Thursday, April 05, 2007

Buku-buku Kumpulan PTS Yang Sudah Diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia

Pihak PTS sudah mula memasarkan karya-karya tulisan tempatan ke pasaran antarabangsa. Buat masa sekarang beberapa judul sudah diterjemah ke bahasa Indonesia dan diterbitkan oleh penerbit Indonesia.

Antara penerbit yang mengadakan kerjasama erat dengan pihak PTS dalam program ini adalah Penerbit Hikmah (Mizan Publishing Group) dan MQS Publishing. Di bawah adalah senarai buku PTS yang termasuk dalam program ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, January 04, 2007

Ijazah Universiti Terbuka PTS

Kita menerima pertanyaan, disebabkan blog ini mengaku sebuah universiti, maka apakah UNIKA PTS menganugerahkan ijazah?

Ya. UNIKA PTS menganugerahkan ijazah.

Apabila buku saudara diterbitkan oleh PTS, itulah ijazah saudara. (Hmm... Maunya apa lagi?)
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(14) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, October 18, 2006

Dasar Bahasa PTS

Kita menerima banyak pertanyaan mengapa PTS fokus menerbitkan buku-buku dalam Bahasa Melayu sahaja, mengapa tidak menerbitkan buku-buku dalam bahasa-bahasa lain, khususnya Inggeris.

Dasar bahasa PTS adalah disandarkan kepada Quran dan Sunnah, seperti berikut:

(a) Surah Ibrahim, ayat 4, yang bermaksud: "Allah tidak menghantar rasul kepada sesuatu kaum melainkan dalam 'lidah' kaum itu." Prinsip strategis dalam ayat ini adalah, bagi membangunkan sesuatu bangsa, gunakan bahasa ibunda kaum itu.

(b) Empat buah kitab suci Islam diturunkan dalam 4 bahasa ibunda masing-masing nabi yang menerimanya. Hanya Quran turun dalam bahasa Arab disebabkan itulah bahasa ibunda Nabi Muhammad.

(c) Jibrail menyampaikan wahyu, mengajar dan berkomunikasi dengan Nabi Muhammad menggunakan bahasa ibunda Nabi Muhammad, yakni bahasa Arab.

(d) Hadith yang bermaksud: "Berbahasalah kamu dalam bahasa kaummu."

(e) Nabi Muhammad menyuruh Zaid bin Thabit belajar bahasa Hebrew disebabkan baginda hendak menulis surat kepada ketua-ketua kaum Yahudi bagi tujuan diplomatik, yakni mengajak mereka masuk Islam. Sunnah ini menyatakan dengan jelas peranan bahasa-bahasa asing dalam strategi Islam, yakni diplomatik dan komunikasi antara kaum. Justeru, pendakwah Islam dikehendaki belajar bahasa ibunda kaum sasaran bagi menyampaikan mesej Islam kepada mereka.

(f) Nabi Muhammad bersaing, berperang, dan berjaya mengalahkan 2 buah kuasa dunia sezamannya, iaitu empayar Parsi dan Romawi, dengan tidak belajar sepatah pun bahasa-bahasa musuhnya, yakni bahasa Farsi dan Latin. Akan perihal besarnya kuasa Romawi sebagai kuasa dunia, sehinggakan dalam Quran ada surah khas mengenai bangsa itu, yakni surah Ar-Ruum.

(g) Sebagai seorang Arab, apabila Nabi Muhammad mengajar dan menyampaikan kuliah kepada orang-orang Arab, baginda menggunakan bahasa Arab. Ibrah daripada sunah ini adalah, guru-guru dan pensyarah Melayu yang mengajar pelajar Melayu hendaklah menggunakan bahasa Melayu.

Berdasarkan nas-nas di atas, dan disebabkan prioriti pertama misi PTS adalah memandaikan bangsa Melayu, maka PTS memilih menggunakan Bahasa Melayu.

"Hidup Bahasa Melayu"

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(10) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, August 23, 2006

3 Novel Sulung PTS FORTUNA

PTS FORTUNA adalah anak syarikat kumpulan PTS yang fokus pada penerbitan sastera. Tiga novel sulung yang sudah ada di pasaran adalah genre jibunsyi yang ditulis menggunakan teknik Surah Yusuf dan KJ Method. klik di sini.Selepas ini setiap bulan akan terbit lebih banyak novel jibunsyi.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, August 22, 2006

Siapa Fred Suriya?

Fred Suriya adalah seorang gadis Peranchis yang sedang bekerja di Malaysia secara kontrak sebagai penterjemah selama 2 tahun. Beliau hanya tahu berbahasa Melayu lisan sahaja, cukup untuk berkomunikasi di jalanan.Saya kebetulan berpeluang berkenalan dengan beliau lalu saya mencadangkan beliau menulis buku-buku cerita dalam bahasa Melayu dengan cara beliau mencipta jalan ceritanya secara detail dan kemudian Sdr. Ashadi Zain dan Dr. Haslisa Ramli menuliskan cerita sepenuhnya dalam bahasa Melayu.


Lihat MATAHARA ditulis bersama Dr. Haslisa Ramli, dan 5 siri ADAM KECIL dan ADAM lagi ditulis bersama Sdr. Ashadi Zain.


Siri MATAHARA dan Siri ADAM KECIL akan terus terbit bersiri-siri sepanjang tahun. Bagi Siri ADAM, sudah ada penerbit yang berminat mengekspot siri itu ke Vietnam dalam bahasa Inggeris.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, August 19, 2006

Mengapa PTS Banyak PTS?

Salah satu pertanyaan yang sering diterima dari penulis yang baru hendak berkenalan dengan PTS adalah "Mengapa PTS banyak PTS? Mengapa tidak macam penerbit lain? - cuma 1 DBP, 1 ALAF21 dan 1 Creative."


Penulis-penulis baru keliru sebab mereka belum tahu buku mereka perlu dihantar kepada PTS yang mana, dan siapa yang menjaga buku mereka nanti. Hantar sahaja manuskrip saudara ke mana-mana anak syarikat, nanti pegawai yang menerimanya akan menghantarkannya kepada anak syarikat yang sesuai.


Lembaga Pengarah PTS meniru strategi bisnes MIZAN Indonesia. Dengan menubuhkan banyak anak syarikat, masing-masing dengan fokus produk yang berlainan, beberapa manfaat positif dapat dikekalkan:


(1) Setiap anak syarikat menjadi penerbit pakar, dengan staf yang berlualiti pakar bagi kategori buku yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Dengan cara ini kualiti dan varieti buku-buku terbitan masing-masing anak syarikat dapat ditingkatkan sepanjang masa.


(2) Staf setiap anak syarikat menikmati kebebasan berfikir secara kreatif dan eksperimental mencari idea-idea baru bagaimana mereka hendak membangunkan syarikat masing-masing menjadi penerbit besar. Strategi ini membolehkan Kumpulan PTS berkembang menjadi gergasi dalam tempoh yang lebih singkat, dengan izin Allah.


(3) Dengan menubuhkan banyak anak-anak syarikat, masing-masing dengan fokus produk masing-masing, PTS mencipta budaya kerja yang kurang kerenah birokrasinya, oleh itu buku-buku dapat diterbitkan dengan cepat.


(4) Dengan strategi ini, Lembaga Pengarah PTS percaya, setiap anak syarikat dapat mencipta peluang-peluang peningkatan kerjaya bagi staf masing-masing dalam organisasi PTS, tanpa perlu mencari kerjaya baru di tempat lain.


Berikut adalah senarai PTS dan pengkhususan masing-masing:


1. PTS Publications & Distributors. Ia mengedarkan buku-buku yang diterbitkan oleh anak-anak syarikat PTS. Pengurus: En. Zaharin .(JavaScript must be enabled to view this email address)


2. PTS Millenia menerbitkan buku-buku motivasi dan bacaan popular. Pengurus: En. Fauzul .(JavaScript must be enabled to view this email address)


3. PTS Professional menerbitkan buku-buku akademik, bisnes, pengurusan dan pendidikan. Pengurus: En Nazrul .(JavaScript must be enabled to view this email address)


4. PTS One menerbitkan buku-buku bacaan remaja awal dan remaja. Pengurus: Pn. Norhazizam .(JavaScript must be enabled to view this email address)


5. PTS Fortuna menerbitkan buku-buku sastera. Editor: Cik Norashikin .(JavaScript must be enabled to view this email address)


6. PTS Islamika menerbitkan buku-buku agama daripada khazanah klasik dalam bentuk kontemporari. Pengurus: En. Faris .(JavaScript must be enabled to view this email address)


7. PTS Litera Utama menerbitkan buku-buku IBS (International Best-sellers) secara bekerjasama dengan penerbit-penerbit Indonesia. Pemangku Pengurus: En. Nazrul .(JavaScript must be enabled to view this email address)


Banyak penulis PTS menulis untuk beberapa anak syarikat PTS secara serentak. Cara ini amat digalakkan.


Semua anak-anak syarikat PTS mengamalkan dasar-dasar yang sama dalam pengurusan hakcipta, di mana struktur royalti yang ditawarkan adalah berdasarkan garis panduan yang sama.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, August 14, 2006

Rakaman Tahniah

Blog ini merakamkan ucapan tahniah kepada Tuan Penasihat PTS, Prof. Dr. Abdullah Hassan yang akan menerima gelar 'Profesor Emeritus' daripada Universiti Sains Malaysia pada majlis konvokesyen hari Rabu 16 Ogos.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, August 02, 2006

Projek Sherlock Holmes

Karya Sir Arthur Conan Doyle yang bakal diterbitkan oleh PTS FORTUNA adalah:1. A Study in Scarlet, 1887
2. The Sign of Four, 1890
3. The Adventures of Sherlock Holmes, 1892
4. The Memoirs of Sherlock Holmes, 1894
5. The Hound of Baskerville, 1902
6. The Return of Sherlock Holmes, 1904
7. The Valley of Fear, 1914
8. His Last Bow, 1917
9. The Case Book of Sherlock Holmes, 1927

Calon penterjemah yang dipilih untuk projek ini akan dihubungi melalui emel oleh Puan Ainon Mohd.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Terjemahan: Apa yang Dicari

Apabila mencari penterjemah, apakah kriteria paling atas - calon yang berminat ataupun calon yang berbakat?Jawapannya: Calon yang berbakat.


Orang yang memiliki bakat belum tentu mempunyai minat. Manakala orang yang berminat belum tentu mempunyai bakat.


Bakat adalah anugerah Tuhan. Kalau ada, ada. Kalau tidak, tidak.


Minat mungkin datang daripada bakat, tetapi selalunya minat ditimbulkan oleh faktor-faktor luaran, seperti dorongan mencari wang, mencari nama, pengaruh sekitaran dan lain-lain. Maka seseorang itu mungkin mempunyai minat yang menggebu-gebu dalam bidang yang dia tidak mempunyai bakat.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

(12) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, June 28, 2006

PTS Litera Utama Sdn. Bhd.

Dimaklumkan PTS dan Mizan Group (Indonesia) telah selamat menubuhkan sebuah anak syarikat penerbitan dengan nama PTS Litera Utama Sdn. Bhd. beribu pejabat di Kuala Lumpur.


Kepentingan Mizan diwakili oleh Bapak Dr. Haidar Bagir, pengarah eksekutif Mizan Group, manakala kepentingan PTS diwakili oleh Puan Ainon Mohd., pengerusi PTS Group.


Misi PTS Litera Utama adalah mempercepatkan dan melicinkan proses lintas pelesenan buku-buku PTS dan buku-buku MIZAN antara Jakarta-Kuala Lumpur.


Buat masa ini perdagangan lintas lesen penerbitan antara Jakarta dan Kuala Lumpur jauh lebih menguntungkan Jakarta. Dengan penubuhan PTS Litera Utama, keadaan ini akan dapat diperbaiki apabila lebih banyak judul-judul PTS dapat dilesenkan ke Jakarta.


Dengan penubuhan PTS LU, para penulis PTS digesa supaya mengambil kira peluang buku-bukunya dilesenkan ke Jakarta apabila merancang isi kandungan buku dan gaya bahasa yang digunakan. Adalah matlamat kita membantu menaikkan perolehan royalti para pengarang PTS dengan memasarkan karya mereka ke Indonesia.


Mizan Group menerbitkan antara 80 - 110 judul buku sebulan, dan merupakan penerbit kedua terbesar di Indonesia selepas PT Gramedia. Lembaga pengarah PTS memilih Mizan sebagai partner berdasarkan misi Mizan yang sejalan dengan misi PTS, di mana seperti PTS, Mizan Group hanya menerbitkan buku-buku ilmu sahaja.


Mulai pertengahan Ogos ini Bapak Dr. Haidar Bagir akan berada di ISTACC, UIA selama 2 tahun sebagai penyelidik dan pensyarah. Dalam kesempatan ini beliau akan membantu membangunkan PTS Litera Utama. Beliau yang memegang Ph.D. dari Universiti Havard menubuhkan Mizan di Bandung sewaktu baru berusia 24 tahun. Kini Mizan Group terdiri daripada 17 buah anak syarikat dengan lebih 400 orang staf.



.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, June 26, 2006

Surat Terbuka untuk Puan Ainon Mohd. (2)

Assalamualaikum, Puan Ainon.


Sebagai seorang Muslim kita wajib menjadikan Al-Quran dan sunnah sebagai asas pegangan kita. Allah menjelaskan dalam surah al-Nisa' ayat 59, "Jika kamu berselisih faham dalam sesuatu perkara, maka rujuklah kepada Allah (Al-Quran) dan rasul (sunnah Nabi Muhammad)."


Dalam perdebatan tentang teori sastera Islam ini, kita juga tidak terkecuali daripada maksud ayat tersebut. Mana-mana hujah yang dikemukakan hendaklah berdasarkan Al-Quran dan sunnah.


Saya bersetuju dengan komentar saudara Mohd Azlan Idris. Adegan-adegan yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti budaya 'coupling' dalam salah satu babak buku 'Ros Oktober' itu perlu dielakkan.


Namun jika babak itu dikemukakan sebagai bentuk pengajaran maka ia dibenarkan. Contohnya dalam surah Yusuf, ada adegan percubaan Zulaikha menggoda Nabi Yusuf TETAPI kemudiannya diterangkan pengajaran daripada adegan tersebut iaitu apabila Nabi Yusuf berkata, "Sesungguhnya nafsu itu menyuruh kita melakukan perkara jahat."


Wassalam,


Arieff Salleh Rosman.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, May 25, 2006

Sdr Zafran & Sdr. Icesoul

Sdr. Zafran dan Sdr. Icesoul, baca Kucing Bersunat oleh Tuan Khalid Jaafar. Saya mahu saudara berdua hasilkan Kucing Bersunat versi kucing Melayu untuk novel grafik PTS!

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sdr. jOnOs & Sdr. Aliff

Sdr. jOnOs dan Sdr. Aliff Firdaus, baca Kaki Ayam oleh Tuan Khalid Jaafar. Saya mahu Kaki Ayam ciptaan saudara berdua untuk PTS.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, April 12, 2006

PTS FORTUNA dan PTS ISLAMICA: Update

Dengan ini dimaklumkan kepada para karyawan PTS bahawa Puan Norhazizam bt Abd. Rahman sudah memulakan tugas-tugas beliau sebagai pengurus projek-projek PTS FORTUNA.Sebelum ini beliau adalah Pengurus PTS ONE. Tugas-tugas pengurusan penerbitan projek-projek PTS ONE kini dikendalikan oleh Cik Nurismaliza bt Ismail yang lebih dikenali dengan nama Cik Ann.

Encik Faris Hasbullah pula sudah memulakan tugas-tugas beliau sebagai pengurus projek-projek PTS Islamica.

SifuPTS akan terus menjalankan tanggungjawab beliau sebagai pegawai latihan dan sifu dalam hal-ehwal pembangunan tenaga karyawan penulis dan ilustrator bagi PTS Fortuna dan PTS Islamica.

Apabila manuskrip sudah siap ditulis, ia akan diambil alih, sama ada oleh Puan Norhazizam bagi PTS Fortuna ataupun oleh Encik Faris bagi PTS Islamica, untuk proses penerbitan selanjutnya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 1 pages