastera Remaja: Pilih Tema Evergreen bagi Memperoleh Royalti Berpanjangan

Apabila saudara menulis buku-buku cerita untuk bacaan remaja dan kanak-kanak, salah satu perkara yang mempengaruhi hayat pasaran buku saudara adalah tema dan persoalan dalam cerita.

Tema dan persoalan yang baik adalah:

1. Tema itu tahan sepanjang zaman.

Bagi sesetengah tema cerita, hayatnya adalah sepanjang zaman, sesetengah tema tidak. Tema dan persoalan dalam kisah Nabi Yusuf adalah contoh tema yang hayatnya sepanjang zaman.

Buku cerita jenis ini dapat dijual dalam tempoh waktu yang lama. Malah ia boleh bertahan dalam pasaran sehingga menjadi klasik. Tema jenis ini membolehkan buku cerita saudara itu laku dijual berpuluh-puluh tahun.

Tema cerita dalam Hikayat Hang Tuah juga mempunyai hayat sepanjang zaman. Sehingga hari ini buku hikayat itu masih dicetak dan dijual.

Begitu juga tema cerita dalam novel "Di Bawah Lindungan Kaabah", "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck", "Siti Nurbaya" dan "Salah Asuhan". Tema-tema dalam buku-buku itu masih dapat dinikmati sehingga hari ini walaupun ia mula-mula terbit 40 tahun yang lalu.

Tema cerita-cerita Pak Pandir, Bawang Putih Bawang Merah dan Si Tanggang juga mempunyai hayat sepanjang zaman. Sehingga hari ini cerita-cerita itu masih ditulis semula oleh ramai pengarang dan diterbitkan berkali-kali.

Sebaliknya, sesetengah cerita temanya trendi. Sebagai contoh, tema cerita kejayaan seorang remaja perempuan menubuhkan pasukan futsal yang menjadi juara adalah tema trendi, sebab sukan itu sukan trendi. Apabila sukan futsal sudah hilang glamournya, maka buku itu pun tamat hayat pasarannya.

Sesetengah cerita bertemakan teknologi kontemporari yang singkat usianya. Sebagai contoh cerita yang seputar pc, disket, CD, handphone, sms, mms, emel, blog dan lain-lain. Tema seperti ini cepat menjadi out-of-date, yakni ketinggalan zaman.

2. Tema cerita itu menarik kepada semua golongan.

Sesetengah tema cerita hanya disukai oleh satu kelompok pembaca, manakala kebanyakan pembaca lain tidak suka. Ini mengecilkan pasaran buku saudara itu, ertinya jualan dan royalti saudara juga akan terkesan.

Tema yang disukai oleh baik remaja lelaki mahupun remaja perempuan adalah tema yang besar pasarannya. Tema dan cerita siri Harry Potter adalah contoh tema jenis ini.

Sebaliknya, cerita berkenaan seorang budak lelaki yang pandai bermain chess hanya diminati oleh mereka yang sukakan permainan chess kerana hanya mereka yang dapat mengaitkan diri mereka dengan cerita itu.

Sesetengah tema hanya diminati oleh kanak-kanak perempuan. Cerita tentang nasib malang yang menimpa seorang budak perempuan yang suka melawa dan perasan dirinya lawa hanya diminati oleh budak-budak perempuan manakala budak lelaki tidak suka.

Sesetengah tema juga mempunyai kelompok peminat yang terbatas. Tema cinta pandang pertama, tema cinta teraniaya, tema cinta palsu dan seumpamanya, hanya diminati oleh pembaca perempuan.

Sesetengah tema hanya diminati oleh remaja bandar dan remaja anak orang-orang berada. Sebagai contoh, tema budaya birthday parti, play station, cinta internet, holiday ke luar negara, bunga valentine, picnic keluarga, dan lain-lain gaya hidup kota besar, tidak diminati oleh remaja luar bandar. Buku jenis ini tidak dapat dipasarkan di luar bandar-bandar besar.

3. Tema itu bukan hanya menarik bagi sesuatu kaum sahaja.

Sesetengah tema cerita hanya menarik kepada orang Malaysia sahaja. Ini menyebabkan cerita itu tidak sesuai diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa lain ataupun diekspot ke negara lain.

Tema cerita tentang masalah identiti seorang anak perempuan Cina yang diangkat oleh keluarga India, sebab kulitnya yang putih dan matanya yang sepet sedangkan namanya Parameswary, tidak sesuai diterjemahkan ke dalam bahasa Thai ataupun bahasa Vietnam sebab kes seperti itu tidak berlaku di sana.

Tema sepasang remaja Melayu kena tangkap khalwat di tepi pantai waktu malam, kemudian dipaksa kahwin, memang tidak dapat diterjemahkan dan diekspot ke mana-mana disebabkan tema cerita itu amat lokal.

Apabila saudara mahu buku saudara diekspot ke Indonesia, Thailand, Vietnam dan Kampuchea, maka tema cerita saudara perlu memiliki ciri-ciri yang dapat diidentifikasi oleh pembaca di negara-negara itu.

Bisnes syarikat penerbitan saudara bergantung kepada apa kandungan buku-buku yang saudara tulis. Jika buku saudara mempunyai hayat pasaran yang panjang, maka ia amat baik bagi bisnes penerbit saudara.

Apabila perniagaan penerbit saudara bagus dan berkembang sihat, ini bermakna nasib buku-buku saudara juga ikut berkembang sihat. Apabila buku-buku yang diterbitkan oleh penerbit saudara cepat tamat tempoh lakunya, syarikat itu tidak dapat bertahan lama, ia akan gulung tikar.

Inilah salah satu faktor penting yang diambil kira oleh mana-mana penerbit sewaktu menilai sama ada mahu menerbitkan buku saudara ataupun tidak.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, July 14, 2008

Membeli Hakcipta Novel Secara Kreatif

Penerbit buku-buku agama tradisional lazimnya membeli manuskrip dengan membayar kontan 1 kali sahaja kepada pengarang. Jadi si pengarang dibayar RM2000 ataupun RM3000 sekaligus. Habis di situ. Sampai bila-bila si pengarang tidak akan menerima apa-apa lagi bayaran.

Pada masa ini para pengarang novel tidaklah se-naif penulis buku-buku agama, sebab ramai pengarang novel memiliki ijazah.

Jadi ada penerbit dapat mengabui mata penulis novel popular dengan menawarkan bayaran pembelian hakcipta karya secara royalti.

Idea yang digunakan oleh penerbit itu adalah kreatif, tetapi ia memberi gambaran palsu kepada si pengarang tentang status sebenar kedudukan hakcipta karyanya.

Banyak penulis tidak peduli hendak membaca dengan hati-hati dokumen perjanjian yang ditandatanganinya. Mereka main percaya bulat-bulat kepada baik hati si penerbit.

Salah satu mitos tentang royalti adalah: Kalau pengarang dibayar royalti, itu bermakna si pengarang kekal memiliki hakcipta bukunya. Tidak, tidak semestinya begitu.

Ada sebuah penerbit novel, yang dalam salah satu klausa pada dokumen perjanjian penerbitannya, membawa implikasi legal seperti di bawah:

(i) Pengarang bersetuju memindahkan (baca, menjual) hakmilik novelnya kepada si penerbit, dan penerbit setuju membayar royalti kepada si pengarang.

(ii) Pengarang setuju dia tidak boleh menarik balik novelnya daripada penerbit itu dan menyerahkannya kepada penerbit lain, buat selama-lamanya.

Soal jual-beli hakcipta dan modus pembayaran jual-beli itu adalah 2 perkara yang berbeza. Dalam kes penerbit di atas, dia sudah membeli hakcipta si pengarang novel-novel yang diterbitkannya itu, cuma cara dia membayar pembelian itu adalah dengan royalti.

Apabila hakcipta sesebuah buku itu sudah dibeli, maka penulis tidak mempunyai apa-apa hak lagi ke atas bukunya, melainkan hak moral sahaja. 

Jika bukunya dijadikan skrip filem, dia tidak berhak menerima royalti ataupun honorarium lagi. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, July 13, 2008

Bagaimana Royalti Dikira

Tiap-tiap penerbit mempunyai prosedur dan formula mereka sendiri bagaimana dan bila royalti dikira dan cek royalti dihantar kepada penulis.

Penerbit yang menerbitkan novel lazimnya mempunyai formula yang kurang rumit disebabkan penulis novel hanya seorang. Tetapi penerbit buku-buku akademik dan profesional lebih kompleks formulanya.

Buku-buku akademik selalu ditulis oleh lebih daripada satu orang. Ada kalanya sampai berbelas-belas orang. Jadi royalti dikira mengikut formula yang sudah dipersetujui oleh semua pengarang dalam buku itu.

Hakcipta bagi sesuatu buku itu juga mungkin dikongsi oleh beberapa orang. Sebagai contoh, hak cipta teks dipegang oleh satu orang. Hakcipta ilustrasi dipegang oleh orang lain. Hakcipta layout dan perwajahan buku lazimnya dipegang oleh penerbit.

Kalendar perkiraan royalti bagi tiap-tiap penerbit ditentukan oleh pengurusan syarikat. Ada penerbit mula mengira royalti pada bulan April, ada yang pada bulan Jun dan begitulah seterusnya.

Bagi penerbit besar, perkiraan royalti dibuat selepas dilakukan proses pengauditan dan kiraan stok. Ini bagi memastikan maklumat akaun syarikat sentiasa dalam keadaan betul dan kemas.

Apabila saudara menerima cek royalti saudara, bersama-sama cek itu akan disertakan laporan prestasi jualan buku saudara secara terperinci bagi tiap-tiap judul buku saudara. Dalam laporan itu juga akan disebutkan hutang-piutang saudara dengan penerbit, jika ada.

Kalau saudara tidak puas hati, ataupun kurang faham sewaktu membaca laporan itu, saudara patut menghubungi bahagian kewangan dan bercakap dengan pegawai yang menyediakan akaun laporan itu. Di PTS pegawai itu adalah Cik Norizah Wahid.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, July 11, 2008

Membayar Royalti adalah Bisnes Yang Mahal

Apabila saudara hendak menjadi penerbit buku, saudara terpaksa membuat pilihan:

(1) Membeli hakcipta

Apabila saudara membeli hakcipta, saudara perlu membayar tunai harga yang ditawarkan oleh penulis. Saudara hanya membayar sekali sahaja. Sampai bila-bila saudara tidak perlu membayar apa-apa lagi kepada penulis manuskrip yang saudara beli itu.

Para penerbit buku agama (baca, penerbit Mamak) di negara kita mengamalkan cara ini. Cara ini amat popular disebabkan modal berniaga cara ini adalah lebih murah, manakala margin keuntungannya lebih tinggi.

(2) Tidak membeli hakcipta

Apabila saudara tidak membeli hakcipta, saudara perlu membayar royalti buku itu setiap tahun, selama buku itu masih saudara jual.

Cara ini hanya diamalkan oleh penerbit-penerbit besar yang kredibel, yang mengamalkan budaya pengurusan gaya korporat, dan yang menghormati harta intelek para penulisnya.

Bisnes penerbitan dengan cara membayar royalti kepada penulis adalah lebih mahal. Sebagai contoh, bagi tahun 2008, PTS membayar royalti lebih RM1,013,848.43 en kepada penulis-penulisnya.

Bagi tahun yang sama, kita menganggarkan, penerbit agama yang sama besar nilai jualannya dengan PTS membelanjakan tidak sampai RM100 ribu bagi membeli hakcipta.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, February 13, 2008

Cara Mengurangkan Cukai Pendapatan ke atas Royalti

Sewaktu Dato' Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan menteri kewangan, beliau memberikan tax-break sebanyak RM24 ribu setahun ke atas royalti dan honorarium daripada hasil jualan buku dan penerbitan artikel yang ditulis dalam Bahasa Melayu. Bagi honorarium dan upah terjemahan ke dalam Bahasa Melayu jumlahnya adalah RM12 ribu setahun.

Banyak penulis PTS menerima royalti lebih daripada RM24 ribu setahun. Ertinya cukai pendapatan mesti dibayar bagi jumlah selebihnya. Jika royalti saudara RM25 ribu, maka cukai mesti dibayar ke atas RM1 ribu.

Apabila saudara menghantar borang taksiran cukai, kepilkan semua resit pembelian item-item yang saudara gunakan sebagai modal berkarya, seperti:

(i) Resit membeli alat-alat komputer seperti laptop, scanner, sofwer, kamera, pen, pensil, dakwat printer, kertas cetak, lampu tulis dan seumpamanya. 

(ii) Resit bil internet, resit memfotokopi, resit cuci gambar, resit repair komputer.

(iii) Resit membeli buku, majalah, akhbar, jurnal.

(iV) Resit membeli meja tulis, lampu tulis, rak buku dan seumpamanya.

(v) Jika semasa menulis buku itu saudara terpaksa menjalankan kajian di tempat yang jauh, kepilkan resit penginapan di hotel, tiket kapal terbang, feri, bas dan lain-lain perbelanjaan. 

(vi) Jika saudara terpaksa menyewa peralatan, tunjukkan bil-bil menyewa motosikal, sampan, trak, helikopter, dan seumpamanya.

(vii) Jika saudara terpaksa membayar upah kepada drebar, jurutaip, informan, jurufoto, ilustrator, dan seumpamanya. Kepilkan surat akuan terima upah yang ditrandatangani oleh orang-orang yang saudara bayar upah itu.

Pegawai di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mempertimbangkan semua dokumen itu semasa membuat taksiran. Saudara ceritakan sahaja kepada pegawai itu mengapa tanpa barang-barang tersebut, ataupun tanpa mengupah Tok Batin, dukun, pemain kompang, saudara tidak dapat mencari bahan-bahan yang dituliskan dalam karya saudara.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, February 11, 2008

Cukai Royalti dan Honorarium Penulisan dalam Bahasa Melayu

Semasa Dato' Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan menteri kewangan dahulu, atas permintaan persatuan-persatuan penulis, beliau bersetuju memberi galakan kepada aktiviti berkarya dan menterjemah buku-buku ke dalam Bahasa Melayu, dengan tidak mengenakan cukai:

(1) Royalti buku dan honorarium makalah dalam Bahasa Melayu di bawah RM24,000.

(2) Royalti ataupun upah menterjemah karya ke dalam Bahasa Melayu di bawah RM12,000. 

Kita mengenang budi beliau.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, December 25, 2007

Nasib Penulis: Bisnes Buku Buluh Kasap

Entri ini ditulis khusus buat penulis yang baru menerbitkan bukunya dengan PTS, jangan sampai melakukan kesilapan yang pernah dilakukan oleh seorang penulis PTS yang lebih senior.

PTS memberikan 35% diskaun kepada penulis-penulis PTS apabila membeli mana-mana buku terbitan PTS di bangunan setor PTS di Batu Caves. Tawaran begini hanya diberikan oleh PTS sahaja. Ia adalah salah satu 'loyalty program' PTS bagi menambat kesetiaan penulis-penulisnya. Di PTS, penulis dibenarkan membeli bukunya secara hutang.

Tawaran begini menyebabkan ada penulis yang membeli banyak bukunya sendiri dengan rancangan hendak menjualnya sendiri.  Kemudian buku-buku itu dijual kepada rakan kenalannya yang "tidak bawa duit" pada hari itu....

Apa yang berlaku seterusnya, kita sudah tahu: Penulis itu tidak dapat mengutip hutang!

Bagi PTS, jika penulis tidak dapat mengutip hutang, oleh itu tidak dapat membayar hutangnya kepada PTS, no problem, Cik Faraliza yang memegang buku kira-kira PTS akan memotong hutang itu daripada jumlah royalti yang sepatutnya dibayar kepada penulis.... Habis cerita!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, October 06, 2007

Isu Hakcipta dan Royalti: Penulis Skrip Lawan Penerbit Rancangan TV di Hollywood

Baca berita dalam BBC ini berkenaan perang antara penulis skrip rancangan TV dengan penerbit rancangan TV di Hollywood.

Penulis-penulis skrip TV tidak puas hati disebabkan apabila rancangan TV itu disiarkan dalam media selain TV, sebagai contoh dalam internet, dalam konten mobile, dalam DVD dan lain-lain, mereka tidak mendapat apa-apa bayaran tambahan. 

Ibaratnya... katakanlah begini: Kalau dalam kes penerbit buku, penulis cuma mendapat royalti daripada edisi buku. Apabila buku itu dijadikan skrip drama TV, ataupun dijadikan konten mobile, pengarang tidak mendapat apa-apa royalti tambahan.

Begitulah nasib penulis-penulis skrip rancangan TV di Hollywood. Di Malaysia pun, keadaannya begitu juga. Penulis skrip TV dan filem di negara ini hanya dibayar sekali sahaja. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, September 23, 2007

Buku Besar, Buku Kecil

Lazimnya orang menyangka, wang besar ada pada projek-projek besar, manakala wang kecil ada pada projek-projek kecil. Dalam realiti, dalam projek-projek kecil pun banyak wang besar.

Dalam dunia penulisan pun demikian juga. Ada wang besar dalam buku besar, ada wang besar dalam buku-buku kecil.

Buku-buku besar hanya dapat dihasilkan apabila saudara mempunyai bakat penulisan yang besar. Buku besar lebih susah hendak dijual dan dipasarkan.

Salah satu faktor yang menyebabkan sesetengah individu yang bercita-cita besar gagal mencapai cita-citanya adalah disebabkan dia hanya mahu menghasilkan kerja-kerja besar sahaja. Kalau tidak besar, dia tidak mahu buat.

Apabila dia gagal menghasilkan karya besarnya itu, dia mencipta berbagai alasan bagi membela kegagalannya. Konon researchnya belum siaplah, dia perlu membaca lebih banyak bukulah, dia perlu edit bahasanyalah....

Jika saudara baru belajar berkarya, mulakan dengan projek menulis buku-buku kecil. Buku-buku kecil lebih mudah dihasilkan, lebih cepat disiapkan dan lebih mudah dijual.

Dengan menulis 10 buku kecil, saudara boleh mendapat jumlah royalti yang lebih banyak daripada sebuah buku besar.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, September 13, 2007

Gaduh-gaduh Pelukis Cover Buku: Menang 5 sen, Kalah 5 ringgit

Melukis cover buku tidak menghasilkan harta intelek kepada pelukis sebab, (i) cover dibayar sekali sahaja dan (ii) desain cover tidak evergreen, malah hayatnya sangat pendek.

Pelukis jangan terperanagkap dalam isu siapa yang mendapat kerja melukis desain cover buku sebab duitnya amat kecil, dan dibayar sekali sahaja. Kerja melukis cover buku ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Biar sebesar mana bakat seseorang pelukis, dia tidak dapat hidup selesa dengan mencari makan dengan melukis desain cover buku.

Fikirkan konten.

Cipta konten.

Lukis konten.

Konten adalah harta intelek.

Bandingkan antara bayaran untuk sekeping cover dengan potensi nilai royalti sebuah konten yang evergreen.

Ikut langkah Tuan Nuriazam yang sudah mula mencipta konten. Ikut langkah Tuan Alif, yang sudah lama mencipta konten. Tuan Faisal Nordin pun sudah mula mencipta kontennya sendiri.

Jadikan kerja melukis cover dan ilustrasi yang dibayar eceran itu sebagai sumber pendapatan sampingan sahaja.

Pelukis-pelukis animasi Malaysia yang terlibat dengan projek hebat studio-studio luar negara itu dibayar eceran. Ada kerja, ada duit. Tidak ada kerja, tidak ada duit.

Mekipun mereka menghasilkan lukisan yang berkualiti dunia, tetapi IPnya tetap milik studio-studio luar negara itu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, September 07, 2007

Penulis Buku Agama Berupaya Menerima Royalti Lebih Mewah daripada Penulis Novel Cinta

Pada masa ini orang ramai mendapat gambaran hanya penulis novel cinta mampu menikmati royalti besar. Gambaran ini tidak tepat.

Sebenarnya penulis buku-buku agama menerima royalti yang lebih lumayan berbanding dengan penulis novel cinta.

Ambil contoh buku ini. Dalam masa 5 bulan sahaja buku ini sudah terjual 13,000 naskhah.

Dengan harga RM26.00 senaskhah, jika royalti buku ini RM2.00 bagi setiap naskhah, royaltinya sudah RM26,000.

Tidak seperti novel cinta, buku agama tidak pernah "out-of-date". Justeru, ramalan konservatif kita mengatakan buku ini dapat dijual minimun 10,000 naskhah setiap tahun selama bertahun-tahun. InsyaAllah, dalam tempoh 5 tahun, royalti terkumpul buku ini mencecah RM100,000-00.

Itu baru statistik 1 buah buku. Penulis ini sudah menerbitkan 7 judul dengan PTS, semuanya laku keras. Sebanyak 10 buah judul lagi sedang dalam proses penulisan dan penerbitan.

Memandangkan buku-buku beliau adalah evergreen, judul-judul itu akan terus diulangcetak setiap tahun selama berpuluh-puluh tahun.

Buku yang ini pula berharga RM18.00. Ia terjual lebih 7 ribu naskhah dalam masa 2 bulan.

Pengarang buku ini sudah menerbitkan 8 buah judul dengan PTS, sebuah lagi akan terbit dalam waktu terdekat.

Berdasarkan ramalan sangat konservatif, jika setiap judul beliau laku 10 ribu naskhah setahun, dengan royalti minimum RM1.00 senaskhah, ini bermakna beliau menerima RM80,000-00 setiap tahun selama berpuluh-puluh tahun. (Beliau telah mewakafkan semua royalti beliau kepada sekolah tahfiznya di Rusila.)

Kini beliau sedang menulis lebih banyak judul-judul baru yang ditargetkan kepada pembaca yang "baru berjinak-jinak dengan Tuhan". Judul-judul itu dirancang bersama dengan PTS.

Dibandingkan dengan penulis novel cinta, pendapatan royalti penulis buku-buku agama adalah jauh lebih besar.

Berbanding dengan buku agama, berapa puluh tahun novel cinta komersial dapat bertahan dalam pasaran?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, August 27, 2007

Jaga Hakcipta Harta Intelek Saudara Sebagaimana Menjaga Nyawa Sendiri

Jikalau saudara tidak sanggup menyerahkan isteri jelita saudara kepada lelaki lain, mengapakah saudara sanggup menyerahkan hakcipta karya saudara kepada orang lain?

Tiga (3) buah kamus ini adalah antara 6 buah kamus yang sudah dilesenkan kepada sebuah syarikat yang menerbitkan kamus elektronik dengan yuran RM5,000 bagi setiap lesen. Justeru 5,000 x 6 = RM30,000

Naskhah Kamus Peribahasa Kontemporari dan Kamus Inggeris-Melayu untuk Penterjemah pernah dilesenkan kepada McDonnald's Malaysia. Ia dicetak edisi kulit keras khas dengan logo MD, dan diedarkan percuma ke semua sekolah luar bandar seluruh Malaysia.

Kamus-kamus ini juga dilesenkan kepada MIMOS, dengan jumlah yuran (rahsia kerajaan).

Pada waktu yang sama edisi buku kamus ini diulangcetak setiap tahun semenjak ia diterbitkan 15 yang lalu.

Kepada mentee-mentee sekalian, ingat pesan Sifu, jaga harta intelek saudara baik-baik, macam menjaga nyawa sendiri.

Ingat! Jangan serahkan hakcipta karya saudara kepada sesiapa pun - kepada syarikat milik bapa mertua sendiri pun, jangan!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, August 14, 2007

Al-Kisah Lagi Surat Royalti

Assalamualaikum Puan Sifu yang budiman,

Semoga Puan dirahmati Allah hendaknya.

Tentu sekali para penulis PTS sekarang amat sibuk membicarakan tentang royalti. Saya juga tidak terkecuali.

"Berapa agaknya royalti aku tahun ini?" mula mengira-ngira sebab ada rakan penulis sudah maklum beliau menerima cek royalti dari PTS.

Satu hari tanpa diduga, sampailah surat keramat itu. Sah! Cek royalti sudah berada di tangan saya. Alhamdulillah. Terasa sangat berbaloi menulis selama ini.

Cek pertama, dalam RM 2,600.

Tidak lama selepas itu, terima lagi penyata. Bila dicampur tolak, hampir RM11,000. Biar betul!

Memang benar. Saya memang tidak sangka akan memperolehi jumlah sebanyak ini. Memang tidak jadi jutawan tetapi banyak perkara dapat diselesaikan. Tabik springggg! (Ikut iklan Petronas baru..)

Tabik kepada staf bahagian Kewangan yang jujur dan tidak penat-penat mengira royalti kami. Cuma saya hendak bertanya, apakah itu polisi baru PTS membayar sebahagian sahaja royalti? Sekiranya benar, bilakah pula akan menerima bakinya? Bolehkah kami para penulis tahu apa sebabnya? (Tersenyum meleret kerana cek masih di tangan.)

Tidak lupa juga kepada warga PTS yang lain seperti para editor yang sangat mudah bekerjasama dengan saya. Hendak maklumkan, bahawa saya juga telah "diorat" oleh penerbit lain untuk menulis dengan mereka.

"Benar. Masih bersama PTS," jawab saya.

"Bagaimana jika puan menulis dengan kami? Banyak projek ni," wakil itu memberi cadangan.

Saya terdiam. Di dalam benak masih teringat pesan sifu, jangan kahwin dengan ramai penerbit.

"Biarlah dahulu. Saya senang bekerja dengan editor di PTS. Saya pun tidak sempat hendak menyediakan manuskrip kerana dengan PTS, saya sudah biasa dengan gaya penulisan yang lebih mudah," itu alasan saya.

Mujurlah dia tidak memujuk lagi. Saya yakin kerana selama bekerjasama dengan PTS, tiada masalah besar timbul. Terima kasih puan kerana sentiasa memberi dorongan dan semangat.

"Bangun. Siapkan buku puan," SMS diterima daripada Puan Sifu pada jam 4 pagi. Mengantuknya... tetapi demi mandaikan bangsa, saya turuti juga. Tidak sia-sialah pengorbanan suami saya yang setia menghantar saya menuntut ilmu dengan sifu di Bukit Tinggi (ofis lama PTS).

Kepada mentee-mentee lain, belajarlah dengan Puan Sifu secara konsisten dan teruskan menulis. Bangga dan gembira apabila melihat buku kita dipamerkan di rak-rak buku.

Terima kasih lagi, puan. Wassalam.

IYT

Beginilah wajah-wajah cover buku Puan Ida Rizyani Tahir.

Beliau saat ini adalah pensyarah pengurusan perniagaan di Universiti Pahang Malaysia, Kuantan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Memanjangkan Hayat Pasaran Buku

Berapa tahunkah buku saudara dapat dijual? 5 tahun? 10 tahun? 50 tahun?

Ada unsur-unsur yang menyebabkan hayat pasaran buku saudara panjang, amat panjang, ataupun... belum sempat terbit sudah menjadi buku usang, yakni out-of-date.

Jika saudara menulis buku yang temanya "Islam Hadhari", kita meramalkan buku saudara itu tidak panjang hayat pasarannya (dengan andaian ia laku dipasarkan-lah).

Gosip yang kita dengar mengatakan apa-apa yang menggunakan perkataan "hadhari" tidak laku di kedai-kedai buku, ertinya buku itu tidak mempunyai hayat pasaran langsung.

Jika saudara menulis novel remaja yang temanya adalah perjuangan sekumpulan artis menjalani transformasi dalam siri Akademi Fantasia, itu pun tidak panjang hayat pasarannya. Siri program itu nanti akan diganti dengan siri program baru.

"Islam Hadhari" dan "Akademi Fantasia" adalah label-label yang current, yang semasa, oleh itu ia bukan label-label evergreen.

Jika dalam novel remaja saudara itu terdapat mesej-mesej emel, chat, SMS, Friendster, blog, dan yang serupa itu, ambil ingatan bahawa teknologi telekomunikasi adalah teknologi konsumer yang sangat cepat berubah dan menjadi absolete, yakni usang.

Jika dalam buku yang saudara sedang tulis itu wataknya masih menggunakan buku Yellow Pages, mesin faks ataupun PC, buku saudara sudah usang.

Banyak teknologi yang pada saat ini sangat baru dan terkini sebenarnya amat singkat usia teknologinya. Belum apa-apa sudah ada gadget yang lebih baru, yang lebih 'in'.

Banyak tempat-tempat yang "cool" hari ini tidak tahan lama. Justeru apabila nama-nama hotel, disko, butik, resort dan lain-lain yang menjadi simbol status hari ini disebut dalam novel, novel saudara itu cepat usang. Apabila pengurusan hotel itu bertukar tangan, nama hotel itu mungkin ditukar juga.

Manusia pun begitu juga. Hati-hati apabila memilih nama-nama tokoh yang akan disebut dalam buku saudara. Pilih nama-nama yang evergreen sahaja. Contoh nama-nama tokoh evergreen adalah nama-nama ulama, tokoh sejarah, ahli sains terkemuka, pencipta teknologi dan yang seperti itu.

Semasa Tun Dr. Mahathir masih berkuasa, banyak buku-buku motivasi ditulis dengan menggunakan nama beliau sebagai tokoh role-model. Apabila beliau sudah hilang kuasa, tamatlah hayat pasaran buku-buku itu.

Banyak tokoh-tokoh yang amat popular hari ini, besok lusa sudah digantikan dengan tokoh popular terbaru. Akibatnya, buku-buku yang menggunakan nama-nama tokoh itu cepat menjadi buku usang.

Apabila saudara menulis buku-buku motivasi, jangan gunakan contoh daripada:

(i) Individu yang masih hidup: Buku saudara cepat menjadi out-of-date, sebab dia itu mungkin bertukar jawatan, ataupun terguling daripada jawatannya sekarang, ataupun meninggal dunia. Ulama adalah kekecualian.

(ii) Individu yang usianya masih muda: Kita tidak tahu apa individu itu akan lakukan kemudian, maklumlah dia masih muda. Sebagai contoh, pasangan muda itu mungkin bercerai, ataupun si suami berpoligami. Banyak jutawan muda terbukti kemudian mereka itu bukan jutawan yang tulen, sebaliknya jutawan perasuah, kroni orang politik, dan jutawan penyamun tarbus!

(iii) Individu dari industri entertainment: Individu dari dunia hiburan tidak dianggap oleh orang yang kuat nilai-nilai agamanya sebagai orang yang layak dijadikan teladan, jadi buku saudara tidak sesuai bagi semua orang.

(iv) Individu orang kaya: Orang kaya tidak sesuai dijadikan pecontoh atau role-model dalam buku-buku motivasi sebab tujuan buku motivasi bukan mendorong orang menjadi kaya. Kedua, orang kaya jarang tidak mempunyai cacat-cela yang serius pada budi pekerti mereka.

Semakin singkat hayat pasaran buku saudara, semakin pendeklah rezeki royalti saudara....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Al-Kisah Cek Royalti Pertama daripada Buku Pertama

Sifu dan rakan-rakan yang dihormati,

Alhamdulillah, pada Sabtu, 11 Ogos ketika saya sedang sibuk menguruskan persediaan majlis kesyukuran, anak saya menjerit dari luar:

“Mak ada surat!†jerit anak saya dari ruang tamu sambil berlari ke arah saya.

“Bacakan untuk mak,†kata saya bersikap endah tidak endah sahaja sambil tangan mengacau adunan kek di dapur.

“Ee! bestnya…. Mak dapat cek dua ribu, kayalah mak!†sambil menghulurkannya pada saya. (bila dengar saja mak dapat cek, anak yang lain pun turut serbu… isk, isk..)

“Biar betul, siapa yang bermimpi siang hari ni?†saya terus melihat sambil tersenyum simpul (masa buat kek tadi muka serius semacam saja. Siap merungut dalam hati, kalau beli kan senang…)

“Wah! hebat tu PTS. Baguslah PTS ni, tak sangka pulak dapat cek. Ha, ni mak bersemangat nak menulis lagi ni!†terpacul laju kata-kata saya sambil menatap cek berkali-kali.

“Sebenarnya mak dapat RM3,281.76 sen tau! Kenapa dapat RM2,000 sahaja?†kata anak sulong saya sambil membaca surat.

“Tak kisahlah tu… Itu kerja orang PTS,†kata saya lagi.

“Aha! oklah tu, Along ni tamaklah,†kata anak saya yang seorang lagi.

“Itulah, lepas kenduri ini mak kena serius balik menulis,†kata anak sulong saya.

“Betul tu, sekurang-kurangnya lepaslah duit belanja Bib di universiti,†saya menambah.

“Biar kita orang buat kerja rumah, mak tak payah buat. Bolehlah mak menaip,†terpacul kata-kata anak lelaki bongsu saya. (Kata-kata Muhammad mengejutkan kami empat beranak, kerana Muhammad ni liat sikit buat kerja rumah.)

“No hal, tapi kau kenalah ikut jadual betul-betul,†kata anak ketiga saya menyokong.

“Oklah, kita start hari Isnin ni, Along akan tampal jadual di dapur. Semua kena ikut peraturan.â€

Begitulah al-kisah sebahagian dari perbualan kami anak beranak ketika menerima cek pertama dari PTS. Penulis sambilan seperti saya ini, hendak capai taraf jutawan, jauh panggang dari api. Tetapi sekurang-kurangnya nilai-nilai murni bermuafakat yang terbentuk ketika mendapat cek menyeronokkan saya.

Oleh itu saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Puan Ainon yang telah membuka peluang kepada saya untuk menulis. Terima kasih, Puan Ainon, kerana bayaran royalti itu. Kepada En. Nazrul, Pengurus PTS yang sentiasa menjawab setiap pertanyaan saya. Semasa berurusan dengan beliau, pening juga kepala dengan soalan-soalan saya, dan Cik Majidah, Editor yang rajin memantau perkembangan buku pertama saya.

Kepada rakan-rakan, jangan bertangguh, mulalah menulis. InsyaAllah tuan-tuan dan puan-puan akan dapat merasai nikmatnya mendapat bayaran royalti buku pertama.

Salam.
Rashidah Mat Nor.

Nota: Ini pula cover buku-buku penulis yang terbit tahun 2007, oleh itu royaltinya akan mula diterima tahun depan.

Puan Rashidah adalah pegawai di Lembaga Kepala Sawit Malaysia (MPOB).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(14) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, August 12, 2007

Buku Kecil Potensi Besar

Buku-buku kecil ini adalah karya Tuan Muhd. Alif Redzuan dan Puan Sanimah Hussin, dua orang pensyarah di Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Ilustrator siri ini adalah seorang pelukis bangsa Jepun yang juga seorang ekpatriat bertugas di sebuah syarikat Jepun di Kuala Lumpur.

Tuan Alif dan Puan Sanimah adalah lulusan universiti di Jepun. Mereka belajar di sana selama 7 tahun.

Dalam setiap siri ini, perkataan-perkataan Jepun diperkenalkan bagi tujuan pendidikan, yakni supaya kanak-kanak yang membaca siri ini berminat belajar bahasa Jepun dan bercita-cita belajar ke negara itu.

Siri ini mendapat sambutan baik di kedai-kedai buku. Setiap tahun ia diulangcetak. Sebanyak 10 siri ini akan diterbitkan.

Apabila selesai nanti, akan diterbitkan pula edisi koleksi lengkapnya dalam 1 buku tebal. Jadi, akan ada minimum 2 edisi, ertinya 2 sumber royalti.

Jika kemudian siri ini dapat diekspot ke Jakarta, sudah 3 sumber royalti.

Jika kemudian ia diterbitkan dalam edisi mewah, sudah 4 sumber royalti. Ini bukan kes satu kali tembak, cuma dapat 2 ekor burung....

Tuan Alif dan Puan Sanimah sekarang sedang menjalankan penyelidikan tesis Ph.D. mereka. Sambil itu mereka sedang menuliskan travelogue belajar di negara Jepun.

Kebetulan, mereka adalah suami isteri.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, August 04, 2007

Buku Tahan Lama

Lazimnya orang menyangka hanya buku-buku sastera tinggi dapat bertahan lama, selama berpuluh-puluh tahun, dalam pasaran. Sebagai contoh, novel Siti Nurbaya karya Marah Roesli, dan buku puisi Kerikil Tajam oleh Chairil Anwar, kedua-duanya sudah lebih 70 tahun sejak mula diterbitkan, namun sehingga sekarang masih laku dijual.

Selain buku sastera tinggi, buku-buku bidang ilmu di mana prinsip-prinsipnya bertahan lama juga termasuk dalam kategori ini. Ia dapat bertahan sehingga 10 ataupun 15 tahun.

Buku-buku nonfiksyen seperti buku panduan komunikasi, pengurusan, pemasaran, kejurujualan, psikologi, pendidikan kanak-kanak, kreativiti dan motivasi adalah termasuk dalam ketegori ini.

Kamus-kamus juga termasuk dalam kategori buku tahan lama.

Buku-buku agama memang sudah diketahui ramai ia tahan lama. Semua jenis buku agama, termasuk buku-buku cerita agama tahan lama disebabkan fakta-fakta agama tidak berubah.

Buku-buku evergreen dan buku-buku tahan lama adalah sumber royalti yang berpanjangan bagi penulis, oleh sebab itu, jikalau saudara hendak hidup dengan menjadi penulis sepenuh masa, saudara perlu mempunyai judul-judul evergreen dalam senarai karya saudara.

Judul-judul evergreen hanya ditulis sekali, kemudian ia diulangcetak berkali-kali, selama bertahun-tahun.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, August 02, 2007

Penterjemah: Umpama Orang yang Terkesima Dibayar 25 sen, Tidak Sangka Ditipu RM25

Kursus-kursus terjemahan sibuk mengajar pelajarnya teori-teori dan teknik-teknik terjemahan. Langsung tidak diajarkan skill yang diperlukan jika ada pelajar-pelajarnya mahu hidup sepenuh masa sebagai penterjemah.

Akibatnya, mereka pandai menterjemah, tetapi tidak pandai hidup sebagai penterjemah.

Seperti kata Cikpuan Siti Hajar Baharuddin, penterjemah hidup macam ayam, kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang. Besok hendak makan, kais lagi. Menyambung nyawa dari satu 'job' ke satu 'job'.

Penterjemah tawar-menawar dengan pemberi job... 10 sen satu perkataan... 15 sen, 20 sen, 25 sen... mereka tidak sedar bahawa apabila sesuatu itu dikira ikut unit-unit kuantum, itu namanya "komoditi". Sesiapa yang dibayar sen-sen-an, dia itu tarafnya penterjemah "komoditi".

Penterjemah komoditi bangga apabila mereka berjaya tawar-menawar perkhidmatan mereka ikut sen-sen-an. "Saya terjemah untuk Syarikat Fulan-Fulan, saya dibayar 25 sen satu perkataan!" katanya dengan bangga.

Tidak ditanyakan, "Berapa nilai bisnes yang terhasil daripada penat lelah saya ini?"

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, July 02, 2007

Pesan Tuan Meor Shariman

Dipetik daripada nota beliau dalam komen:

Penulis-penulis baru harus sedar, pendapatan lumayan hanya akan diperolehi setelah usaha yang panjang.

Pada peringkat permulaan, anda mungkin dibayar sedikit tetapi harus ingat, ia berguna untuk mengangkat nama anda. Dengan kata lain, perlu banyak bersabar, jangan menyerah kalah dan teruskan berkarya.

Oh ya, konsep cerita serta bayaran setiap stesyen TV juga berlainan. Bayaran paling mahal diberi oleh RTM, diikuti oleh TV3 manakala stesyen-stesyen TV lain, termasuk Astro, memberi bayaran yang murah.

Sebagai contoh, untuk telemovie, RTM membayar RM5,000, TV3 membayar antara RM3,000 - RM4,000 manakala stesen lain membayar paling tinggi RM3,500. Itupun bergantung siapa penulis skrip dan kualiti skrip tersebut.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, June 29, 2007

Ini Pula Nasib Penulis Buku Agama Ditipu Penerbit Buku Agama

Seorang ustaz mengadu begini: Beliau menghantar manuskripnya kepada sebuah penerbit buku-buku agama yang terkenal, penerbit "T-S-T Jbsa Sdn. Bhd.".

Penerbit ini sudah lama usianya. Ia sudah menerbitkan beratus-ratus judul kitab agama, daripada yang tebal-tebal, yang berjilid-jilid, yang kulit keras, sampai yang kecil-kecil.

Selepas itu si ustaz pergi melanjutkan pelajarannya ke Mesir, buat PhD di al-Azhar.

Kemudian adiknya terjumpa buku abangnya di kedai buku. Lalu si adik pun hantar SMS kepada abangnya di Mesir memberitahu bukunya sudah terbit.

Apabila beliau pulang bercuti, beliau pun pergi ke pejabat penerbit itu dan bertanyakan betulkah bukunya sudah terbit dan mengapa beliau tidak dimaklumkan.

Beliau pun diberi 8 naskhah percuma bukunya itu oleh si penerbit.

Selepas beberapa lama, beliau bertanya kepada penerbit itu bagaimana pula dengan royaltinya. Apa kata Mamak itu? - bukunya tidak laku, jadi tidak ada royalti.

Kepada penulis buku-buku agama yang baru belajar menulis, jangan yakin penerbit buku-buku agama tidak mungkin menganiayai penulis buku agama. Siasat dahulu latar belakang sesebuah penerbit itu sebelum menyerahkan manuskrip saudara kepadanya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, June 28, 2007

RTM Mahukan Skrip Lengkap

Ini prosedur baru RTM: Mulai sekarang syarikat penerbit drama TV dikehendaki menghantar skrip lengkap kepada RTM bagi dinilai sama ada RTM mahukan skrip itu ataupun tidak.

Sebelum ini, RTM hanya memerlukan sinopsis sahaja. Apabila sinopsis diterima, barulah penerbit mengarahkan penulis skrip menuliskan skrip lengkapnya.

Pada teorinya cara kerja baru ini membolehkan RTM menilai skrip lengkap dan dengan itu tidak ada risiko RTM menerima drama berkualiti buruk. Ini teorinya.

Apakah teori ini terbukti benar, itu hanya dapat dilihat apabila dasar baru ini sudah dilaksanakan.

Kualiti drama yang disiarkan oleh RTM bergantung kepada banyak faktor. Skrip hanyalah salah satu daripada faktor-faktor itu. Bagaimana pula dengan kawalan ke atas faktor-faktor lain.

Cara kerja baru RTM ini membebankan syarikat penerbit sebab proses mendapatkan manuskrip lengkap menjadi lebih sukar dan lebih mahal.

Bagi para penulis skrip, cara kerja baru ini tidak mempunyai daya motivasi yang tinggi. Tanpa jaminan skrip lengkap itu diterima oleh RTM, pertama, apakah faktor yang hendak mendorong penulis skrip menuliskan skrip lengkapnya.

Kedua, apakah yang dapat mendorong penulis menyerahkan skrip lengkapnya kepada syarikat penerbitan melainkan harga skrip itu dibayar sepenuhnya semasa skrip itu diserahkan.

Bagi syarikat penerbit pula, ia terpaksa membayar harga penuh bagi skrip-skrip yang belum tentu RTM luluskan.

Katakanlah, sesebuah penerbit hendak melesen novel PTS Kisah Satu Impian oleh Haslisa Ramli bagi dijadikan siri telenovela 10 episod. Kos menyediakan skrip lengkap bagi 10 episod itu tentulah mahal, sedangkan tiada jaminan ia akan diterima oleh RTM.

Tuan Meor Shariman mencadangkan, bagi menurunkan kos, syarikat penerbit boleh menggaji penulis skrip sepenuh masa, dan menurut beliau, langkah ini sudah pun dilakukan oleh syarikat yang tidak putus-putus membekalkan drama kepada RTM.

Cadangan Tuan Meor itu dapat dilakukan oleh syarikat-syarikat besar sahaja. Dengan membayar gaji, kos mendapatkan skrip dapat diturunkan.

Bagaimana pula dengan kualiti skrip, dan kualiti drama yang dihasilkan. Apakah kualiti kerja seni daripada orang yang dibayar gaji akan meningkat.

Tidakkah dengan cara kerja baru RTM ini, ia semakin menggalakkan amalan penerbit cuba berpakat-pakat dengan individu-individu yang berkuasa menilai, memilih dan meluluskan skrip?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, June 26, 2007

Mengapa PTS Pertahankan Hakcipta Penulisnya

Apabila novel penulis PTS dijadikan siri telenovela, penerbit siri telenovela itu akan membayar royalti kepada PTS. Jumlah royalti itu dibagi dua - 70% kepada penulis - 30% kepada PTS.

Inilah faktor yang menyebabkan PTS akan mencari penerbit yang baik bagi melesenkan karya PTS. Penerbit yang rekod bisnesnya baik, yang tidak menipu. Sebab ada duit PTS dalam projek itu. 30% bukan sedikit!

Kalau 30% daripada 1 novel, memang jumlahnya kecil. Kalau RM10 ribu, cuma RM3 ribu.

Tetapi jika 30% daripada 50 buah novel PTS yang berjaya dilesenkan? - RM150 ribu!

Kalau penulis pandai-pandai sendiri melesenkan karyanya, penulis kena berani-berani sendiri mengejar dan menitik penerbit yang menipunya.

Kerja menagih hutang bukan kerja yang seronok. Di PTS, ada pegawai khas di Jabatan Kewangan yang bertugas menagih hutang....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Setuju? Usul Sifu kepada Tuan Martias Mohd. Ali

Kepada mentee-mentee sekalian!

SifuPTS mengusulkan kepada Tuan Martias Mohd. Ali cadangan seperti berikut:

Tuan Martias menjadi mentor kepada penulis-penulis PTS di mana beliau akan mengajar dan membimbing mentee-mentee tentang format dan teknik yang betul menulis sinopsis cerita yang bakal dikemukakan kepada RTM.

Apabila RTM meluluskan sinopsis itu, Tuan Martias akan mengajar dan membimbing mentee-mentee teknik yang betul menulis skripnya.

Apabila skrip yang ditulis di bawah bimbingan Tuan Martias itu diterima oleh penerbit, mentee bersetuju membalas budi baik Tuan Martias sebagai mentor dengan berbagi honorarium 70 mentee - 15 mentor - 15 PTS.

Tuan Martias juga akan memilihkan penerbitnya, supaya risiko kemungkinan mentee ditipu penerbit jahat dapat dikurangkan.

Bagi saudara yang setuju dengan usul Sifu ini, tulis nama, hp dan emel.

Bagi yang tidak bersetuju, tulis rasional dan kemukakan cadangan balas yang lebih baik.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(17) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, June 20, 2007

Hakcipta Pencipta Siri

Inilah siri pertama buku Melayu yang berjaya menggunakan 2 konsep yang berbeza, iaitu 'pencipta siri' dan 'penulis siri'.

Sejarah siri ini begini:

Langkah pertama Sifu menawarkan kepada Fred Suriya, seorang gadis Perancis, supaya dia mencipta jalan cerita siri Adam ini dan dituliskan dalam bahasa Inggeris, sebab Fred tidak pandai menulis dalam Bahasa Melayu.

Kemudian Sifu memperkenalkan Fred kepada Ashadi Zain yang mepunyai bakat menulis buku kanak-kanak.

Fred dan Ashadi bersetuju berkongsi hakcipta siri ADAM yang mereka berdua hasilkan.

Kemudian PTS memanggil pertemuan dan mengajak penulis-penulis lain menulis siri ADAM. Puan Zalisa adalah antara penulis yang hadir dalam pertemuan itu.

Inilah buku pertama siri ADAM yang tidak ditulis oleh Fred dan Ashadi. Ia ditulis oleh Puan Zalisa, seorang ustazah tadika.

Semua urusan pembahagian royalti antara Fred, Ashadi dan Puan Zalisa dicadangkan oleh pihak PTS kepada mereka, dengan mengambil contoh amalan penerbit-penerbit antarabangsa.

Siri ADAM ini adalah siri PTS ONE yang paling ngetop di pasaran. Sudah ada 2 buah syarikat animasi berminat menganimasikan siri ini. Juga sudah ada syarikat yang mahu melesenkan siri ini untuk pasaran Vietnam.

Bagi saudara yang berminat menjadi penulis siri ini, hubungi Puan Nor Hazizam, Pengurus PTS ONE.

Kejayaan projek siri ADAM ini akan meyakinkan penulis-penulis lain mengikut jejak Fred dan Ashadi.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, June 17, 2007

Entri Ini akan Disaman! (Apa Sebab Penerbit Menyorok-nyorokkan Identiti Pemiliknya)

Sifu menerima mesej SMS yang menggertak entri ini akan dihantar kepada peguam bagi tindakan selanjutnya. Ini tentulah pelik. Entri ini tidak menyebut nama mana-mana penerbit.

Bagi beberapa penerbit yang nama mereka sekarang sedang hangat disebut-sebut oleh penulis-penulis yang tidak puas hati, langkah menghantar surat peguam kepada blogger bukan penyelesaian.

Penyelesaiannya adalah, bayarlah sahaja royalti penulis-penulis itu. Kalau tidak mampu membayar semua, bayar secara beransur-ansur.

Kos membuka fail peguam libel yang baik di KL ini adalah minima RM20 ribu. Gunakan duit itu untuk membayar royalti penulis.

Kalau kalah di mahkamah, pihak yang disaman malu boleh menuntut gantirugi. Sudahlah RM20 ribu hangus, kena bayar kos mahkamah pula, kena tuntut gantirugi lagi...

Kalau tidak sanggup nama kita menjadi perbualan komuniti penulis, jangan buka bisnes penerbitan buku.

Di bawah adalah entri:

Peringatan kepada penulis-penulis baru: Sebelum saudara menyerahkan manuskrip saudara kepada mana-mana penerbit, siasat dahulu siapa pemilik syarikat itu.

Ada sebuah penerbit novel cinta yang baru muncul dalam pasaran, tetapi nampaknya ia berjaya cepat naik. Penerbit ini menyorokkan identiti pemiliknya. Siapakah sebenarnya pemilik syarikat itu, sesama orang industri buku pun bertanya-tanya sesama sendiri.

Apabila kita tanya seorang yang mengaku hanya bertugas sebagai editor sahaja dalam syarikat itu, si editor mengelak-ngelak tidak mahu memberitahu siapa bosnya. Adakah si editor itu salah seorang pemilik syarikat itu?

Perbuatan menyorok-nyorok begini akan hanya menimbulkan banyak gosip dan fitnah.

Motif utama orang bisnes menyorok-nyorokkan identitinya adalah supaya dia senang lepas tangan apabila ada perkara buruk berlaku. Kedua, dia tidak mahu diganggu oleh penagih hutang dan penulis yang royaltinya tidak dibayar.

Jadi, hati-hatilah, wahai penulis baru...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(10) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, June 16, 2007

Penulis PTS Berkongsi RM780,831.90 sen Royalti Tahun 2006

Sebagai Chairman PTS, di sini kita dengan telus memaklumkan prestasi jualan buku karya penulis-penulis PTS bagi tahun 2006.

Hati nyamuk sama dicicah, hati gajah sama dilapah.

Inilah berkat apabila para penulis dan penerbit bekerja sebagai satu pasukan pejuang bahasa dan buku Melayu, dengan misi memandaikan bangsa.

Mulai 1hb Jun 2007 sehingga 31hb Disember 2007, Jabatan Kewangan PTS sudah mula mengeluarkan cek secara berfasa-fasa kepada semua penulis PTS.

Setiap penulis akan menerima kenyataan kira-kira royalti masing-masing secara detail bagi setiap tajuk buku mereka.

Akuantan Puan Adilah Mistar yang bertanggungjawab menguruskan royalti penulis akan mula bercuti materniti anak sulung dalam seminggu dua ini. Beliau sudah menetapkan jadual pengiriman cek bagi setiap penulis.

Sepanjang tempoh beliau bercuti, sebarang pertanyaan dan kemusykilan akan dilayan oleh Akauntan Junior Norizah Wahid.

Adalah dianggarkan, berdasarkan trend jualan buku-buku PTS sekarang, royalti tahun 2007 boleh meningkat sehingga RM1 juta.

Hidup penulis buku Melayu!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, June 15, 2007

Siapa Pembayar Royalti Paling Baik

Berdasarkan maklumat yang kita ada, penerbit yang paling berdisiplin membayar royalti pengarang-pengarangnya adalah ALAF21.

ALAF21 bukan hanya mengira dengan tepat jumlah royalti itu, malah syarikat tersebut membayar royalti 4 kali setahun. Tidak ada mana-mana penerbit lain, tidak juga DBP, memiliki kecekapan seperti itu.

Jadi, tidak hairanlah ALAF21 menjadi pilihan pertama semua penulis novel cinta.

Faktor yang membolehkan jabatan kewangan ALAF21 mencapai tahap kecekapan itu adalah cara bisnes ALAF21.

ALAF21 menjual novel-novel terbitannya secara tunai kepada pengedar dan kedai-kedai buku - macam kedai runcit! Tidak ada sistem hutang. Novel keluar, duit tunai masuk.

Jadi, bagi setiap naskhah yang keluar dari setor ALAF21, tidak ada yang 'return'. Jadi, buku akaun ALAF21 memang cantik, memang kemas.

ALAF21 juga mewajibkan para pengedarnya meletakkan wang cagaran tunai yang tinggi ke dalam akaun bank ALAF21. Pengurusan risiko seperti ini adalah amat bagus, sebab kalau pengedar tidak bayar hutang, wang cagarannya akan didebit.

Jadi, dalam sistem ALAF21 tidak ada risiko hutang lapuk, risiko buku return, ataupun risiko ditipu pengedar. Inilah faktor yang membolehkan ALAF21 membayar royalti dengan amat cekap.

Tidak ada penerbit lain di bumi Malaysia ini yang mampu buat bisnes cara ALAF21. DAWAMA-DBP pun tidak. PTS pun tidak.

Semua penerbit lain di Malaysia berniaga dengan memberikan kredit kepada pengedar, kedai-kedai buku dan agen-agennya.

Berniaga dengan cara kredit menyebabkan buku akaun penerbit tidak kemas. Ia comot - sebab ada rekod buku keluar setor, ada rekod jualan, ada rekod kutipan hutang, ada rekod hutang lapuk, ada rekod buku return, ada rekod buku rosak, ada rekod buku promosi, dan entah apa-apa lagi rekod...

Inilah faktor yang menyebabkan sistem pengiraan royalti menjadi rumit. Tetapi sistem kredit begini amat disukai oleh pengedar, kedai buku dan agen-agen... sebab buku-buku yang tidak laku dapat mereka pulangkan ke setor penerbit.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, June 14, 2007

Bisnes Buku adalah Kebun Ular

Bisnes buku adalah kebun ular. Jika takut dipatuk ular, jangan masuk kebun ular.

Membuka bisnes penerbitan buku bukan mainan modal kecil. Apabila pengedar tidak mahu membayar hutang RM75 ribu, kerugian saudara bukan RM75 ribu tetapi lebih, sebab royalti buku-buku yang saudara sudah jual kepada pengedar itu, saudara wajib bayar juga!

Apabila pengedar tidak bayar hutang, itu bukan masalah pengarang. Saudara tidak boleh berkata kepada pengarang, "Minta maaf, Tuan Sheikh. Pengedar tidak bayar hutang, jadi kami tidak dapat bayar royalti tuan."

Isunya di sini, buku Sheikh itu sudah saudara jual kepada pengedar itu. Soal saudara gagal mengutip hutang, itu soal lain, itu masalah saudara, itu bukan masalah pengarang. Bayar royalti, mesti bayar!

Begitu juga, saudara tidak boleh berkata kepada pencetak, "Minta maaf, En. Pencetak. Pengedar tidak bayar hutang kami, jadi saya tidak dapat bayar hutang encik."

Si pencetak sudah cetakkan buku itu untuk saudara. Saudara mesti bayar hutangnya. Kalau tidak, lain kali dia tidak mahu mencetak buku-buku saudara lagi.

Kalau saudara fikir saudara boleh minta pencetak lain mencetak buku saudara, minta maaf, para pencetak itu semuanya saling rujuk-merujuk antara satu sama lain. Mereka saling bertukar-tukar maklumat tentang rekod putih-hitam penerbit.

Sudahlah saudara rugi RM75 ribu, saudara tetap kena bayar royalti buku-buku itu (kalau 10% = RM7,500.00), dan saudara mesti bayar hutang pencetak (kredit 3 bulan sahaja).

Kalau syarikat saudara kecil, hutang RM75 ribu itu memang boleh membuat saudara tersungkur. Duit itulah yang saudara perlu roll - pusingkan - bagi membayar gaji, sewa, hutang pencetak, utiliti dan lain-lain.

Apabila duit RM75 ribu itu tidak masuk, saudara tidak dapat membayar gaji, sewa, utiliti, pencetak... bisnes saudara tercekik. Habis cerita.

Melainkan modal saudara besar, jadi saudara dapat serap kerugian RM75 ribu itu.

Dunia bisnes adalah kebun ular yang di dalamnya ada batu geliga sakti. Untuk survive dalam kebun ini, saudara bukan setakat pandai menulis buku yang laku, saudara memerlukan ilmu yang banyak, dan saudara juga mesti mempunyai modal yang banyak.

Kita sangat menasihati saudara, fikir masak-masak sebelum hendak menjadi pengarang self-published. Nasib tak baik, kata orang, saudara yang 'miskin' jadi makanan pengedar kaya.

Kalau modal saudara tidak sampai minimum RM500 ribu, lebih baik saudara kekal menjadi penulis, serahkan manuskrip saudara kepada penerbit profesional, yang tahu bagaimana hendak ketuk ular-ular itu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, June 10, 2007

Nasib Penulis Novel Cinta

Penulis-penulis novel cinta yang baru mencuba nasib, yang belum ada nama, amat terdedah kepada risiko tidak menerima royalti.

Penerbit novel cinta yang membayar royalti penulis dengan betul adalah amat-amat kecil, hanya dua atau tiga sahaja. Yang paling baik rekodnya adalah ALAF21.

ALAF21 menjadi tumpuan semua penulis novel cinta. ALAF21 hanya menerbitkan 3 buah novel sebulan.

Nama UTUSAN tidak sewangi nama ALAF21. UTUSAN juga tidak menjamin dapat menerbitkan novel mereka dengan cepat.

Kebanyakan penulis baru tidak sanggup menunggu lama bagi mendapatkan giliran novel manuskrip mereka diterbitkan oleh ALAF21. Mereka amat ingin melihat novel mereka terbit. Ertinya mereka terpaksa mencari penerbit lain.

Penerbit selain ALAF21 mempunyai kredibiliti yang kurang baik. Yang dulu rekodnya amat baik, sekarang sudah tidak baik lagi, macam-macam cerita yang tidak elok beredar dari mulut ke mulut.

Penerbit baru macam KarnaDya pula tidak masuk ke dalam sektor novel cinta, oleh itu ia memulangkan semua manuskrip yang diterimanya. KarnaDya memfokuskan pada novel-novel remaja sahaja, itu pun mesti ikut kehendaknya.

Yang sanggup menerbitkan novel mereka dengan cepat adalah penerbit-penerbit yang baru muncul di atas persada novel cinta. Maka ke situlah penulis-penulis baru itu menghantarkan manuskrip mereka.

Maka di situlah mereka terkena....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Lagi-lagi Penerbit Tak Bayar Royalti

Kita banyak menerima maklumat ada sebuah penerbit novel cinta yang sedang naik namanya yang tidak membayar royalti. Penerbit ini penerbit baru tetapi sudah menerbitkan hampir 40 judul novel cinta.

Di sesetengah kedai buku novel-novel penerbit ini sudah mendapat rak sendiri.

Tiga orang penulis yang tidak puas hati telah pergi mencari alamat penerbit itu, dan akhirnya mereka berjumpa alamat yang tercetak dalam novel-novelnya. Alamat itu adalah alamat sebuah rumah murah yang disewa oleh sekumpulan gadis-gadis kilang.

Kita menasihati penulis-penulis muda supaya berhati-hati memilih penerbit. Tanya dahulu penulis-penulis lain yang lebih senior dan dapatkan maklumat tentang latar belakang sesebuah penerbit sebelum menyerahkan karya saudara.

Untuk info tambahan, tulis emel klik di sini.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, June 08, 2007

Isu Honorarium

Dalam bahasa biasa, makna honorarium adalah saguhati. Justeru, ia berbeza daripada istilah royalti.

Honorarium dibayar satu kali sahaja. Akhbar dan majalah membayar honorarium kepada penyumbang artikel.

Salah sebuah akhbar Melayu terbesar tidak secara automatik membayar honorarium kepada penulis artikel, cerpen dan sajak yang mereka terbitkan.

Jadi penulis-penulis itu sendiri terpaksa membuat fotokopi karyanya yang diterbitkan itu, hantar kepada akhbar tersebut, dan tagih honorariumnya! Baru dapat bayaran.

Cerita akhbar dan majalah tidak membayar honorarium adalah cerita yang biasa berlaku. Dalam kes seperti ini, kedudukan penulis amat lemah. Hampir tidak ada cara yang munasabah bagi membela nasib sendiri.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, June 04, 2007

Nasib Penulis: Kali ini Penulis Novel Fantasi

Dalam bengkel fantasi anjuran PTS yang lalu, begitu ramai yang hadir sehingga tidak cukup kerusi. Ada yang duduk di luar bilik kuliah sahaja, kepala terjengah-jengah dalam pintu!

Salah seorang peserta yang hadir, menunjukkan kepada Sifu 2 naskhah novel fantasinya.

Saya tengok, kedua-dua naskhah itu adalah novel yang serupa. Sebagai 'orang lama' dalam dunia buku, mata saya tajam, lalu serta-merta saya dapat melihat kedua-dua buku itu serupa serba-serbi, kecuali warna kertasnya!

Saya mengesyaki, novel beliau itu sudah diulangcetak, itu sebab kertasnya tidak serupa, tetapi tidak dinyatakan demikian pada halaman imprintnya.

Perbuatan seperti ini lazim dilakukan apabila penerbit tidak mahu membayar royalti tambahan bagi naskhah ulangcetak. Mereka akan berdusta dengan berkata, "Buku awak tidak laku." meskipun kedai buku memberitahu bahawa buku itu laku, dan sudah banyak kali membuat re-order kepada penerbit.

Novel beliau diterbitkan oleh 'nama baru'. Penerbit baru itu adalah anak syarikat sebuah penerbit komik Melayu yang terkenal saat ini.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, May 27, 2007

Nasib Penulis: di Sana Terkena, di Sini pun Terkena

Salbiah Aini Editor Sastera di Berita Harian mengkritik sikap Gapena dan Pena yang seolah-olah tidak mahu ambil pusing isu penulis kreatif ditipu penerbit.

Isu 'salah laku' penerbit ke atas harta intelek penulis bukan hanya berlaku di kalangan penerbit kecil sahaja. Malah dalam beberapa kes, penerbit besar milik kerajaan pun melakukan 'salah laku' seperti itu.

Ambil kes DBP menyerahkan novel beberapa orang sasterawan, termasuk Sasterawan Negara, kepada penerbit Rythm supaya diterbitkan dan dipasarkan oleh penerbit swasta itu.

Mereka yang karya-karyanya diserahkan oleh DBP kepada Rythm itu adalah A. Samad Said, Shahnon Ahmad, Arena Wati, Abdullah Husain, S. Othman Kelantan, Keris Mas, Awang Had Salleh, Baharuddin Kahar, Hassan Ali, Hassan Ibrahim, Khadijah Hashim, Anwar Redhwan, Ibrahim Omar, Azmah Nordin, Amil Jaya, Shaari Isa, Muhammad Rakawi Yusuf, Rosmini Shaari dan Jong Chia Lai.

Ini dilakukan oleh DBP tanpa memaklumkan dan mendapatkan persetujuan bertulis daripada sasterawan-sasterawan itu terlebih dahulu!

Gosip yang kita dengar mengatakan, sehingga sekarang mereka yang terlibat itu belum pernah menerima cek royalti daripada projek DBP-Rythm itu, walaupun sudah lebih 10 tahun.

Mengikut pacal yang empunya gosip, katanya, apabila DBP ditanya berkenaan royalti itu, jawab pegawai DBP, "Rythm pun belum pernah membayar royalti novel-novel itu kepada DBP, bagaimana DBP hendak membayar royalti kepada penulis!"

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, May 25, 2007

Buku Evergreen

Penulis buku ini sudah kenyang makan royalti. Semenjak buku ini mula diterbitkan 10 tahun lalu, setiap tahun buku ini diulangcetak.

Dua edisi buku ini dijual serentak, yakni edisi kulit lembut dan edisi paperbacknya. Kedua-dua edisi itu sama-sama laku keras.

Kulit yang ini adalah edisi paperback.

Entah sampai bila agaknya buku ini akan terus memberatkan dompet penulisnya....

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, May 17, 2007

Hakcipta dan Harta Sepencarian

Adakah saudara pernah berkahwin dengan pengarang buku? Adakah buku pengarang itu laku dalam pasaran? Adakah buku itu ditulis semasa saudara masih berkahwin dengan pengarang itu.

Jika ya, saudara boleh menuntut sebahagian daripada royalti buku pengarang itu di bawah hak harta sepencarian, walaupun saudara tidak menulis walau sepatah perkataan dalam buku itu.

Caranya adalah dengan menggunakan khidmat peguam.

Tetapi hati-hati... jangan-jangan selepas selesai perbicaraan, yuran peguam itu lebih mahal daripada nilai royalti buku itu, dan saudara terpaksa pula mengeluarkan wang sendiri bagi melunaskan hutang kepada peguam....

Nota: Undang-undang harta sepencarian ini adalah undang-undang yang diangkat daripada adat Minangkabau, bukan sebahagian daripada undang-undang syariah.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Malang Penulis

Mesti baca. Klik di sini.

Nota Sifu: Dalam kes novel "HARTINI" ini, tanpa memahami apa implikasi isi kandungan dokumen yang ditandatangninya, Allahyarham Aziz Afkar tidak sedar rupa-rupanya dia telah menjual hakcipta novelnya itu kepada penerbit Creative (CESB).

Beliau menyangka beliau masih memiliki hakcipta novel itu lalu membawa kesnya ke mahkamah. Beliau tidak tahu bahawa beliau tidak mempunyai sebarang hak lagi ke atas novel "HARTINI". Hakcipta novel itu sudah menjadi hak CESB.

Maka itulah mahkamah memutuskan CESBlah yang berhak menuntut gantirugi itu daripada BNE. Bukan Aziz Afkar.

Ramai penulis yang karyanya diterbitkan oleh penerbit seperti CESB tidak mahu ambil tahu apa makna isi kandungan dokumen perjanjian penerbitan yang mereka tandatangani. Malah banyak penulis baru tidak mahu belajar tentang undang-undang hakcipta.
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(15) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, May 16, 2007

Penama Dalam Dokumen Perjanjian Penerbitan PTS

Dalam bengkel undang-undang hakcipta kelmarin, salah satu isu yang ditimbulkan oleh anggota Tim PTS adalah isu royalti pengarang PTS yang meninggal dunia. Kepada siapa cek royalti sepatutnya dihantar?

Menurut Puan Nisah Harun, jika mengikut keadaan sekarang, PTS patut menyimpan royalti si mati sehingga jelas kedudukan pewaris-pewarisnya, sebagai pemegang amanah.

"Tapi, puan," kata saya. "PTS adalah sebuah penerbit buku, bukan pentadbir harta pusaka penulis-penulis PTS. Kalau boleh kami hendak kerja senang, royalti itu kami hendak serahkan kepada satu orang pemegang amanah daripada kalangan pewaris si mati."

Kemudian beliau mencadangkan supaya dalam dokumen perjanjian penerbitan PTS itu penulis meletakkan 2 penama sekiranya beliau meninggal dunia.

"Penulis boleh pilih sesiapa sahaja sebagai penamanya, tidak semestinya warisnya," kata Puan Nisah.

"Kalau penulis ada empat isteri, macam mana?" gurau En. Fauzul, pengurus PTS Millenia.

Chairman PTS pula berkata kepada semua yang ada dalam bengkel, "Bagi penulis perempuan, jangan letakkan nama suami sebagai penama... nanti dia gunakan duit royalti itu buat kahwin isteri baru!"

En. Rashid Azad Khan, CEO PTS, geleng-geleng kepala, tanda tidak setuju dengan kata-kata si Chairman.

Nota: Selaras dengan cadangan Puan Nisah itu, maka PTS bercadang menambah peruntukan penama dalam dokumen perjanjian penerbitan PTS yang akan disemak itu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, May 12, 2007

Apa Nasihat Saudara?

Kita menerima emel ini:

Puan, saya ingin memohon pandangan puan jika puan tidak keberatan.

Saya seorang penulis dan penterjemah bebas yang bekerja dari rumah. Baru-baru ini, salah satu klien saya menawarkan saya menjadi penulis bagi coffee table book untuk sebuah agensi kerajaaan. Sebelum ini, saya pernah menjadi penulis storyboard bagi training manual agensi ini (dalam bentuk CD).

Semasa briefing di pejabat klien saya ini, saya diberitahu bahawa nama saya tidak akan tercatat sebagai penulis buku ini (yang dicadangkan ditulis dalam Bahasa Inggeris dan diterjemah ke BM) yang akan diterbitkan dalam kedua-dua bahasa. Benarkah begitu? Adakah cara untuk saya meminta agar nama saya dimasukkan juga sebagai penulis?

Seperkara lagi, boleh puan beri sedikit panduan bagaimana untuk saya meletakkan harga bagi kerja ini? Saya tidak pernah memberi perkhidmatan untuk projek besar begini. Harap puan dapat membantu saya.

Terima kasih saya dahulukan atas perhatian puan. Wassalam.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, April 28, 2007

Penulis dan LHDN

Para penulis di negara ini mendapat layanan istimewa sewaktu Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan. Disebabkan beliau seorang yang kuat membaca buku dan suka sastera, beliau telah menerima beberapa cadangan dalam memorandum yang dihantar oleh persatuan-persatuan penulis.

Salah satu syor yang beliau terima dan laksanakan adalah skim galakan penulisan dalam Bahasa Melayu. Beliau telah memberi peruntukan di mana cukai pendapatan tidak dikenakan ke atas RM20 ribu pertama royalti dan honorarium yang diterima oleh penulis, dan RM12 ribu pertama oleh penterjemah buku-buku ilmu.

Layanan yang diberikan kepada kaum penulis ini amat istimewa. Bayangkan seorang jutawan menulis buku, RM20 ribu pertama royaltinya adalah bebas cukai! Seniman bidang-bidang lain tidak menerima layanan istimewa ini.

Pada zaman Anwar Ibrahim juga, persatuan-persatuan yang memperjuangkan perkembangan Bahasa Melayu mendapat dukungan kuat daripada beliau.

Bagi saudara-saudara yang belum pernah menerima royalti ataupun honorarium daripada hasil karya saudara yang diterbitkan, barangkali saudara tidak ambil pusing urusan membayar cukai pendapatan daripada royalti itu.

Walaupun RM20 ribu pertama itu bebas cukai tetapi saudara mesti mengisytiharkan pendapatan itu apabila saudara mengisi borang cukai.

Ada penulis menyangka LHDN tidak akan tahu jika dia tidak mengisytiharkan pendapatan royalti dan honorariumnya. Sangkaan ini salah. Setiap ringgit yang saudara terima itu LHDN tahu! Jadi jangan sorokkan maklumat berkenaan royalti yang saudara terima.

Bagaimanakah LHDN dapat mengetahui pendapatan saudara? Begini, undang-undang negara ini mewajibkan semua syarikat penerbit buku, akhbar dan majalah melaporkan kepada LHDN jumlah wang yang mereka bayar kepada penulis. Jadi, setiap tahun, penerbit saudara menghantar maklumat kepada LHDN berapa banyak royalti dan honorarium yang dibayar kepada saudara!

Jika saudara menerbitkan karya-karya saudara dengan banyak penerbit, tiap-tiap penerbit itu melaporkan jumlah royalti dan honorarium yang mereka bayar kepada saudara.

Kumpulkan dan simpan dalam fail semua dokumen pembayaran royalti. Kepilkan dokumen-dokumen itu apabila saudara mengisi borang cukai pendapatan.

Simpan semua resit saudara membeli buku, akhbar, majalah, komputer, bil internet dan lain-lain alat kerja yang saudara gunakan bagi menghasilkan karya-karya saudara. Gunakan bil-bil itu bagi memohon potongan cukai.

Jika saudara sudah beberapa tahun menerima royalti melebihi RM20 ribu setahun, tetapi belum pernah mengisytiharkannya, tahun ini saudara isytiharkan.

Saudara tidak dapat lari daripada berdepan dengan pegawai-pegawai LHDN, lambat laun mereka akan dapat cari saudara. Waktu itu denda yang saudara kena bayar mungkin lebih banyak daripada jumlah cukai.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(13) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, April 14, 2007

Bagaimana Keuntungan Dikongsi dalam Industri Penerbitan

Penulis memerlukan penerbit, pencetak, pengedar, pekedai, runner dan kontraktor, sebelum bukunya sampai ke tangan pembeli dan pembaca.

Semua pihak yang terlibat itu adalah ibarat mata rantai, putus satu mata, seluruh rantai tidak dapat berfungsi. Masing-masing pihak mencari untung dengan memberikan nilai tambah kepada buku saudara. Tanpa input daripada mereka, buku tidak dapat diterbitkan, apatah lagi dijual.

Setiap pihak mendapat bahagian masing-masing, seorang sedikit, daripada terjualnya buku-buku saudara, baru semua boleh hidup. Kalau ada mana-mana pihak yang tamak, yang mahu lebih banyak, buku tidak dapat diterbitkan dan dijual, semata-mata kerana kos penerbitan dan penjualannya tidak berbaloi. Akhirnya semua orang tidak mendapat apa-apa. Yang paling rugi tentulah penulis sebab dia sudah mengeluarkan modal daya usaha menulis buku itu.

Apabila tawar-menawar dengan penerbit, jangan hanya melihat kepada angka peratusan royalti yang ditawarkan. Yang lebih penting adalah keupayaan penerbit itu memasarkan buku-buku terbitannya.

Bak kata seorang penulis yang pernah ditawarkan royalti sebesar 12.5% oleh sebuah penerbit yang paling besar di negara ini, pada akhirnya beliau cuma menerima sekali sahaja cek, yang bernilai RM48.85 sen!

Penulis mungkin ditawarkan royalti 7%, tetapi jualan bukunya mencapai 20 ribu naskhah, maka beliau menerima jumlah royalti lebih besar daripada royalti 12.5% tetapi bukunya berlonggok dalam setor penerbit.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, April 07, 2007

PTS Mencari Pegawai Pemasaran Genius

Fungsi 'pemasaran buku' (book marketing) bukan menjual buku (book selling) tetapi meningkatkan jualan buku.

PTS sudah dikenal dalam pasaran sebagai penerbit buku-buku ilmu yang berkualiti. Namun kita sedar bahawa jumlah jualan judul-judul PTS masih belum maksimum.

Ini kita tahu daripada data buku 'return' di PTS yang 'rendah'. Apabila jumlah buku yang dipulangkan oleh kedai masih rendah, ini adalah bukti pasaran buku itu masih luas, yakni buku-buku yang diterbitkan itu belum memenuhi permintaan yang ada.

Bagi penerbit buku yang masih baru dan belum faham bisnes, mereka suka jika semua buku yang dihantar ke kedai laku dijual, ertinya, tidak ada return langsung.

Tetapi sebenarnya, kalau semua buku kita habis terjual, itu bermakna potensi pasaran buku-buku PTS masih ada, yakni saiz pasaran itu lebih besar daripada jumlah buku yang diedarkan. Ertinya ada peluang jualan yang kita sia-siakan.

Salah satu punca jumlah edaran buku-buku PTS belum maksimum adalah isu 'marketing'. Kita memang sedar buku-bukuPTS tidak cukup di-marketing-kan. Yakni, masih banyak pembeli buku belum tahu dan belum nampak buku-buku PTS.

Target PTS adalah supaya SEMUA judul terbitannya dapat dijual minimum 10,000 naskhah.

PTS juga mahu mendapatkan perolehan royalti daripada PELESENAN buku-buku terbitannya sebanyak RM200 ribu setahun pada tahun 2010 meningkat RM100 ribu setiap tahun, yakni pelesenan dalam negara dan luar negara.

Jadi PTS saat ini mencari calon pegawai pemasaran yang genius. Ini tidak mudah.

PTS tidak dapat 'mencuri' calon seperti itu daripada penerbit lain disebabkan tidak ada penerbit buku Melayu di negara ini yang mempunyai pegawai pemasaran yang mempunyai 10 tahun pengalaman.

Memang spesies itu tidak ada. Tidak ada seorang pun individu yang mempunyai pengalaman 10 tahun mencipta dan melaksanakan strategi memasarkan buku-buku Melayu seperti buku-buku terbitan PTS.

Jadi kita mencari individu yang memiliki bakat pemasaran dan pengalaman memasarkan produk yang mirip-mirip buku...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 2 pages  1 2 >