Pusat Perkembangan Kurikulum dan Cerita KOMSAS di Balik Tabir
Hari ini Sifu berjumpa dengan seorang pensyarah subjek sastera Melayu di Universiti Putra Malaysia (UPM). Lalu saya bertanya kepada beliau apa yang sebenarnya berlaku dalam skandal KOMSAS yang menurut laporan Berita Harian novel picisan telah dipilih sebagai teks.
Beliau memberitahu bahawa beliau telah diminta menghadiri suatu mesyuarat oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Dalam mesyuarat itu, semua yang hadir diminta supaya "mengesahkan" sahaja karya-karya yang sudah dipilih oleh PPK.
Apabila mereka yang hadir membaca judul-judul karya yang dipilih itu mereka terkejut lalu membantah serta tidak mahu "mengesahkan" senarai itu.
Dalam kes nama Ahadiat Akasyah, pegawai PPK yang bertugas memberi alasan lebih kurang beginilah maksudnya:
"Karya Sasterawan Negara sangat berat, tidak sesuai, dan pelajar banyak komplen mereka tidak faham. Manakala penulis popular seperti Ahadiat Akasyah telah menjadi kaya raya kerana buku-bukunya sangat laku, jadi penulis-penulis novel popular itu dapat dijadikan contoh kepada para pelajar bagaimana mereka juga boleh menjadi kaya raya dengan menulis novel popular. Lagipun daripada berpuluh-puluh buku Ahadiat Akasyah, takkan tidak ada satu pun yang bagus. Maka apa salahnya PPK memilih karyanya yang bagus itu sebagai teks KOMSAS?" Begitulah hujah yang diberikan oleh pegawai PPK itu.
Apabila hujah itu dibantah juga oleh pakar-pakar yang hadir, pegawai itu memberitahu bahawa PPK tidak boleh mengubah senarai buku yang sudah dipilih itu sebab banyak wang sudah dibelanjakan untuk kerja-kerja membuat pilihan tersebut, yang katanya telah mengambil masa selama setahun!
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Ada gosip dan desas-desus mengatakan sebuah korporat Malaysia baru-baru ini menawarkan RM100,000-00 sen (seratus ribu, ya, seratus ribu ringgit) bagi mendapatkan lesen menggunakan wajah orang tua ini sebagai ikon dalam iklan dan promosi produknya.







Tahniah saya ucapkan kepada PTS kerana terus berjuang menyampaikan/berdakwah kepada bukan islam tentang keindahan islam. Penggunaan bahasa mudah ini telah membuatkan saya berminat untuk membaca buku-buku agama yang diterbitkan oleh PTS. Pada pandangan saya, penggunaan bahasa mudah akan memudahkan orang islam dan bukan islam memahami islam dalam bentuk yang sebenarnya. Teruskan berjuang memandaikan bangsa melalui agama.