Thursday, April 19, 2007

Peraturan Huruf Kecil dan Huruf Besar

Salah satu kesilapan yang lazim dilakukan oleh penulis adalah penggunaan huruf kecil dan huruf besar. Ini menyebabkan proses editing menjadi lebih panjang. Berikut adalah panduan penggunaan kedua-dua jenis huruf itu:

Huruf kecil untuk nama bidang ilmu.

Saya memasuki kursus Matematik, Fizik dan Mekatronik. (SALAH)

Saya memasuki kursus matematik, fizik dan mekatronik. (BETUL)

Imam Shafie adalah pakar bidang Usul Fiqh. (SALAH)

Imam Shafie adalah pakar bidang usul fiqh. (BETUL)

Buku-buku bidang Sirah dan Hadith banyak terdapat dalam pasaran. (SALAH)

Buku-buku bidang sirah dan hadith banyak terdapat dalam pasaran. (BETUL)

Huruf kecil untuk nama jawatan umum.

Beliau seorang Doktor. (SALAH)

Beliau seorang doktor. (BETUL)

En. Amin adalah seorang Saintis. (SALAH)

En. Amin adalah seorang saintis. (BETUL)

Dia adalah seorang Nabi palsu.(SALAH)

Dia adalah seorang nabi palsu. (BETUL)

Huruf besar apabila digunakan bersama nama orang.

mak Eton (emak kepada si Eton)

Mak Eton (nama panggilan perempuan itu)

adik Sazali (SALAH)

Adik Sazali (BETUL)

abang Ali (SALAH)

Abang Ali (BETUL)

kak Minah (SALAH)

Kak Minah (BETUL)

makcik Limah (SALAH)

Makcik Limah (BETUL)

pakcik Dolah (SALAH)

Pakcik Dolah (BETUL)

nenek Munah (SALAH)

Nenek Munah (BETUL)

tok Mamat (SALAH)

Tok Mamat (BETUL)

cik Murni (SALAH)

Cik Murni (BETUL)

encik Rahim (SALAH)

Encik Rahim (BETUL)

puan Normah (SALAH)

Puan Normah (BETUL)

encik Rahim (SALAH)

Encik Rahim (BETUL)

haji Mansor (SALAH)

Haji Mansor (BETUL)

hajah Tom (SALAH)

Hajah Tom (BETUL)

saudara Ramlan (SALAH)

Saudara Ramlan (BETUL)

saudari Normala (SALAH)

Saudari Normala (BETUL)

puan Siti (SALAH)

Puan Siti (BETUL)

Huruf kecil untuk nama jawatan am.

Beliau menjadi Perdana Menteri pada tahun 1998. (SALAH)

Beliau menjadi perdana menteri pada tahun 1998. (BETUL)

Karim adalah seorang Inspektor Polis. (SALAH)

Karim adalah seorang inspektor polis. (BETUL)

Huruf besar bagi nama jawatan yang diikuti oleh nama orang.

nabi Ibrahim (SALAH)

Nabi Ibrahim (BETUL)

cikgu Hassan (SALAH)

Cikgu Hassan (BETUL)

prebet Kamaruddin (SALAH)

Prebet Kamaruddin (BETUL)

inspektor Azhar (SALAH)

Inspektor Azhar (BETUL)

imam Hanafi (SALAH)

Imam Hanafi (BETUL)

doktor Tan (SALAH)

Doktor Tan (BETUL)

misi Zaharah (SALAH)

Misi Zaharah (BETUL)

cikgu Fatimah (SALAH)

Cikgu Fatimah (BETUL)

peguam Ahmad (SALAH)

Peguam Ahmad (BETUL)

presiden Kamal (SALAH)

Presiden Kamal (BETUL)

bomoh Ludin (SALAH)

Bomoh Ludin (BETUL)

dukun Jusuh (SALAH)

Dukun Jusuh (BETUL)

tok empat Ghani (SALAH)

Tok Empat Ghani (BETUL)

mudim Sudin (SALAH)

Mudim Sudin (BETUL)

mak bidan Som (SALAH)

Mak Bidan Som (BETUL)

seniwati Sarimah (SALAH)

Seniwati Sarimah (BETUL)

Huruf besar apabila diikuti oleh nama khas.

perdana menteri Malaysia (SALAH)

Perdana Menteri Malaysia (BETUL)

naib canselor UKM (SALAH)

Naib Canselor UKM (BETUL)

menteri luar Thailand (SALAH)

Menteri Luar Thailand (BETUL)

sungai Perak (SALAH)

Sungai Perak (BETUL)

lembah Kelang (SALAH)

Lembah Kelang (BETUL)

tanah tinggi Cameron (SALAH)

Tanah Tinggi Cameron (BETUL)

gunung Tahan (SALAH)

Gunung Tahan (BETUL)

bukit Tinggi (SALAH)

Bukit Tinggi (BETUL)

plaza Angsana (SALAH)

Plaza Angsana (BETUL)

Apabila saudara menghantar manuskrip buku yang 'bersih' daripada kesilapan jenis ini, saudara membantu editor menyiapkan proses editing dengan lebih cepat, hasilnya buku saudara dapat diterbitkan dengan lebihb cepat juga.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, February 24, 2007

‘pendosa’ ataupun ‘pedosa’

Salah satu makna awalan PE adalah 'profesion'
Salah satu makna awalan PEN adalah 'pelaku'

pedosa (BETUL) = orang yang profesionnya adalah melakukan dosa
pendosa (BETUL) = orang yang melakukan dosa, tetapi bukan sebagai profesionnya

pedusta (BETUL) = orang yang profesionnya adalah melakukan dusta
pendusta (BETUL) = orang yang melakukan dusta, tetapi bukan sebagai profesionnya

Contoh nama-nama profesion
petinju
petenis

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, February 22, 2007

Awalan ‘di’

Banyak orang keliru cara mengeja 'di'.

Ada 2 'di' dalam Bahasa Melayu:

(i) 'di' awalan

diberi
dimakan
dipilih
dibuang
disimpan
dilamar

'di' awalan sentiasa digunakan dengan katakerja. Ia sentiasa dieja rapat.

(ii) 'di' sendinama

di mana
di sini
di rumah
di pejabat
di Kuala Lumpur
di Jakarta

'di' sendinama sentiasa diikuti oleh katanama Ia sentiasa dieja jarak.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, February 11, 2007

Ejaan ‘rasul’ dan ‘Rasulullah’

Perkataan 'rasul' adalah katanama am, oleh itu dieja dengan huruf kecil.

Beliau bukan seorang Rasul. (SALAH)
Beliau bukan seorang rasul. (BETUL)

Sebagai seorang Rasul, Nabi Muhammad adalah model ideal. (SALAH)
Sebagai seorang rasul, Nabi Muhammad adalah model ideal. (BETUL)

Gelaran 'Rasulullah' adalah katanama khas yang hanya diberikan oleh Allah kepada Nabi Muhammad seorang sahaja, oleh itu dieja dengan huruf besar.

Sebagai seorang Rasulullah, Nabi Muhammad adalah model ideal bagi manusia. (BETUL)
Salah seorang sahabat karib Rasulullah SAW bernama Abu Bakar. (BETUL)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, February 09, 2007

Ejaan ‘g’ dan ‘gg’

Perkataan yang dimulai dengan huruf 'g', apabila diberi awalan 'meng', ia mesti dieja dengan 2 'gg':

ganti = mengganti (BETUL)
gugat = menggugat (BETUL)
gulai = menggulai (BETUL)
gula = menggulai (BETUL)
genggam = menggenggam (BETUL)
gali = menggali (BETUL)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, February 08, 2007

Ejaan ‘keluar’ dan ‘ke luar’

keluar (BETUL - katakerja)
Kucing itu lari keluar ikut tingkap. (BETUL)

mengeluarkan (BETUL - katakerja)
dikeluarkan (BETUL - katakerja)
terkeluar (BETUL - katakerja)

ke luar (BETUL)
Mamat berlari menyelamatkan diri ke luar bangunan. (BETUL)

ke luar bangunan (BETUL - 'luar' nama tempat)
di luar bangunan (BETUL - 'luar' nama tempat)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, February 05, 2007

Ejaan ‘s’ dan ‘c’

menyintaimu (SALAH)
mencintaimu (BETUL)

menyusikan (BETUL kata akarnya 'suci')
mencucikan (BETUL kata akarnya 'cuci')

me + s = meny
me + c = menc

mencari (BETUL)
mencadangkan (BETUL)
mencengkam (BETUL)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, February 04, 2007

Koma dan Huruf Kecil pada Hujung Dialog

"Apa khabar?" Katanya. (SALAH)
"Apa khabar?" katanya. (BETUL)

"Khabar baik." Jawab Leha. (SALAH)
"Khabar baik," jawab Leha. (BETUL)

"Aku cinta padamu." Bisik Junus. (SALAH)
"Aku cinta padamu," bisik Junus. (BETUL)

"Siapalah daku." Keluh Bibah. (SALAH)
"Siapalah daku," keluh Bibah. (BETUL)

"Tolong!" Jerit Mamat. (SALAH)
"Tolong!" jerit Mamat. (BETUL)

Nota: Semua ayat contoh di atas adalah 1 potong ayat, bukan 2 potong ayat, itu sebab koma (,) dan huruf kecil digunakan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, February 03, 2007

Ejaan ‘ke’

Ada dua jenis 'ke'.

(a) 'ke' penambahan - dieja dekat

keadaan
kesihatan
keperluan
ketibaan
kejelitaan

(b) 'ke' sendinama - dieja jarak

ke sana
ke sini
ke situ
ke atas
ke bawah
ke samping
ke depan
ke belakang
ke luar negeri
ke Kuala Lumpur
ke dalam bilik
ke masa lalu

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, February 02, 2007

Ejaan Angka dalam Karya Kreatif

Dalam teks kreatif, angka hendaklah dieja sempurna.

Ahmad anak isteri ke-2 Pak Mat. (SALAH)
Ahmad anak isteri kedua Pak Mat. (BETUL)

Dia membeli 1 kilo gula. (SALAH)
Dia membeli sekilo gula. (BETUL)

Mereka pulang jam 5.30 petang. (SALAH)
Mereka pulang jam lima setengah petang. (BETUL)

Keretanya berharga RM200 ribu ringgit. (SALAH)
Keretanya berharga dua ratus ribu ringgit. (BETUL)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Ejaan Angka

Inilah ejaan yang salah:

ke2 (SALAH)
ke10 (SALAH)
ke100 (SALAH)
ke1000 (SALAH)
Inilah ejaan yang betul:

ke-2 (BETUL)
kedua (BETUL)
kedua-duanya (BETUL)

ke-4 (BETUL)
keempat (BETUL)
keempat-empatnya (BETUL)

ke-6 (BETUL)
keenam (BETUL)
keenam-enamnya (BETUL)

ke-10 (BETUL)
kesepuluh (BETUL)

ke-11 (BETUL)
kesebelas(BETUL)

ke-20 (BETUL)
kedua puluh (BETUL)

ke-21 (BETUL)
kedua puluh satu (BETUL)

ke-100 (BETUL)
keseratus

ke-101 (BETUL)
keseratus satu (BETUL)

ke-1000 (BETUL)
keseribu (BETUL)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, February 01, 2007

Kata Singkat

Apabila saudara menulis karya kreatif, semua dialog hendaklah ditulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Ini bermakna tidak ada kata singkat dalam dialog.

Kata singkat: Gantikan kata singkat dengan kata standard.

ni (SALAH) = ini (BETUL)

tu (SALAH) = itu (BETUL)

je (SALAH) = sahaja (BETUL)

aje (SALAH) = sahaja (BETUL)

saja (SALAH) = sahaja (BETUL)

nak (SALAH) = hendak (BETUL)

tak (SALAH) = tidak (BETUL)

tapi (SALAH) = tetapi (BETUL)

dah (SALAH) = sudah (BETUL)

kan (Dia baik, kan?) (SALAH) = (Dia baik, bukan?) (BETUL)

ke?” (“Nak ke tak nak?”) (SALAH) = (hendak ataupun tidak?) (BETUL)

ke? (“Betul ke?”) (SALAH) = (“Betulkah?”) (BETUL)

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Panduan Huruf Kursif

Bilakah masanya huruf kursif (condong) digunakan dalam buku?

Jawapannya: Apabila perkataan itu bukan perkataan Melayu.

(a) Tuan Smith berkata, "Good morning, Pak Mat!" (BETUL)

(b) "Ana tidak sukalah!" kata P. Ramlee. (BETUL)

(c) Air minuman champagne adalah sejenis wine yang diperbuat daripada anggur yang ditanam di daerah bernama Champagne di negara Perancis. (BETUL)

Apabila perkataan asing itu sudah dipinjam, yakni sudah ditukar ejaannya, maka ia ditulis dengan huruf tegak.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Ejaan ‘k’ dan ‘kk’

Dalam Bahasa Melayu ada 2 akhiran an dan kan.

Akhiran an menghasilkan katanama (noun)
Akiran kan menghasilkan katakerja (verb)

masak
masakan (katanama)

masakkan (katakerja)
memasakkan (katakerja)
dimasakkan (katakerja)

galak
galakan (katanama)

galakkan (katakerja)
menggalakkan (katakerja)
digalakkan (katakerja)

masuk
masukan (katanama)

masukkan (katakerja)
memasukkan (katakerja)
dimasukkan (katakerja)

tembak
tembakan (katanama)

tembakkan (katakerja)
menembakkan (katakerja)
ditembakkan (katakerja)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Beza ‘boleh’ dan ‘dapat’

AYAT: Tun Dr. Kang boleh kahwin dua, tetapi tidak dapat, sebab belum berani. (BETUL)

boleh = berkaitan dengan 'izin'
dapat = berkiatan dengan 'upaya'

Mamat baru 6 tahun tetapi sudah boleh membaca al-Quran (SALAH)
Mamat baru 6 tahun tetapi sudah dapat membaca al-Quran (BETUL)

Budin tidak boleh melupakan pesan ibunya. (SALAH)
Budin tidak dapat melupakan pesan ibunya. (BETUL)

Anak dara tidak boleh menyanyi di dapur. (BETUL)
Perempuan tidak boleh menjadi hakim. (BETUL)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Ejaan ‘pun’

Pun yang membawa makna 'juga' hendaklah dieja sebagai satu perkataan.

akupun terus ketawa (SALAH)
aku pun terus ketawa (BETUL)

diapun ikut pergi (SALAH)
dia pun ikut pergi (BETUL)

sayapun rugi (SALAH)
saya pun rugi (BETUL)

merekapun kecewa (SALAH)
mereka pun kecewa (BETUL)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, January 30, 2007

Penambahan ‘di’

Awalan 'di' sentiasa dieja dekat. Awalan 'di' diikuti oleh katakerja (verbs).

diberi
diambil
disangka
diajak
dibungkus
disuruh
dilarang
diberikan
diletakkan
dimasukkan
dibaiki
dituruni
diperbudak
dipertahankan
diterbalikkan

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sendi Nama ‘di’

Sendi 'di' adalah sendi nama. Sendi 'di' dieja jarak apabila diikuti oleh katanama (nouns).

di atas
di bawah
di sini
di sana
di luar
di dalam
di depan
di belakang
di sisi
di samping
di rumah
di pejabat
di hatiku
di jiwamu
di perantauan
di persekitaran

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Ejaan Perkataan ‘bandar’ dan ‘bandaraya’

Perkataan 'bandar' dan 'bandaraya' adalah katanama am, oleh itu dieja dengan huruf kecil sebelum nama khas.

Bandar London (SALAH)
bandar London (BETUL)

Bandar Mekah (SALAH)
bandar Mekah (BETUL)

Bandaraya Kuala Lumpur (SALAH)
bandaraya Kuala Lumpur (BETUL)

Ada nama-nama tempat yang menggunakan perkataan 'bandar', maka ia mesti dieja dengan huruf besar

bandar Muazam Shah (SALAH)
Bandar Muazam Shah (BETUL)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, January 29, 2007

Sendi ‘pada’ dan Kata Waktu

di petang hari (SALAH)
pada petang hari (BETUL)

di malam (SALAH)
pada malam (BETUL)

di pagi (SALAH)
pada pagi (BETUL)

di masa (SALAH)
pada masa (BETUL)

di zaman (SALAH)
pada zaman (BETUL)

di kala (SALAH)
pada kala (BETUL)

di tahun (SALAH)
pada tahun (BETUL)

di hari (SALAH)
pada hari (BETUL)

di tahun (SALAH)
pada tahun (BETUL)

di bulan Desember (SALAH)
pada bulan Desember

di awal pagi (SALAH)
pada awal pagi (BETUL)

di lewat malam (SALAH)
pada lewat malam (BETUL)

di hujung tahun (SALAH)
pada hujung tahun (BETUL)

di sepanjang zaman (SALAH)
pada sepanjang zaman

di pertengahan bulan (SALAH)
pada pertengahan bulan (BETUL)

.
.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Ejaan Perkataan ‘hari’

Perkataan 'hari' adalah katanama am, oleh itu dieja dengan huruf kecil. Apabila 'hari' sudah menjadi nama khas, yakni nama hari yang khusus, ia dieja dengan huruf besar.

hari Jumaat (BETUL)
hari Ahad (BETUL)

hari Merdeka (SALAH)
Hari Merdeka (BETUL)

hari raya Aidil Fitri (SALAH)
Hari Raya Aidil Fitri (BETUL)

hari Asyura (SALAH)
Hari Asyura (BETUL)
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, January 28, 2007

Ejaan Istilah Agama

Istilah-istilah agama yang dipinjam daripada bahasa Arab adalah katanama am, oleh itu dieja dengan huruf kecil.

kitab Hadis (SALAH)
kitab hadis (BETUL)

ilmu Tauhid (SALAH)
ilmu tauhid (BETUL)

Sunah Nabi Muhammad (SALAH)
sunah Nabi Muhammad (BETUL)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, January 27, 2007

Ejaan Nabi

Perkataan 'nabi' adalah ketanama am, oleh itu dieja dengan huruf kecil. Apabila perkataan 'nabi' diikuti dengan nama orang, baru ditulis dengan huruf besar.

Nabi Adam adalah Nabi pertama. (SALAH)
Nabi Adam adalah nabi pertama. (BETUL)

Selepas Nabi Muhammad meninggal dunia, muncul banyak Nabi palsu. (SALAH)
Selepas Nabi Muhammad meninggal dunia, banyak orang mengaku mereka juga nabi. (BETUL)

Ikut pesanan Nabi kita. (SALAH)
Ikut pesanan nabi kita. (BETUL)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, January 26, 2007

Ejaan Nama Pangkat Keluarga

Sesetengah perkataan adalah katanama am dan juga nama pangkat dalam keluarga.

nenek Aminah (si nenek itu adalah nenek kepada si Aminah)
Nenek Aminah (nama si nenek itu adalah 'Aminah')

makcik Zaleha (si makcik itu adalah ibu saudara kepada Zaleha)
Makcik Zaleha (nama si makcik itu adalah 'Zaleha')

abang Sudin (si abang itu adalah abang kepada si Sudin)
Abang Sudin (nama si abang itu adalah 'Sudin')

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, January 25, 2007

Ejaan Mata Pelajaran

Nama-nama mata pelajaran dieja dengan huruf kecil

guru Matematik (SALAH)
guru matematik (BETUL)

guru Sains (SALAH)
guru sains (BETUL)

guru Pendidikan Jasmani (SALAH)
guru pendidikan jasmani (BETUL)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Ejaan Nama Jawatan

Nama jawatan yang diikuti nama orang, ditulis menggunakan huruf besar.

cikgu Ramlan (SALAH)
Cikgu Ramlan (BETUL)

inspektor Norhayati (SALAH)
Inspektor Norhayati (BETUL)

ustaz Radzi (SALAH)
Ustaz Radzi (BETUL)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, January 24, 2007

Ejaan ‘ku’ yang Sering Kali Salah

Contoh perkataan 'ku' yang sering kali salah eja adalah apabila kata kerja itu ada awalan di depannya.

kumelihat (SALAH)
kumengharapkan (SALAH)
kuterpandang (SALAH)
kudibelai (SALAH)

ku melihat (BETUL)
ku mengharapkan (SALAH)
ku terpandang (SALAH)
ku dibelai (SALAH)

kulihat (BETUL)
kuharapkan (BETUL)
kupandang (BETUL)
kubelai (BETUL)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, January 23, 2007

Ejaan “ku” di Hujung Kata

Bukan semua "ku" di hujung kata dieja rapat.

Hanya "ku" yang bermakna "kepunyaanku" sahaja yang dieja rapat.

hatiku (BETUL)
cintaku (BETUL)
milikku (BETUL)
duniaku (BETUL)
harapanku (BETUL)
keyakinanku (BETUL)

biarku (SALAH)
inginku (SALAH)
langsungku (SALAH)
mungkinku (SALAH)
hinggaku (SALAH)

biar ku (BETUL)
ingin ku (BETUL)
langsung ku (BETUL)
mungkin ku (BETUL)
hingga ku (BETUL)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

‘ku’ Dekat & ‘ku’ Jauh

Tidak semua 'ku' ditulis dekat. Hanya 'ku' yang diikuti oleh 'kata kerja' sahaja yang ditulis rapat.

kuberi (BETUL)
kutolak (BETUL)
kutarik (BETUL)

"ku' yang diikuti oleh 'katasifat' ditulis terpisah.

Perkataan 'ingin', 'tahu' dan 'lupa' bukan katakerja, tetapi katasifat (adjective), oleh itu 'ku' tidak boleh ditulis rapat dengan katasifat.

ku ingin (BETUL)
ku tahu (BETUL)
ku mahu (BETUL)
ku ingat (BETUL)
ku rindu (BETUL)
ku cinta (BETUL)
ku lupa (BETUL)

Perkataan 'sangat' dapat diletakkan di depan kata sifat.

sangat ingin
sangat tahu
sangat mahu

Apabila katasifat itu diberi akhiran 'i' ataupun 'kan', maka ia menjadi katakerja, barulah 'ku' ditulis rapat:

kuingini (BETUL)
kuingati (BETUL)
kurindui (BETUL)
kucintai (BETUL)

kumahukan (BETUL)
kulupakan (BETUL)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Ejaan Betul Ejaan Salah

Dalam karya kreatif, perkataan "kau" dan "ku" banyak digunakan. Di bawah adalah contoh ejaan yang SALAH dan BETUL:

kau ambil (SALAH)
kauambil (BETUL)

kau berikan (SALAH)
kauberikan (BETUL)

ku fikirkan (SALAH)
kufikirkan (BETUL)

ku hampiri (SALAH)
kuhampiri (BETUL)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 1 pages